Thursday, April 8

POST-AGD PROGRAM

Peserta Brothers :

1. Ejad

2. Syahrir

3. Latfi

4. Azwin

5. Judin

6. Abe Kherol

7. Syafiq

8. Jusrizal

9. Adi

10. Hadi

11. Pokcik

12. Zul

13. Muzani

14. Hanis

15. Birri

16. Shahmin

17. Raja

18. Johan

19. Ali

20. Acap

Peserta Sisters :

1. Azizah

2. Ray

3. Mida

4. Dayah

5. Fizah

6. Atiqah

7. Mar

8. Fuzah

9. Izzati

10. Naziha

11. Azurin

12. Iqa

13. Nali

14. Shifaa

15. Jaja

16. Hanan

17. K.Teha

18. Hind

19. Haziah

20. Salwa

Grouping:

Para peserta akan dibahagikan kepada 4 kumpulan besar A, B, C dan D (kalau nak name sendiri pon bole). Kumpulan akan dibahagikan secara undian. Setiap kumpulan akan ada 5 brothers dan 5 sisters.

Tentatif Program

Sabtu (10/04/10):

8.00 am : Bertolak ke Court Badminton Semambu , Pembahagian kumpulan secara undian

9.00am : Perlawanan Badminton

11.30am : Pulang ke UIA ( mandi , lunch, solat )

2.00pm : Bertolak ke Cherating

3.00pm : Check In Cherating Bay View Resort – Persiapan games

4.30 pm : Solat Asar

5.00pm : War Games

7.00pm : Mandi , Solat Maghrib

8.30pm : Solat Isyak

9.00pm : BBQ di Restoran Abang Din – Games : Resolusi , Regu, Awards, Truth & Dare

12.00am : Tidur

Ahad (11/04/10):

6.00am : Solat Subuh

7.00am : Sunrise, Mandi laut

8.00 am : Breakfast di Restoran Abg Din

8.45 am : Futsal pantai – free activities

11.00am : Berkemas

12.00pm : Check out, bertolak pulang ke UIA

1.00 pm : Tiba di UIA

Perincian Permainan:

1. Badminton : Main secara double , bro vs bro , sis vs sis , Setiap match akan ada limit masa, Perbezaan mata akan dikira sebagai point untuk menentukan pemenang.

2. War Games : Setiap group boleh memilih kubu masing2 , pacak bendera di kubu masing2, setiap pemain akan dibekalkan dengan bahan-bahan untuk membuat peluru ( air laut, tepung , plastik beg), pemain yang terkena tembakan pihak lawan akan terkeluar, mana2 group yg berjaya menawan kubu pihak lawan akan dikira sebagai pemenang, sis boleh menembak bro/sis . Bro hanya boleh menembak bro shj.

3. Resolusi : ceritakan perancangan masa hadapan

4. Regu: Group A vs Group B , Group C vs Group D.

5. Awards : Broadband, Kembara, Misteri, Sporting, Happy-Go-Lucky, Otai, Stylo, Selekeh

6. Truth & Dare : Peserta terkena giliaran dikehendari memilih Truth atau Dare. Orang yang terkena mestilah menjawap soalan yg ditanya dgn jujur (Truth). Jika beliau enggan , beliau terpaksa memilih untuk didenda atau membuat perkara tertentu (Dare).

Contoh: Zul memilih untuk Truth. Pertanyaan yg perlu dijawab Zul seperti berapa kali dia bercukur dalam seminggu. Jikalau beliau enggan atau memilih Dare, beliau diarah untuk melafazkan kata-kata cinta pada makcik tukang masak Restoran Abang Din.

7. Futsal : Bro vs Bro , Sis vs Sis. Pemain dikehendaki bermain dengan memakai kain pelikat sambil memegang telur ayam.

Pembahagian Tugasan:

Undian Kumpulan (Nali. Task: buat bekas dan kertas undian 1-4 sebanyak 10 salinan setiap no.)

Book Court Badminton + Game schedule ( Shifaa )

Awards (Shifaa dan Jaja – beli cermin, reben, pen warna, etc.)

Truth & Dare (Ray – sediakan bola beracun nak tentukan giliran, soalan2 Truth, dan task2 Dare)

Cari Kayu Api (John, Zul, Acap, Juding, Hadi – hidupkan unggun api)

Futsal Court (Shahmin, Adi, Ejad – beli tali raffia, setup court futsal)

Shuttle cock (Birri – beli)

Wargames (Azwin dan Hanis – beli plastik beg, getah, tepung, kain bendera kumpulan, telur ayam)

*segala perbelanjaan rasmi program mestilah disertakan dengan resit pembelian untuk claim duit kelas. Kalau takda, kira sedeqah ye…

Reminder for Assignment AMP

Mesti ramai yang tercari-cari
Entri blog yg lama pasal assignment ni
Jadi, kat sini disediakan link kepada assignment tersebut
  1. Arahan asal : http://iiumrx5.blogspot.com/2010/03/assignment-administration-management-in.html
  2. Grouping : http://iiumrx5.blogspot.com/2010/03/updated-on-assignment-admin.html

Ok, cepat-cepatlah siapkan semua!

Sunday, April 4

Undangan Perkahwinan


Emel yang diterima dari Sis. Syahiera, minta diposkan di blog ini.

Assalamualaikum...

Sukacita dan dengan segala hormatnya saya mempersilakan saudara/i ke majlis perkahwinan saya yang bakal berlangsung pada:

Tarikh: 1 May 2010 (Sabtu)
Tempat: No 1, Rumah Warisan, Perumahan Mak Lagam, 24000 Kemaman, Terengganu.
Waktu: 12 hingga 5 ptg.

Jikalau tidak berkesempatan menghadiri majlis di Kemaman, saudara/i juga dijemput ke majlis sebelah pihak lelaki pada:

Tarikh: 8 May 2010 (Sabtu)
Tempat: No 5, Jalan Sekilau 3, Bukit Sekilau, 25200 Kuantan, Pahang.
Waktu:12 hingga 4 ptg.

Bersama ini saya sertakan softcopy kad dan peta.

Jemputlah datang beramai-ramai bagi memeriahkan majlis.

Terima kasih..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Syahiera Farhana Zakaria





Saturday, April 3

Booster dose for that project

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Alhamdulillah, berdasarkan pengamatan - didapati bahawa projek itu mencapai misinya sedikit sebanyak. Projek apakah itu ? Itulah projek mengajak diri sendiri dan rakan-rakan dalam memenuhi panggilan azan, 5 kali sehari semalam.

Prestasi pasukan kita semakin meningkat. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu dan boleh diusahakan lagi. Good job my friends. Hope to have the rewards in the next life...Insya-Allah.

Berikut adalah maklumat tambahan yang insya-Allah akan menambah keinginan dan kesungguhan kita pada meneguhkan komitmen itu:

1. Solat sunat Subuh - Hadis Rasulullah saw yang bermaksud, "Janganlah kamu meninggalkan solat sunat Subuh meskipun kau dikejar seekor kuda." (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Solat sunat Subuh hukumnya sunat muakkad (yang sangat-sangat dituntut mengerjakannya). Untuk melaksanakannya, ianya memerlukan sedikit kesungguhan. Pelaksanaan solat sunat ini sebelum solat Subuh, justeru itu, peluang untuk menunaikan solat Subuh berjemaah lagi tinggi jika kita set untuk solat sunat Subuh terlebih dahulu.

2. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud, "Di antara sekian amalan yang paling dihasad kaum Yahudi adalah mengucapkan salam dan membaca 'amin' di belakang imam solat." (Hadis riwayat Ibnu Majah, juga didapati di dalam at-Targhib wat-Tarhib oleh Syeikh al-Albani).

Insya-Allah, dengan solat jemaah, sekaligus kita menuju sunnah Rasulullah, serta membelakangi kehendak kaum Yahudi.

3. Seorang sahabat Rasulullah menyatakan, "Rasulullah saw telah datang kepada kami yang pada masa itu kami sedang menggali kubu al-Khandak dan kami mengangkut pasir di belakang kami. Maka Baginda pun bersabda, "Ya Allah ! Tidak ada kehidupan melainkan kehidupan akhirat, maka ampunilah golongan muhajirin dan ansar." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Walaupun hadis di atas menceritakan kelebihan kaum muhajirin dan ansar yang didoakan keampunan oleh Rasulullah saw, namun pengajaran bagi kita juga ada. Dalam doa tersebut, Baginda ada menyebut "la 'aisha illa 'aishul akhirah" yang bermaksud, "Tidak ada kehidupan melainkan kehidupan akhirat."

Nasihat untuk kita - kehidupan dunia hanya sementara dan bakal ditinggalkan tak lama lagi. Kehidupan akhirat yang kekal pasti akan tiba jua. Peluang beramal hanya dibuka di alam dunia. Peluang yang sama tidak dibuka di alam akhirat. Jom kerahkan tenaga melawan sedikit keletihan dan kepenatan... untuk kebahagiaan Hari Esok, insya-Allah. Sama-sama doakan kejayaan kita. Sekian, jazakumullah untuk masa yang diluangkan.

Life line 4 Gaza

Ni pengumuman yang di copy paste dari Facebook Syahrir:

Kini di Kuantan! Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Cenderawasih. Program Viva Palestina Lifeline 4Gaza pada 2 dan 3 april.

2 Apr (jumaat) bermula dgn khutbah jumaat, pameran dan jualan. Lepas mghrb ceramah oleh Hj Noorazman. Sterusnya motivasi remaja dan qiam.

3 Apr (Sabtu), kuliah subuh: Ust Mhd Ali.... 9pg program mewarna utk anak-anak 5 - 12 tahun serta pemeriksaan kesihatan by iium medic students. 3ptg, prog muslimat. Lepas maghrib ceramah oleh ust Hasanuddin Aqsa Syarif. Jemput hadir dan sebar2 kan.


Sekian.
 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009