Thursday, June 24

tentang lapor diri 1 Julai

From Johan Jamarei via Facebook :-


tadi baru balik dari KKM antara info yang aku dapat.:

1) lagi lewat lapor diri maka duit gaji untuk bulan tu tak akan dapat full

2) kalau nak buat rayuan (tukar tempat) hanya boleh buat selepas lapor diri. nanti kena amik borang time lapor diri. tapi hanya boleh tukar mungkin selepas 2-3 bulan bekerja (paling cepat i...f ada kekosongan)

3) kepada orang yang dapat sabah n sarawak. tiket flight nak pergi n lodging boleh claim. walaubagaimanapun sila dapatkan kepastian dengan pegawai jabatan kesihatan negeri tersebut.(sarawak dan sabah). diorang nanti boleh tolong carikan tempat tinggal n tolong apa2 yang patut. orang yang incharge untuk JK sabah namanya Dayang Hasmah

4) berkenaan duit elaun atau penukaran apa2.pegawai KKM tadi suruh aku refer tengok pekeliling bperbendaharaan bil 4 tahun 1994.sila refer di laman website JPA. orang KKm tu kata kalau appeal tukar tempat nanti takleh dapat claim apa tah

Sunday, June 13

Walimah Wan Maisarah Rx4

Assalamualaikum wbt IIUM Rx5,

Maaf saya lupa nak post tentang jemputan ni. Tapi rasanya semua yang kenal Maisarah @ Kak Mai dah sedia maklum tentang majlis beliau... Walau macam mana pun izinkan saya postkan juga walimah beliau yang dijadualkan esok, 14 Jun 2010 di Mulong, Kelantan.

WAN MAISARAH binti WAN DAUD & MOHAMED IBRAHIM bin HASSAN

Tarikh: 14 Jun 2010 bersamaan dengan 1 REJAB 1431H
Hari: Isnin
Tempat: Lot 427, Kg Bechah Mulong, Peringat 16400 Kota Bharu, Kelantan.



Wednesday, June 2

Sila Fotostat Surat Tawaran SPA


Info daripada Azwin yang dipost di facebooki:

Assalamualaikum, ini info dari Pn Norlela,
slh seorg peg dlm Pharmacy Board.
Pendaftaran sdg diuruskan.
Kita diminta utk menghantar....

Sehelai salinan (fotostat) Surat Tawaran SPA masing2

ke alamat berikut:

Jika menggunakan Pos biasa:
Lembaga Farmasi Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Beg berkunci No 924,
Pejabat Pos Jalan Sultan,
46790 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Jika menggunakan Pos Laju:
Lembaga Farmasi Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Lot 36, Jalan Universiti,
46350 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.


Sila beritahu kwn2 kita yg lain...
Skian, Trime Kasih..

p/s: Apa2 soalan Azwin akan jwb ptg ni ye, dia ada hal skrg. mtk maaf...

Monday, May 31

Talian Hayat Untuk Gaza

Di mana-mana heboh diperkatakan. Agak ketinggalan lah jika tidak mengetahuinya.

Apa?
Konvoi Keamanan atau Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza.
Usahasama antara NGO Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa.
Pergerakan Pembebasan Gaza yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa Indonesia, dan NGO lain dari USA, Greece, France, Sweeden, Germany, Italy, Venezuella dan banyak lagi.

Kenapa?
- membawa bantuan makanan dan perubatan ke Gaza secara aman (tanpa peperangan).

Perkembangan?

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Boleh klik sendiri link di bawah untuk stay updated:-






Sunday, May 30

Baca Quran to You

Assalamualaikum semua...

Sepi je blog ni. Biarlah diisikan dengan benda yang berfaedah.
Agar bersambung-sambung pahala orang yang bertolong-tolong ke arah kebaikan.

Sudah lebih sebulan bercuti.
Ada yang bekerja. Ada yang duduk di rumah sahaja.
Tak kurang menambah ilmu di dada.
Selamat study kepada rakan-rakan yang setia dengan buku-buku mereka.

Jika anda masih ingat, masa kat uia dulu, ada dijual...


Saya tak berapa ingat sem lepas atau dua sem lepas. Yang pastinya, saya sudah memilikinya dengan harga RM130.oo. Beberapa rakan yang lain pun sama.

Kemudian, pada masa akhir-akhir sem lepas, ada rakan lain yang ingin membelinya. Tetapi sudah tidak dijual. Apa nak buat dah tak ade rezeki.

Tiba-tiba, time surf-surf internet... terjumpalah pula Al-Quran yang sama. Harga yang sama. Tapi ada sedikit bonus jika dibeli secara online. Rugilah pulak sebab saya dah beli.

Dulu RM130.00 dapat satu naskhah quran ni je (plus satu beg al-quran).

Tapi, dengan website ni...




Dengan RM130 (Bank-in) boleh dapat:

1. Satu naskhah Tafsir Quran Per Kata
2. Satu beg al-quran
3. Satu CD software Islami
- Antara kandungan yang BEST dalam CD Percuma ini
Al-Qur'an Digital
IQRA'Kanak-kanak Digital
E-Novel Ayat-Ayat Cinta, La Tahzan, Kisah Teladan
Hadis 40
Seerah Nabi
Riyadus Salihin
Tafsir Ibnu Kathir,
Terjemahan
Qur'an Digital Melayu & English
Ma'thurat Digital,
Fatwa Qaradawi dan banyak lagi
4. Satu Bonus Buku Best (Sila rujuk website dengan klik gambar di atas)

InsyaAllah, semoga bermanfaat informasi ini.
Jika bukan kepada anda, saudara-mara atau rakan terdekat.
Untuk dijadikan hadiah. Saya juga amat teruja untuk membelinya.
Tetapi, mungkin tunggu gaji pertama masuk. Jangan risau.
InsyaAllah, promosi ini mungkin masih ada pada masa itu.
Hanya bookmark website link yang diklik daripada gambar di atas.
Cara bookmark yang senang: Ctrl + D.
 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009