A request from IPhA Magazine committee = wakil dari 4th year utk menghasilkan:
- seloka - describing each classmate
- komik
due date: 3rd of January 2010
hantarkan kepada: syahrir_123@yahoo.com.my
IIUM 5th batch Rx Students
http://iphapress.wordpress.com/
http://iiumrx6th.blogspot.com/
http://pharmacy.gov.my/
6. Network Observers 3
a. Stay updated with specific link
b. Post summary of recent event of the link to the batch blog (weekly)
c. Alert other classmates on the current link issues
http://www.spa.gov.my/
http://portal.bpfk.gov.my/bpfk/
http://en-gb.facebook.com/iiumpharmacy/
http://www.facebook.com/home.php?#/profile.php?id=100000570441314&ref=ts
7. Motivational Book Editor
a. Collect all story line submitted of the Video for AGD
b. Compile it in a book
c. Print and Photostat to the junior
8. Archive Manager
a. Collect all pictures and videos from classmates that have it
b. Arrange it in timely sequence from year 1 until year 4
c. Give description on the pictures and also provide detail biodata of each of us
9. Workshop on DIS Initiator
a. Arrange a workshop on how to find and search good journal or reference to be included in the presentation and report
b. Form committee to manage the program
10. Organizational Chart Designer
a. Design class organizational chart
b. Post in blog
c. Paste on notice board
“Man (bukan nama sebenar), bulan depan 2010 dah ye. Cuak jugak aku rasa tengok angka 10 ni. Kau 24, aku 25. Dah suku abad kita hidup atas dunia ni”, Fikri (juga bukan nama sebenar) membuka bicara setelah agak lama mendiamkan diri. Aku pula asyik memandu. “Dulu, masa ambil keputusan SPM, kita sibuk bertanya dapat berapa A. Bila dah masuk matrik dan universiti, sibuk tanya belajar kat mana dan amik course apa. Bila dah grad, sibuk tanya kerja kat mana dan bila nak kahwin. Bila dah kerja, sibuk tanya anak berapa. Sedar-sedar, kita atau mungkin orang lain akan tanya bila si fulan meninggal?” Fikri meneruskan bicaranya. Dia memang suka nasihat berlapik. “Kau rasa aku ni berubah tak berbanding zaman matrik dulu?” kali ni Man pula bersuara.
“Kau okei Man, takde masalah, aku ni yang teruk. Entahlah, susah nak baiki diri ni. Dah berazam tapi selalu kalah. Tak tahulah nak jadi apa aku ni” jawab Fikri. Jawapan biasa yang dia berikan. Pada aku, dia memang seorang yang baik. Tapi tak mengapalah, kalau dia merasakan diri dia masih perlu diperbaiki, sekurang-kurangnya dia akan terus berusaha. Sebagai kawan, saling menasihati dan cakna itu penting.
Kembali Kepada KITA
Cerita di atas untuk APPETIZER. MAIN COURSE sebenarnya nak berkongsi apa yang disebut oleh Dr Mohamed dalam ceramah Ma’al Hijrah semalam. Antara pengajaran yang boleh KITA ambil ialah:
Good Planning (Perancangan Teliti)
Perjuangan Rasulullah SAW menghadapi banyak kesulitan. Namun, baginda tidak berserah bulat-bulat lalu bersantai menunggu pertolongan Allah. Sebaliknya, perancangan yang teliti telah dibuat. Antaranya:
- menghantar Mus’ab bin Umair ke Yathrib (nama lama Madinah) untuk berdakwah.
- mengarahkan Ali tidur di tempat tidurnya.
- terlebih dulu menuju ke selatan (Gua Thaur - 3 hari) sebelum menuju ke utara.
Good Networking (Rangkaian Gerak Kerja Berkumpulan Yang Baik)
Rasulullah SAW tolong menolong dengan para sahabat dan mengagih-agihkan tugas yang sesuai dengan bakat dan kepakaran masing-masing. Antaranya:
- Ali KW
- Abu Bakr (Pendamping Rasulullah SAW yang setia)
- Asma’ bt Abu Bakr (Pembawa makanan)
- Abdullah b. Abu Bakr (Pembawa berita terkini)
- Amir Fahirah (Pengembala kambing- susu)
- Abdullah bin Uraiqith (Pemandu jalan rahsia)
- Umar bin Khattab al-Farouq (psy-war; isytihar Hijrah secara terbuka)
Setiap arahan Rasulullah SAW dilaksanakan dengan sebaik-baiknya meskipun risikonya tinggi. Begitulah tingginya nilai persaudaraan yang dimiliki oleh mereka.
Sacrifice (Pengorbanan Yang Besar)
Perjuangan memang menuntut pengorbanan yang besar sama ada harta, jiwa, tenaga, fikiran, waktu dan perasaan. Antara contoh yang ditonjolkan dalam peristiwa Hijrah ialah:
- Ali KW dan Asma’ menanggung derita penyeksaan sebab menjaga rahsia.
- Abu Bakr berkorban dengan semua harta yang dimiliki.
- Sahabat-sahabat Ansar di Madinah berkorban dengan menerima saudara-saudara Muhajirin dengan penuh keikhlasan yang tak terkira.
“Orang yang berkorban penuh keikhlasan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah. “Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya” (Surah As-Saff, 61: Ayat 10-11. Juzuk 28, m/s 551).
Sincerity (Keikhlasan Yang Tulus)
Hijrah adalah perjalanan yang jauh dan rumit. Hijrah perlu dilaksanakan dengan niat ikhlas demi Allah dan RasulNya. Keikhlasan akan menzahirkan kesungguhan untuk melalui segala ujian, musibah serta liku-liku perjuangan.
“Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia bakal mendapat balasan daripada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa pula yang berhijrah kerana mencari kepentingan dunia atau kerana perumpuan yang ingin dikahwininya, maka dia akan mendapat apa yang diniatkan itu (serta dia tidak akan mendapat balasan baik oleh Allah)” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).
Solidarity (Persaudaraan Yang Indah)
Setelah Rasulullah SAW dan para sahabat tiba di Madinah, baginda disambut dengan sambutan luar biasa kerana hampir semua orang Madinah menginginkan baginda menetap di rumah mereka. Para sahabat lain juga diterima dengan senang hati untuk tinggal di rumah muslimin Ansar. Mereka berbahagi harta kepada Muhajirin serta menyiapkan jodoh wanita solehah untuk diperisterikan sahabat Muhajirin. Persaudaraan ini akhirnya diperkukuhkan dengan pembinaan Masjid Nabawi sebagai pusat pembinaan umat.
Checklist Hijrah KITA:
1) Saling berkomunikasi/berinteraksi/berbincang secara optimum
2) Berlapang dada dengan keputusan majoriti dan menghargai perbezaan pandangan
3) Mendidik dengan sikap dan perbuatan (dakwah bil hal @ walk the talk)
4) Buang yang keruh, ambil yang jernih, jauhi prasangka
5) Yang lepas jadikan iktibar
6) Mengajak, mengajak dan terus mengajak kepada kebaikan
7) Prihatin, cakna dan saling menolong sesama kita
SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431!
Luangkanlah masa untuk membaca artikel di bawah:
Ustaz Pahrol Md Juoi – Armada Hijrah
http://genta-rasa.com/2009/12/15/armada-hijrah/#more-695
Click to join iiumrx5
Assalamualaikum, semua rx5. Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai pilihan pelayaran anda di alam maya.Fortified Fraternity Copyright © 2009