Tuesday, October 20

TER

Teaching Efficiency Rating (TER) can be done through e-learning. So, just log in to e-learning and click TER to rate our lecturers teaching efficiency.





Monday, October 19

Awas pencuri

Assalamualaikum. Untuk pengetahuan semua, beberapa siri kejadian kecurian telah berlaku di kawasan sekitar perumahan IM6.

Menurut fellow Mahallah Talhah IM6, Bro Danial Jamaludin, kes kecurian laptop telah berlaku dan melibatkan pelajar UIA. Kes kecurian kenderaan juga telah berlaku namun melibatkan jiran sekitar kita, bukan pelajar UIA.

Diharapkan semua penghuni IM6 mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan diri dan barang-barang kita, dengan mengunci pintu rumah apabila keluar rumah, waktu malam dan ketika tiada seorang pun yang berada di bahagian ruang tamu. Motorsikal dan kereta juga merupakan sasaran mereka yang tanpa sedar memerhatikan gerak-geri kita.

Sama-sama kita mendoakan supaya Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka yang tidak sedar akan dosa yang dilakukan.

Baik dan yang lebih baik

Assalamualaikum buat semua. Berbahagialah insan yang berada di jalan Allah. Celakalah insan yang sentiasa menurut jejak langkah syaitan. Segala pujian milik Allah. Selawat serta salam buat Rasulullah saw.

Dalam kesibukan dikejar tugasan yang berlambak, sedikit sebanyak ingin dikongsi di sini dan harapnya ia menjadi renungan bersama (walaupun tugasan kita begitu menghimpit di saat ini). Mari sama-sama merenung kata-kata Hukama':

Empat perkara baik bersama empat perkara yang lebih baik (good and better).

1. Sifat malu yang ada pada lelaki merupakan sesuatu yang baik, namun sifat malu yang ada pada wanita merupakan sesuatu yang lebih baik.

2. Sifat adil terhadap manusia merupakan sifat yang baik, namun keadilan seorang pemimpin terhadap kepimpinannya merupakan sesuatu yang lebih baik.

3. Sedekah dari si kaya merupakan sesuatu yang baik, namun sedekah dari si miskin merupakan sesuatu yang lebih baik.

4. Taubat dari orang tua merupakan satu perbuatan yang baik, namun taubat dari orang muda merupakan sesuatu yang lebih baik.

Announcement: Clinical Nutrition PHM 4192

From: Siti Naziha Mohamed Ihsan


Attention to those who take Clinical Nutrition (PHM 4192)

- All students meet sharp at 2.15 p.m. at lobby Makmur HTAA

Date: 21.10.09 (Wednesday)

- Any question, tel/SMS/email to rxdietition@yahoo.com.my


Case Presentation + Slide presentation + Report = to be completed/submitted by 21/10/09


Gangguan Bekalan Air

Assalamualaikum semua.
Sila ambil perhatian atas gangguan bekalan air ini. Ambillah langkah-langkah sepatutnya!

Gangguan Bekalan Air Daerah Kuantan


TARIKH MULA : 20-10-2009

TARIKH AKHIR : 20-10-2009

MASA GANGGUAN : 7.30 PAGI HINGGA 11.30 MALAM

PUNCA GANGGUAN : KERJA-KERJA PENGUBAHSUAIAN PAIP MS 1600MM DI PEMBINAAN
KOTA SAS KUANTAN.

KAWASAN GANGGUAN :

Kawasan-kawasan yang terputus bekalan air adalah seperti berikut :-

- Perindustrian Semambu dan seluruh kawasan perumahan Semambu
- Politeknik Sultan Ahmad Shah
- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Beserah daripada Simpang Jabatan Ukur hingga Sg. Karang
- Seluruh kawasan Alor Akar, Kubang Buaya, Sri Kuantan, Medan Tok Sira,
Teluk Chempedak dan Tembeling Resort
- Seluruh kawasan Indera Mahkota, Bukit Istana dan Kg. Tiram
- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Sg. Lembing dari Kg. Kobat hingga Kg. Atong
- Seluruh kawasan Bukit Rangin, Kg. chendering, permatang Badak dan Kg. MPK
- Seluruh kawasan Sg. Isap
- Seluruh kawasan Taman TAS
- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Gambang dari Jambatan Tanah Putih hingga Persimpangan
Lebuhraya Tun Razak
- Seluruh kawasan Jaya Gading
- Kem Batu 10
- Penjara Penor
- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Kuantan-Pekan
- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Tanjung Lumpur hingga Kg Ubai termasuk Kg Soi, Penor,
Tanjung Lumpur
- Berjaya Permai, Sepat, Cheruk Paloh dan Ubai.


Kawasan-kawasan yang akan mengalami tekanan air rendah adalah seperti berikut :-

- Seluruh kawasan sepanjang Jalan Kuantan-Kemaman termasuk kawasan Taman Dato Rashid,
Kg Jeram, Balok,
- Kawasan Perindustrian Gebeng, Kawasan Pelabuhan Kuantan, Kg. Selamat, Pelabuhan,
Baging, Aspa Cottage,
- Sg.Ular, Cherating dan Chendor


Sila rujuk laman ini.

http://jba.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=116%3Agangguan-pada-20-okt-2009-kuantan&catid=6%3Ainterruption-notice&Itemid=109&lang=en
 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009