Monday, June 29

Hilangnya...Beberapa Bloggers

Assalamualaikum...kaif halukum jamia'n? Moga-moga sihat di bawah lembayung rahmat Allah s.w.t...Perasan atau tidak, cuti ini seperti satu cabaran bagi bloggers batch kita nak mengupdate blog? Kekangan masa, tanggungjawab kepada keluarga dan pelbagai lagi benda yang mencuri masa untuk berjaya mengupdate blog dan menulis perkara-perkara yang segar lagi seronok untuk dibaca.

Nampaknya, sudah 2 orang bloggers meninggalkan kita..Secara terbuka mereka menyatakan hasrat untuk berhenti kepada saya. Yang lain, saya tidak tahu. Kedua-dua bloggers ini..durianhijau dan zid10 menyumbang entri-entri yang berteraskan genre yang sama. Genre tazkirah yang mengetuk pintu-pintu hati mereka yang berfikir dan cenderung kepada kebaikan. Kehilangan mereka merupakan satu kehilangan besar dalam mencorakkan warna rangkaian bloggers kita.

Terima kasih saya ucapkan atas sumbangan kalian. Pintu blog terbuka luas untuk kalian berdua kembali dengan lebih mapan. Dan saya percaya, ramai pembaca setia yang dahagakan tulisan-tulisan kalian. Terima kasih sekali lagi.

Buat yang masih setia menjadi bloggers, tinggatkan kualiti dan kurangkan kontroversi.

0 Comments:

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009