Monday, November 2

Duit belanja visit to PRN + Isotron

Salam, informasi daripada ketua kelas

Duit yang kita dapat dari bajet program dulu:

Belanja PRN = RM 10.00 per student
Belanja Isotron = RM 10.00 per student

Total = RM 20.00 x 53 students
= RM 1060.00

Total duit belanja ni akan dimasukkan ke dalam akaun kelas kita sem ni...

RM 15 per student perlu digunakan sem ni untuk bayar extra charge kepada fotostat library. Jadi baki RM 5 akan dibawa untuk duit kelas semester depan.
Harap semua setuju.
Tapi, kalau ada yang nak claim, boleh jumpa bendahari kelas, che' na.

Tutorial Clinical Nutrition

Salam...
Kepada yang amik subjek ni je...
Kt bawah ni ada gambar dari buku Koda Kimble

Tetiba lak terjumpa
Sebab ingat2 dulu sis ain suh baca buku ni
Tak sangka lak dia amik soalan dari sini rupanya

Tapi mgkn tak sama dgn jawapan yang dia bagi dalam kelas
So, harap korang bole cek balik
Dan inform semula ye...


Page 1
Page 2

Page 3






UPDATE: Report Cenderawasih

 

Assalamualaikum..

Update on 2 Nov 2009, 2 pm..( Izati jumpa Mdm Rohani)

Report Cenderawasih..Buat report macam biasa ..Simple but precise.. Just discuss about the programme..Tak perlu include tentang borang HMR tu..

Then, kumpul report anda kepada Zulsairi..

Sister hantar kat bilik Atiq before pagi esok….Brothers boleh kumpul terus kepada Zul..

 

Then, esok Zul akan hantar 3 benda kepada Mdm Rohani:

1. Report Cenderawasih
2. Semua borang HMR
3.Semua borang registration..

 

ok..tu je..Terima kasih..

Sunday, November 1

Report Cenderawasih

 

 

Salam..

updated on 8.10pm..According to PM, report cenderawasih tu tak perlu include pasal home medication review tu sebab itu untuk subjek sem depan i.e Pharmaceutical Care.

Lagipun borang2 tu baru je dapat dikesan…

Jadi, utk bahagian komen untuk report cenderawasih tu, may include about comment of the whole programme @ pape jela….Ringkas je rasenye....5 marks..

 

Madam suruh hantar esok i.e Monday.. Tapi, paling lambat bole hantar hari Selasa… Kalau tak tolak separuh markah..

Ermm..tolong bgtau roomate/housemate/soulmate ye..terima qaseh..

 

All the best untuk final exam..

Semoga semua dipermudahkan.. :)

Sedikit demi sedikit

Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmat-Nya. Kita bersyukur kerana dipilih untuk menjadi seorang muslim, bukannya lahir dalam keluarga yang bukan Islam. Selawat serta salam buat kapten terbaik umat Islam, Rasulullah saw yang berjaya membawa obor kemenangan, menewaskan sekian ramainya musuh yang cuba menentang hukum Allah swt.

Sedikit demi sedikit... Usahakanlah perubahan dalam diri. Usahakanlah untuk lebih mengenali dan lebih takut serta lebih kagum akan Allah swt.

Kita datang dari latarbelakang yang berbeza. Ada yang dididik dari kecil mengikut tarbiah Islam. Ada yang lahir dari keluarga yang melihat Islam sebagai hanya sebahagian dari kehidupan. Sebagai contoh, melihat perlunya menutup aurat semasa solat, namun tidak upaya menjaga aurat tatkala berada di tempat-tempat lain. Ada juga insan yang dilahirkan dalam keluarga yang melalaikan ajaran Islam. Bahkan, di sana ada juga yang dilahirkan di dalam keluarga yang bukan Islam.

Tidak kiralah dari mana asalnya kita, yang penting sekarang kita perlu sedar bahawa kita hanya seorang hamba dan penumpang di bumi Allah swt. Singgah seketika di dunia sebelum menempuh hidup yang berterusan di akhirat.

"..., sesungguhnya telah jelas (perbedaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat." (Surah Al-Baqarah, 2: ayat 256).

Kita ditawarkan dua pilihan. Berakhir di syurga atau neraka. Jalannya pun sudah jelas, terang lagi bersuluh. Jalan kebenaran sudah dikenali, jalan kebatilan juga sudah diketahui. Tinggal lagi untuk kita memilih yang mana satu antara dua jalan tersebut.

Sekarang, aku menyeru diri ku, sahabat-sahabat ku dan insan lain agar cuba berubah sedikit demi sedikit. Cuba kembali kepada ketamadunan ilmu. Cuba menambah ilmu agar amalan dan tingkah laku kita makin yakin dan ada kebenaran padanya. Berapa lama kita diberi peluang untuk berada di sini (dunia yang sementara)?

Mahu menunggu usia lanjut baru mahu berubah... jangan begitu kerana ajal boleh menjemput mu bila-bila masa sahaja.

Sedikit petikan dari Al-Qur'an:

"Maka celakalah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. Orang-orang yang bermain-main dalam kebatilan (perbuatan dosa)" (Surah At-Tur, 52: ayat 11-12).

"Sungguh, orang-orang yang berdosa berada dalam kesesatan (di dunia) dan akan berada dalam neraka (di akhirat). Pada hari mereka diseret ke neraka pada wajahnya. (Dikatakan kepada mereka), rasakanlah sentuhan api neraka." (Surah Al-Qamar, 54: ayat 47-48).

"Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (syurga yang penuh) kenikmatan." (Surah Al-Mutoffifin, 83: ayat 22).

# Peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk semua. Ruang dan peluang masih ada. Kudrat usia muda masih gagah, usah menanti hari tua baru mahu berubah takut-takut tak sempat tua sudah dijemput atau diheret pulang. Sekian.

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009