Showing posts with label Batch Leader. Show all posts
Showing posts with label Batch Leader. Show all posts

Sunday, December 27

Rx5 Organization - Revisited

Sekadar untuk makluman semua. Perancangan untuk setiap unit sudah dimaklumkan kepada headcom dan assistant headcom. Jadi, terpulang kepada unit masing-masing untuk bincang dengan lebih lanjut untuk teruskan atau ubah mana-mana yang perlu. Harapnya kita semua dapat bekerjasama. Secara ringkasnya, ada unit yang lebih menjurus kepada program dan ada yang menjurus kepada kerja rutin. Saya cadangkan kita guna sistem terbuka. Untuk satu-satu kerja, boleh ambil mereka-mereka yang daripada unit lain juga.

4th Year Pharmacy Students’
Batch Organization 2009/2010 Session

MAINBOARD

Batch Leader
Mohd Muzani b. Hasbullah

Asst. Batch Leader
Noornazli Zahirah bt. Abdullah

Secretary
Hind bt. Hassan Hamed Elniel

Treasurer
Wan Asfarina bt. Wan Ismail


CLASS ADMINISTRATION

Semester I:
Head: Zulsairi b. Mohd Pauzi
Asst. Head: Nurul Atiqah bt. Yarahim

Semester II:
Head: Ahmad Faiz b. Fauzi
Asst. Head: Raihanah bt. Ahmad


SPIRITUALITY AND ISLAMIZATION UNIT

Job Scope:

1) Promote Islamic teachings and practices as the way of life.
2) Increase sensitivity of members towards issues concerning Islamic affairs (Palestine, Islam Liberal, etc)
3) Instill professionalism (attitude, personality etc)
4) Involve members with islah and dakwah activities.

Committee:

HC: Shahmin b. Hasan
Asst. HC: Siti Norfatihah bt. Mohd Pauzi
Subcom:

Ahmad Latfi b. Mohamed @ Alias
Khairul Anuar b. Abdul Karim
Muhammad Asyraf b. Amran
Abdul Birri b. Abdullah
Nurul Syaza bt. Husni
Wan Nourul Ainna bt. Ab. Aziz
Nur ‘Izzati bt. Ahmad Zawawi


WELFARE UNIT

Job Scope:

1) Preserve and fight appropriately any welfare issues of the members in various matters (academic, finance, mahallah, health etc).
2) Take care of class properties and ensure their functioning (lecture hall condition, computer, LCD, pointer, OHP, microphone, whiteboard, markers etc).
3) Manage batch khairat fund.

Committee:

HC: Ali Umar b. Ibrahim
Asst. HC: Khairul Azurin bt. Mat Wahid

Subcom:

Johan b. Jamarei
Raja Afiq Aizuddin b. Raja Ahmad
Ahmad Faiz b. Fauzi
Muhammad Salahuddin b. Haris @ Harith
Nur Salwa bt. Abdul Halim
Shifaa bt. Jamal
Norhaziah bt. Salleh


EDUCATION UNIT

Job Scope:

1) Manage notes (softycopy and hardcopy).
2) Assist in elevating academic performance and intellectual level. (motivational talks, study workshop etc).
3) Improve skill-based knowledge (presentation skills etc).
4) Combat unethical practices (plagiarism, truancy etc).

Committee:

HC: Mohd. 'Izzuddin b. Mohd Jaaffar
Asst. HC: Nurulhidayah bt. Khairudin

Subcom:

Mohd Hanis b. Salleh
Jusrizal b. Mohamed
Ikhwan Iqbal b. Zulkefli
Zulsairi b. Mohd Pauzi
Raihanah bt. Ahmad
Azizah bt. Mohammed
Nurul Atiqah bt. Yarahim
Siti Hawa bt. Azman


CLASS INFORMATION SERVICE UNIT

Job Scope:

1) Ensure the members are well informed regarding university (SRC, IPhA, etc) and batch activities.
2) Update members with current issues on various field especially pharmacy.
3) Manage batch board and other information tools (bulletin, blog, e-mail, facebook, flickr, yahoogroups etc).
4) Handle public relation affairs with external parties (other batches, IPhA, SRC, other KBS).

Committee:

HC: Syahrir b. Zaini
Asst. HC: Mardhiah bt. Mohd Rais

Subcom:

Abdul Hadi b. Hamzah
Wan Mohd Khairul b. Wan Mahmud
Mohd Hafiz b. Mohd Norrizan
Mohd Syafiq b. Yusof
Siti Naziha bt. Mohamed Ihsan
Mahfuzah bt. Ishak
Nor Atikah bt. Nor Khalim


SPECIAL EVENTS UNIT

Job Scope:

1) Strengthen brotherhood of members, lecturers and staffs by having activities together (rehlah, sports activities, AGD etc).
2) Coordinator for academic and non-academic special events (visits, exhibition, etc).

Committee:

HC: Ezzad Ashraff b. Ashim
Asst. HC: Hafizah bt. Hamidi

Subcom:

Mohd Afiq b. Abu Latifei
Fakhrul Hadi b. Paridul Adras
Azwin b. Md. Tumin
Mohd Azwadi b. Kamarudin
Adi Asraf b. Yusof
Hamida bt. Abdul Hamid
Wan Nur Syafiqah bt. Mior Khairuddin
Hanan Hayati bt. Mamat

Friday, December 18

Hijrah KITA

Kisah Tak Benar Plotnya Tapi Benar Pengajarannya


“Man (bukan nama sebenar), bulan depan 2010 dah ye. Cuak jugak aku rasa tengok angka 10 ni. Kau 24, aku 25. Dah suku abad kita hidup atas dunia ni”, Fikri (juga bukan nama sebenar) membuka bicara setelah agak lama mendiamkan diri. Aku pula asyik memandu. “Dulu, masa ambil keputusan SPM, kita sibuk bertanya dapat berapa A. Bila dah masuk matrik dan universiti, sibuk tanya belajar kat mana dan amik course apa. Bila dah grad, sibuk tanya kerja kat mana dan bila nak kahwin. Bila dah kerja, sibuk tanya anak berapa. Sedar-sedar, kita atau mungkin orang lain akan tanya bila si fulan meninggal?” Fikri meneruskan bicaranya. Dia memang suka nasihat berlapik. “Kau rasa aku ni berubah tak berbanding zaman matrik dulu?” kali ni Man pula bersuara.


“Kau okei Man, takde masalah, aku ni yang teruk. Entahlah, susah nak baiki diri ni. Dah berazam tapi selalu kalah. Tak tahulah nak jadi apa aku ni” jawab Fikri. Jawapan biasa yang dia berikan. Pada aku, dia memang seorang yang baik. Tapi tak mengapalah, kalau dia merasakan diri dia masih perlu diperbaiki, sekurang-kurangnya dia akan terus berusaha. Sebagai kawan, saling menasihati dan cakna itu penting.


Kembali Kepada KITA


Cerita di atas untuk APPETIZER. MAIN COURSE sebenarnya nak berkongsi apa yang disebut oleh Dr Mohamed dalam ceramah Ma’al Hijrah semalam. Antara pengajaran yang boleh KITA ambil ialah:


Good Planning (Perancangan Teliti)


Perjuangan Rasulullah SAW menghadapi banyak kesulitan. Namun, baginda tidak berserah bulat-bulat lalu bersantai menunggu pertolongan Allah. Sebaliknya, perancangan yang teliti telah dibuat. Antaranya:

- menghantar Mus’ab bin Umair ke Yathrib (nama lama Madinah) untuk berdakwah.

- mengarahkan Ali tidur di tempat tidurnya.

- terlebih dulu menuju ke selatan (Gua Thaur - 3 hari) sebelum menuju ke utara.


Good Networking (Rangkaian Gerak Kerja Berkumpulan Yang Baik)


Rasulullah SAW tolong menolong dengan para sahabat dan mengagih-agihkan tugas yang sesuai dengan bakat dan kepakaran masing-masing. Antaranya:

- Ali KW

- Abu Bakr (Pendamping Rasulullah SAW yang setia)

- Asma’ bt Abu Bakr (Pembawa makanan)

- Abdullah b. Abu Bakr (Pembawa berita terkini)

- Amir Fahirah (Pengembala kambing- susu)

- Abdullah bin Uraiqith (Pemandu jalan rahsia)

- Umar bin Khattab al-Farouq (psy-war; isytihar Hijrah secara terbuka)


Setiap arahan Rasulullah SAW dilaksanakan dengan sebaik-baiknya meskipun risikonya tinggi. Begitulah tingginya nilai persaudaraan yang dimiliki oleh mereka.


Sacrifice (Pengorbanan Yang Besar)


Perjuangan memang menuntut pengorbanan yang besar sama ada harta, jiwa, tenaga, fikiran, waktu dan perasaan. Antara contoh yang ditonjolkan dalam peristiwa Hijrah ialah:

- Ali KW dan Asma’ menanggung derita penyeksaan sebab menjaga rahsia.

- Abu Bakr berkorban dengan semua harta yang dimiliki.

- Sahabat-sahabat Ansar di Madinah berkorban dengan menerima saudara-saudara Muhajirin dengan penuh keikhlasan yang tak terkira.


“Orang yang berkorban penuh keikhlasan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah. “
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya” (Surah As-Saff, 61: Ayat 10-11. Juzuk 28, m/s 551).


Sincerity (Keikhlasan Yang Tulus)


Hijrah adalah perjalanan yang jauh dan rumit. Hijrah perlu dilaksanakan dengan niat ikhlas demi Allah dan RasulNya. Keikhlasan akan menzahirkan kesungguhan untuk melalui segala ujian, musibah serta liku-liku perjuangan.


Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia bakal mendapat balasan daripada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa pula yang berhijrah kerana mencari kepentingan dunia atau kerana perumpuan yang ingin dikahwininya, maka dia akan mendapat apa yang diniatkan itu (serta dia tidak akan mendapat balasan baik oleh Allah)” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).


Solidarity (Persaudaraan Yang Indah)


Setelah Rasulullah SAW dan para sahabat tiba di Madinah, baginda disambut dengan sambutan luar biasa kerana hampir semua orang Madinah menginginkan baginda menetap di rumah mereka. Para sahabat lain juga diterima dengan senang hati untuk tinggal di rumah muslimin Ansar. Mereka berbahagi harta kepada Muhajirin serta menyiapkan jodoh wanita solehah untuk diperisterikan sahabat Muhajirin. Persaudaraan ini akhirnya diperkukuhkan dengan pembinaan Masjid Nabawi sebagai pusat pembinaan umat.


Checklist Hijrah KITA:









1) Saling berkomunikasi/berinteraksi/berbincang secara optimum

2) Berlapang dada dengan keputusan majoriti dan menghargai perbezaan pandangan

3) Mendidik dengan sikap dan perbuatan (dakwah bil hal @ walk the talk)

4) Buang yang keruh, ambil yang jernih, jauhi prasangka

5) Yang lepas jadikan iktibar

6) Mengajak, mengajak dan terus mengajak kepada kebaikan

7) Prihatin, cakna dan saling menolong sesama kita


SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431!


Luangkanlah masa untuk membaca artikel di bawah:

Ustaz Pahrol Md Juoi – Armada Hijrah

http://genta-rasa.com/2009/12/15/armada-hijrah/#more-695

Tuesday, December 8

Discussion on AGD

Date: 9 December 2009 (Wednesday)
Time: 3.00 pm (tentatively, if class finish earlier, proceed...)

Kepada semua kawan-kawan, boleh bincang-bincang dulu sesama kita, nanti esok boleh terus bagi suggestion. Kalau nak bertulis pun boleh juga. Kita ada 2 pilihan, sama ada nak serah sepenuhnya pada IPhA dan kita letak wakil kita dalam main committee (mungkin 1/2/beberapa) untuk diambil kira pandangan batch kita untuk majlis tu nanti. Atau boleh juga kita lantik beberapa wakil kita jadi mainboard (katakan 6 orang camtu) dan committee2 lain akan dibentuk dan dibantu oleh IPhA.

Sebelum ni pernah ada post pasal AGD, boleh rujuk di sini..

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=26384149376717158

Saturday, August 15

Breaking News: Mid Sem Exam & Mid Sem Break

Assalamualaikum...untuk pengetahuan semua, status cuti mid semester kita setakat ini adalah dari 19 - 27 September (Week 11 sahaja). Walaupun timetable lame stated that cuti kite 2 weeks ( Week 10 & 11), tp KOP trpaksa panjangkan tempoh midsem exam drpada 1 mgu (week 8) kepada 2 mgu (week 8 & 9)..pemanjangan tempoh exam ni menyebabkan cuti kita berkurang mnjadi satu minggu.

Pemanjangan tempoh mid sem exam ni adalah kerna ramai kawan2 kita yang repeat paper dan tempoh sminggu tak cukup utk diorg buat smua paper tu. Kalau stay dgn jadual asal (exam 1 week), diorg trpaksa amik paper sampai 3 paper sehari n ade sampai 4 paper sehari. So, KOP decide exam kita start 3 Sept smpai 11 sept. 1 -2 sept direserved utk revision period yg mula diapply sem ni after ipha mintak last sem.

Nway, cuti 1 week or 2 weeks is not the matter. Masalahnya, kerana terkeliru dgn jadual asal (cuti 2 weeks, start week 10), ramai yg dah beli tiket balik. Selepas tahu cuti dah kurang jadi 1 week, ramai yg dah tukar tiket tp most of them xdapat tukar sbb tarikh baru cuti (19 ogos) just 1 day before hari raya (20 ogos).

Ok, sekarang ade 2 pilihan,

1. Cuti 2 weeks mcm jadual asal (Week 10 & 11). Exam 1 week sahaja (Week 8)
Pro: Ramai dah beli tiket cuti start week 10 tu.
Bole cuti lame
Con: Xde revision period utk kita
kesian kat kawan2 kita yang repeat paper sbb trpaksa habiskan smua paper dlm mase seminggu

2. Cuti 1 week (Week 11 shj). Exam 2 weeks ( week 8 & 9)
Pro: Ade revision period
Bagi masa lebih skit utk kwn2 kita yg repeat paper spaya xtrbeban sngat.
Con: Ramai da beli tiket utk cuti start week 10
Most probably tiket utk tarikh baru cuti da habis (sehari/dua sbelum raya)

So, hari ISNIN ni, kami akan buat pungutan suara drpd smua student pharmacy setiap batch. Harap smua bagi kerjasama. Hasil keputusan survey ni, IPhA akan ajukan kepada admin melalui surat untuk Dean. InsyaAllah, kami akan bagi surat tu pd hari SELASA utk memudahkan proses pembelian tiket raya kita semua.

Sekian, smoga kita dpt mncapai keputusan bersama yang mencapai kemaslahatan semua pihak. We'll try our best for the sake of all of us. InsyaAllah.

Help us to help u.

Thank u
Wassalam

PRESIDENT OF IPHA

Thursday, August 6

Apa Yang Kita Belajar Dari Attachment PT

Masuk minggu ni dah 3 kali kita ada hospital attachment dan buat case presentation. Setiap orang mesti belajar banyak benda baru sama ada info-info baru tentang drug, DRP, disease, kemahiran dalam clerking case, presentation, reliable sources sama ada buku, journal dan macam-macam lagi. Jadi, untuk posting kali ni, apa kata kita kongsi ramai-ramai apa yang dah kita dapat dari attachment PT selama ni. Mulakan komen anda!

Saturday, July 25

Tip From Senior

Just nak share with everyone some tips given by our seniors: Kak AC (KAC) and Kak Fajariah (KF). Mungkin ada sedikit sebanyak perubahan, tetapi banyak yang boleh dijadikan contoh. Ma’a Taufiq wa Najah!

YEAR 4, SEMESTER 1

CORE COURSES:

1-Pharmacotherapeutics I (PT I)

KF:

This paper is quite tough. Please concentrate on theory class and also hospital attachment. Me myself, I learned more during my attachment. Your will learn on pathophysiology of the diseases, signs and symptoms and also the disease management, pharmacologically and non-pharmacologically (focus more on pharmacological treatmnet). PT 1 cover CVS, Resp., GIT. Under each system, lots of diseases will be covered. But the most important one is CVS. Lecturers include Dr Haniki, Mdm Rohani and invited lecturers. Please get latest Malaysian CPG for all diseases that you learn, yang photostat nyer ada jual kat bangunan teruntum. Dr Haniki banyak guna CPG Malaysia and overseas and also research report yang boleh download kat internet (just for additional information and discussion during hospital attachment). Don’t forget Pharmacotherapeutic Book (DIPIRO), banyak gak refer dalam tu. Invited lecturer banyak depend on notes and some tak bagi notes langsung, so be couscous.

For hospital attachment, lecturers involved are Dr Haniki, Mdm Rohani, Dr Suraya, Mdm Sahimi and Mdm Rozita from HTAA. Time attachment ni la kita banyak belajar because we learn one drug in detail. But during attachment we not only deal with one type of disease, but one patient may have three or four disease concurrently, so correlate to each other. Masa discussion, most important is the DRP, so kena tahu those 8 DRPs, hafal before you go for attachment. Provide the solution for those DRPs with solid evidence, so bring your reference along with you (handbook and cpg, if possible Micromedex). Report buat elok-elok, neat and tidy, must include discussion also. Report is not only to get marks but also to assist you to understand more. Same for the final presentation, prepare betul-betul, discuss dengan groupmates and find all available and important facts, those will assist you. Please be careful, ramai classmate yang kandas paper ni.

2-Quality Assurance (QA)

KAC:

• QA lebih kepada industrial setting. Jadi, siapa yang dah buat industrial attachment baru-baru ni, lagi mudah la nak faham apa yang diajar sebab sekarang ni kita tahu teori di sebalik apa yang berlaku kat industri masa attachment tu. Dah paham tu, jangan kedekut ilmu pula untuk fahamkan org lain.

• Banyak belajar pasal mesin-mesin..huhu (yang banyak ajar ktorg subjek ni ialah Dr. Helal & Dr. Mohamed..last-last tu baru ade several invited lecturers including Bro. Mohsin, husband Dr. Kausar. Kalau Bro. Mohsen ajar, focus betul-betul dalam kelas. Kalau boleh, catat apa yg patut..nota die tu as a guide sahaja)

• Dr Helal ade suruh buat audit kat hospital & farmasi, then present the findings in poster presentation.

KF:

Mostly Dr Helal yang bagi lectures. Some lectures given by Bro Muhsin, husband Dr Kausar. Mostly pasal instruments like HPLC, weighing balance, pH meter. Learn how to equilibrate and use those instruments. Kadang-kadang rasa macam ulang benda sama yang kita dah belajar dalam Pharm. Analysis jer. Belajar juga pasal SOP. Nanti ada assignment kena buat SOP for one of those instruments. Ada juga belajar wastage management. This topic is one of the favourite question for exam. In short, lectures Dr Helal banyak theory..keep repeating baca notes yang Dr Helal bagi,baru boleh faham. Bro Muhsin nyer lectures tak berapa ingat apa.

3-Sterilization & Aseptic Technique (SAT)

KAC:

• SAT pun lebih kurang macam QA: more towards industry & a little bit related to sterilization in hospital setting. Siapa yang buat attachment kat Ain Medicare, BBrown & other sterile plants Insya Allah akan lebih cepat faham & lebih nmpak apa benda yang diajar. So, yangg x berkesempatan buat attachment kat kedua-dua tempat ni, janganlah segan-segan pula nak bertanya budak2 Ain & BB ni ye..boleh share banyak ilmu yang praktikal.

• Masa kitorang, ada buat visit ke kilang..Xorix, Dungun.

KF:

Most lectures from Dr Mohamed. What is aseptic n terminal sterilization (Important: different between both) and types of sterilization. More focus on characteristics of each type of sterilization, how it been conducted, the condition and environment required for each, what killing agent that it use. The most important is what type of sterilization that can be used to sterilize one type of instrument. Eg: dry heat for ointment. What type of sterilization that cannot be used to sterilize one thing. Banyak point-point penting yang tak ada dalam notes, but if you attend his class, be attentive and responsive, Insya Allah you will grab more.

4-Dosage Design II (DD II)

KAC:

• Ni sambungan DD yang lepas. Kali ni belajar more advanced technology & dosage forms termasuklah newer drug delivery systems (DDS). Akan belajar DDS dengan lebih detail kalau ambil elektif DDS nanti.

• Kalau tak nampak / rase blur je dengan apa yang lecturer ajar, better pergi dapatkan related pictures, cari simplified mechanisms & identify differences between them. Better kalau ada table sendiri yang memuatkan differences tu sebabnya kita belajar benda yang hampir semuanya tak nampak depan mata, takde kat UIA Kuantan. kalau ada pun sikit sangat.

KF:

Learns the details about creams, transdermal, ophthalmic, pulmonary preparation. Focus on formulation including function of all ingredients been used. Also on packaging of those preparation. For preparation yang guna device like pulmonary formulation, more focus on technique and how those device works. Lagi, how to enhance the delivery of the active ingredients that may include device-assisted or altered formulation. Untuk capsule, learn on hard-gelatin and soft-gelatin capsule, the difference between both and the pro-cons of those. Novel-drug delivery also one of the topic included. Dulu, most of the lectures given by Dr Tanveer, some by Dr Kausar and some Dr Farah.

5-Pharmacy Practice IV (PP II)

KAC:

• Macam biasa, akan ada rotational posting, cuba biasakan diri dengan alat-alat sperti inhalers, injection pens etc.

KF:

• Concentrate more on roles of pharmacy in hospital and community setting. Main business is your roles as ward pharmacist and also community pharmacist. Learn more about CDR, TPN,TDM and DIS. Some of the lectures are repetition of what you have learnt before, with some additional detail information. You may have about 4 attachment including attachment in community pharmacy that you need to perform few quick test (blood pressure, glucose and cholesterol level, smoking cessation and some others). Other attachment includes in TPN, CDR, TDM and DIS department at HTAA.

6-Problem-Based Learning II (PBL II)

KAC:

• Dapatkan latest Clinical Practice Guidelines (CPG) untuk semua diseases (boleh download kat website acadmed, ada kat link blog akak hehe). Sangat-sangat berguna gak untuk PT & PC. Kalau boleh evidence yang kita provide masa bentang case tu biarlah latest & diterima pakai/relevan di Malaysia & sesuai untuk keadaan patient tu.

• Selalunya at the end of the case discussion, akan ada quiz berkaitan dengan disease & related drugs. Study awal-awal la pasal disease & treatmentnya ye..Buat elok-elok tau, tak mustahil untuk score fullmark dalam quiz ni..sangat-sangat membantu ;)

KF:

• As usual, discussion and presentation on case been given. Some advices, do not present your part, but make it as a discussion, macam you discuss with your friends, with some interruptions to make it real discussion. Ask your friend when you want to know something, tapi kalau dah tau pun, tanya jer la..You will get extra marks, both, orang yang tanye and orang yang jawab. Don’t separate the case into different components, but blend all those facts and info and DISCUSS it!!!

7-Pharmacoepidemiology & Pharmacoeconomics (PE)

KAC:

• Basically, belajar perkaitan antara pharmacy dengan epidemiology & economy. Honestly, agak bosan jugak la huhu.

KF:

• Mostly theoretical part..hehe..very difficult to concentrate in class. Deal with lots of definition, concepts and principles. It will answer some questions like ‘why we need epidemiology in pharmacy’, ‘what epidemiology can do to improve drug distribution n utilization’ and some more. Most lectures given by Dr Sheikh Fareed and some by Bro Qais. Concentrate during Dr Sheikh Fareed class, Insya Allah you will understand more.


ELECTIVE COURSES:

1-Clinical Nutrition (CN)

KF:

For me personally, it is very interesting subject. First, you will learn about CHO, protein, fat, and other elements in food as you have learnt in biochemistry. Then, learn on energy, how it been generated from food, energy expenditure and how to calculate calorie that will turn into energy from each pinch of food that you eat. The most interesting part is therapeutic diet, in which you will learn to alter normal diet to suit patient with diabetes, liver and kidney disease, hypermetabolic state and critically ill patient. Again, you will also learn more on enteral and parenteral nutrition. Food-drug and drug-food interaction is the ultimate one since you will learn how foods affect drug delivery and how drug could affect digestion and absorption of food. Most lectures given by invited lecturers who are dietitians from HTAA while others deliver by Dr May and Dr Norazian. You will have at least 2 hospital attachment in which you need to clerk case (focusing more on patient’s diet) and that case will be your case assignment and presentation. From my experience, quite difficult to get high marks from assignment/presentation, so pay attention on exam (quite easy for me).

2- Over-the-counter (OTC)

KF:

Over-the-counter medications for pain, GI disorders, respiratory disorders (cough, cold), slimming products and OTC for special population (pregnant women, pediatrics and geriatrics). Focus on the formulations that it contains which make the products regarded as OTC, the commonest products in market and counseling points for each group of products.


YEAR 4, SEMESTER 2

CORE COURSES:

1-Clinical Pharmacy III (CP III)

• Mostly belajae kira-kira, calculator kena selalu ada kat tangan. Kira initial dos, bila nak bagi dos seterusnya, berapa dos seterusnya, berapa dos yang nak dikurangkan/ditambah, apa nak buat kalau patient dah toxic/unresponsive, berapa lama nak withhold etc.

• Kena tahu sifat-sifat tabi'ie ubat-ubat yang special ni, berapa usual dose, indication & contraindication, interactions etc.

• Selalukanlah buat latihan kira-kira (cari buku kat library or just buat latihan dalam buku Winter), bincang sama-sama & kalau tiba-tiba blurr/confuse, tanya lecturer terus. Dulu, yang ajar kitorg: Mdm Mastura, Dr. Haniki, Dr. Osama.

• Macam PT & PP, akan ada rotational posting gak + reports hehe

• Mostly yang belajar dalam CP III ni akan masuk dlm OSCE nanti..uhhuuu,OSCE ku!

2-Pharmaceutical Care (PC)

• Soalan yang banyak keluar ialah cases, minta kita cari pharmaceutical care issues (PCI), suggestion/recommendation. Untuk jawab soalan-soalan tu, harus ada pengetahuan tentang diseases, drugs & treatment..macam PT jugak la. PC ni case yang diorg bagi dalam exam tak specific, boleh je diorg tanya apa-apa penyakit & apa-apa ubat. Selalunya terperangkap kat sini la especially bila diorg bagi brand name huhu.

• Ktorang kena buat Pharmacy Day under subjek ni (medical checkups untuk penduduk setempat..tempat ktorg buat dulu: Kg. Tanjung Lumpur. Berdasarkan data yg kita collect daripada patient kat situ, ktorang kena trace patient yang sesuai untuk di follow up/home visit/domiciliary service at least 3 kali selepas PharDay tu. Kat sini banyak gak tau!)

3-Pharmacotherapeutics II (PT II)

• Lebih kurang PT I jugak tapi kali ni lecturers expect kita tahu serba serbi la sebab dah masuk final sem kan. So, perform your best in each presentation & reports. Kena bawa bersabar banyak-banyak!

• Rotational posting ada macam biasa + reports..uhhhuuu, report lagi!

4- Ethics & Law in Pharmacy (EL)

• Apa lagi, belajar Law la kita..jadi lawyer jap. tapi jangan bimbang, bukannya kena ingat sebijik2 setiap akta yang ada, yang penting, faham & ingat contents akta-akta tu.

• Beli buku akta di awal sem lagi tau..senang nak refer masa lecture. Kalau lecturer buat tutor, WAJIB hadir sebab masa tu hint akan keluar hehe.

• Dalam exam, tulis ayat kita sendiri, bukan ayat law macam dalam buku tu eh. Bagi points banyak & jangan merapu.

5- Administration & Management in Pharmacy (AM)

• Tadi dah jadi lawyer, sekarang kita jadi manager & accountant lak..banyak-banyakkan bersabar!

6- Research Methodology & Biostatistics (RMB)

• Basically, belajar macam mana nak buat research, jenis-jenis research serta perbezaannya & statistics sikit. Jadi researcher & statistician la kite (in my opinion, sepatutnya subjek ni patut diajar before kita buat research project yang elektif tu. Takde la nanti terkial-kial menyiapkan projek tapi bila dah siap projek baru la tahu macam mana nak jalankan projek dengan lebih efektif).

PESANAN PENAJA:

Itulah serba sedikit yang akak boleh coretkan berdasarkan pengalaman. Kalau ada apa-apa lagi nak tanya, silakanlah..mana yang akak boleh respon, akak akan respon Insya Allah :) Haih, dah final year ni, cuba-cuba lah berubah untuk jadi LEBIH BERGUNA dalam semua aspek (huhu..ayat ni ditujukan untuk diri sendiri sebenarnya, menyesal pun ada..uwaaaa!!). WISHING YOU ALL THE BEST! (Kak AC, Batch 2009)

From Rx5, thank you and jazakallah to Kak AC and Kak Fajariah for this sharing.

Monday, July 13

Pesanan

Fortified Fraternity


ALHAMDULILLAH...hanya syukur dan rasa kerdil diri selayaknya kita panjatkan kepada Allah dengan melangkahnya kaki ke tahun akhir. Rakan-rakan sekalian, inilah PELUANG. Hidup ini penuh dengan peluang. Peluang untuk merasai nikmat, peluang untuk bersyukur, peluang untuk menginsafi kesilapan lalu dan bertaubat dan peluang untuk kembali ke jalan yang benar.


Sangat baru rasanya tempoh tiga tahun yang lalu ketika kita mula-mula datang ke Kuantan. Itulah masa yang telah meninggalkan kita. Kelas demi kelas, peperiksaan demi peperiksaan. Usia bertambah bersama-sama dengan kesibukan kita sebagai pelajar. 2006 kita datang ke sini dengan iringan harapan yang tersangat tinggi daripada keluarga. Iringan itu tak terhenti di situ bahkan terus-menerus sehingga ke saat ini. Bagi yang mengingatinya dan menjadikannya sumber inspirasi, teruskanlah. Sebagai anak, itu antara ingatan yang baik untuk muhasabah diri setakat mana kita sudah berusaha di sini. Kadang-kadang, diri terleka dan perlu diingatkan.


Rakan-rakan,


Belajarlah sepenuh hati. Jagalah akhlak sesama kita dan pensyarah. Jadilah sahabat ketika susah dan senang. Jadilah sahabat yang mendidik. Sekurang-kurangnya, empat tahun di sini, kita lebih baik dari semalam yang telah berlalu. Ada juga jasa dan manfaat yang kita dapat dan kita beri. Andai ada salah faham, maafkanlah dan tegurlah dengan baik. Jauhkan diri dari prasangka. Bersikap jujurlah dalam usaha menuntut ilmu. Markah dan gred bukan segalanya. Jangan kita cari redha manusia dengan kemurkaan Allah. Biarlah kita cari redha Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan marahnya manusia.


Andai kita pernah tersilap, belajarlah dari kesilapan lalu kerana manusia yang baik akan merenung sejarah hidup dan terus menerus membaiki diri. Kita tidak sempurna, tetapi jangan kita jadikan ketidaksempurnaan itu sebagai beban dan meletakkannya di depan mata seolah olah itulah segalanya. Kerana tidak sempurnalah, adanya konsep saling melengkapi dalam Islam. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan batch kita dan mana-mana batch sekalipun. Setiap orang mesti ada sesuatu yang unik dan bermanfaat untuk dikongsi bersama dengan semua.


Pasti tenang rasa hati apabila melihat kemesraan dan kekitaan sesama kita. Mengambil berat antara satu sama lain mengikut petunjuk agama Allah yang mulia kerana memang manusia fitrahnya inginkan kebaikan. Hatta pencuri sekalipun tidak akan mendidik anaknya menjadi pencuri dan tidak suka barangnya dicuri. Kita lahir dalam fitrah yang suci. Moga-moga kita kembali juga dalam fitrah yang suci.


Rakan-rakan,


Gunalah PELUANG baki 1 tahun yang ada sebaiknya untuk memanfaatkan SEGALA SUMBER yang kita ada untuk belajar, menghargai pensyarah dan rakan-rakan seterusnya mendidik diri menjadi seorang hamba Allah yang sebenar. Hormatilah guru, andai ada kelemahan mahupun kekurangan mereka, bimbinglah seperti seorang anak membimbing ibu dan ayah. Pasti kita inginkan yang terbaik walau sesusah mana pun.


Akhir sekali, kita ialah pelajar Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia. Ingatlah keluarga, pakcik, makcik, jiran, orang kampung, abang, kakak dan adik kita di luar sana. Kalau tidak kita yang membimbing. Siapa lagi yang hendak diharapkan. Jangan pernah lupa mendoakan ibu dan ayah walau siapa kita, di mana kita, saat mana kita berada. “Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa ibu bapaku sebagaimana mereka BERSUSAH PAYAH menjagaku di masa kecil”. Moga IIUM Convocation 2010 menjanjikan linangan air mata kegembiraan dan syukur kerana meraikan kejayaan seorang insan bergelar ANAK.


(Sedikit artikel untuk bacaan semua. Moga-moga menjadi motivasi yang berterusan untuk kita melalui tahun akhir. Bacalah dengan hati dan renungan. Walaupun agak panjang, tetapi saya SANGAT SANGAT MENCADANGKANNYA kerana tulisan ini betul-betul membuatkan kita berfikir insya Allah. Artikel-artikel tersebut saya ambil dari web Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, pensyarah Kulliyyah Ekonomi UIA Gombak. Sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD. Beliau mengisahkan kehidupan beliau semasa undergraduate dan setelah bekerja daripada aspek belajar dan menyumbang kepada masyarakat).

http://www.zaharuddin.net/content/view/618/

http://www.zaharuddin.net/content/view/815/

http://www.zaharuddin.net/content/view/832/72/

Sunday, July 12

Pharmacy Talk: Beyond Drugs Matters

Program terbaru IPhA untuk sem 1 09/10 anjuran Education and Professionalism Bureau. Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://pharmacy.iiu.edu.my/ipha



Friday, July 10

Mahallah Updates

Assalamu'alaikum.

Untuk mahallah, brothers dari Mahallah Talhah 2 sesi lepas akan ditempatkan di blok T2 Mahallah Talhah (dalam) manakala brothers LOC seramai 16 orang akan ditempatkan di IM6. Senarai nama ikut nombor rumah di IM6:

No. 14: Ezzad, Hadi, Hanis, Shahmin, Solah, Judin, Raja Afiq dan Wadi
No. 16: Faiz, Muzani, Syafiq, Azwin, Piran, Latfi, Adi Asraf dan Birri

Rumah IM 6 ni ikut sistem compartment. Nama kita ikut compartment telah ditampal pada luar rumah. Layout compartment macam ni:

a)Tingkat bawah:
Compartment A & B (1 bilik)

b)Tingkat atas:
Compartment C (1 bilik)
Compartment D & E (1 bilik)
Compartment F,G & H (1 bilik)

1 compartment dalam 1 bilik akan guna 1 katil single.
2 compartment dalam 1 bilik akan guna 1 katil double decker.
3 compartment dalam 1 bilik akan guna 1 single + 1 double decker.

Bagi yg duduk dalam, kunci bilik boleh diambil dari office mahalah dalam. Untuk IM6, kunci bilik/rumah boleh diambil di pejabat Mahallah Talhah 2 (luar). Tarikh dan masa:

Jumaat, 10/7/2009 8 pg hingga 5 petang
Sabtu dan Ahad, 11&12/7/2009 - 10 pagi hingga 4 petang

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada office Mahallah Talhah 09-5716400 ext 2230 atau Mahallah Talhah 2 09-5736851.

Untuk makluman, Mahallah Talhah (mahallah dalam), ada dua blok untuk brothers: Blok T1 (blok PG) dan blok T2 (blok biasa). Blok T2 memang penuh.

Blok T1 (blok PG) setakat Khamis 9 Julai 2009: level 1 ada 3 bilik kosong, level 2 penuh, level 3 (ada 20 lebih bilik kosong) dan level 4 (ada belas2 bilik kosong). Level 3 dan 4 reserve untuk student elective posting medic daripada luar dan student postgraduate (master dan PHD). Jadi, office tak berani nak bagi level 3 atau 4 kerana takut tak mencukupi bila mereka datang esok-esok. Satu lagi alasan yang diberi ialah sistem giliran. Memandangkan sesi lepas pelajar pharmacy telah diberi peluang untuk duduk di PG, maka sesi kali ni pelajar sains pula diberi tempat. Ini adalah hujah yang diberikan oleh pejabat Mahallah Talhah.

Melalui office medic, kita dimaklumkan bahawa student elective posting untuk Julai ialah 7 orang, untuk bulan 8-10 kosong lagi kerana biasanya bulan Ramadhan tiada elective posting dari luar. Bulan 11 dan 12 setakat ni masih kosong. Bulan 1 hingga 4 tak boleh dipastikan lagi. Kadang-kadang permohonan datang mengejut kerana tabiat pelajar luar yang buat permohonan last minute. Kita telah maklumkan kepada office Mahallah tentang bilangan tersebut tetapi tetap tidak berjaya.

Sebenarnya, kita telah cuba sedaya upaya untuk dapatkan mahallah dalam. Melalui surat sokongan Kulliyyah Pharmacy, melalui recommendation senior yang rapat dengan Ust Mat Ali dan melalui perbincangan terus dengan Bro Zamri dan Kak Shima tetapi tidak berjaya juga.

Harapan terakhir ialah masuk dulu IM6 dan kemudian bincang semula dengan office. Harapan mungkin tinggal harapan. Selagi tiada hitam putih, agak susah untuk kita yakin. Apapun, usaha tetap diteruskan.

Batch nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah berusaha tolong menguruskan permohonan kita termasuklah IPhA dan Kulliyyah Pharmacy sendiri melalui surat sokongan. Juga kepada senior yang membantu. Sekian untuk makluman.

Monday, July 6

H1N1 Updates

Assalamu'alaikum.

Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada sahabat-sahabat kita yang menghadiri APPS 2009 di USM telah terlibat dengan H1N1. Ada yang positif dan ada yang masih menunggu keputusan ujian.


Setakat pukul 8.00 pagi, 6 Julai 2009 (Isnin), yang positif Hafizah, sekarang ditempatkan di wad pengasingan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.


Masih menunggu keputusan ujian:

- Azwin (rumah, Johor Bharu)

- Gunjai (tak pasti rumah or hospital, tak dapat dihubungi)

- Wadi (Hospital Tumpat, Kelantan)

- Haziah (Hospital Labuan)


Setakat ni, yang negatif Syafiq, sebelum ni dikuarantin di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT dan baru keluar petang semalam, 5 Julai 2009.


Untuk batch junior kita:


1st year: Positif 5 orang iaitu:

- Syamil (Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu)

- Hanis (Hospital Sungai Buloh)

- Aimi (Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT)

- Intisar (Hospital Sungai Buloh)

- Noor Atikah (Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu)


2nd year: Positif 1 orang iaitu:

- Aizuddin Mohd Nor (Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh)


Sedikit info mengenai H1N1:


Seseorang akan diletakkan sebagai Patient Under Investigation (PUI) jika:

- Demam DAN

- Batuk, sakit tekak, sesak nafas, sakit kepala dan sakit badan (Respiratory symptoms) DAN

- Ada ‘close contact’ dengan pesakit yang disahkan H1N1 ATAU baru pulang dari negara yang disahkan ada H1N1 dalam masa 7 hari dari tarikh close contact atau tiba di Malaysia. ‘Close contact’ maknanya tinggal serumah atau setempat ATAU ada contact dengan pesakit sekurang-kurangnya 4 jam.


Ada 2 jenis PUI:

1) Mereka yang perlu terus ke hospital iaitu yang ada risk factors, complications dan pelacong asing yang dikesan di tempat ketibaan (untuk senarai risk factors dan complications, rujuk MOH).

2) Mereka yang perlu home-quarantine


Semua PUI akan diuji dengan Throat Swab Test untuk pengesahan. Sample dari tekak pesakit akan diambil dan dihantar ke Institute for Medical Research (IMR), Kuala Lumpur untuk diuji. Biasanya, akan ambil masa 2-3 hari. Sementara menunggu keputusan, mereka akan dikuarantin di rumah atau di wad pengasingan selama 24 jam.

Bagi yang positif, mereka akan dibawa ke hospital yang telah ditetapkan untuk in-patient care di wad pengasingan. Hanya ada 1 orang pesakit untuk 1 wad (tetapi saiz wad tidaklah sebesar macam wad biasa). Keluarga pesakit juga akan dikuarantin di rumah. Rawatan pencegahan antiviral akan diberikan iaitu Oseltamivir 75 mg setiap hari (Brand: Fluhalt, Dose: BD. Dalam guideline cakap untuk 10 hari). Mereka boleh keluar hospital sekiranya:

- tiada komplikasi influenza ketika berada di hospital

- telah mengambil sekurang-kurangnya 3 hari rawatan antiviral (6 dos) DAN

- tidak demam untuk 24 jam yang lalu


Rawatan antiviral dan kuarantin akan diteruskan di rumah selama 2 hari sehingga cukup jumlah 5 hari kuarantin (di hospital 3 hari dan rumah 2 hari setelah disahkan positif).


Maklumat yang disebut di atas mungkin ada kesilapan. Untuk lebih tepat dan menyeluruh:



Status terkini peserta APPS, boleh rujuk di http://www.usm.my/apps2009/

Status terkini H1N1 di Malaysia, boleh rujuk di http://h1n1.moh.gov.my

Diagram ni juga menarik untuk memahami jangkitan H1N1 http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/d0/AntigenicShift_HiRes.png

Maklumat antiviral Fluhalt http://www.mims.com/Page.aspx?menuid=mng&name=Fluhalt+cap&h=oseltamivir

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009