Sunday, February 28

Jadual Week 13


Gambar seperti yang diambil pada hari khamis yang lepas

Tuesday, February 23

AGD Survey

Basically, more or less, the survey+vote will be like below. Kita buat lepas quiz CBL okei. Time tu insya Allah semua ada. Boleh la fikir2 kan dulu ye.

1) TENTATIVE AGD
o Dinner only
o 1 day event, AGD at night
o Other suggestion:

2) VENUE (kindly state specific venue whenever interested)
o Hotel
o Restaurant
o Resort
o Other suggestion:

3) THEME
o Glambitious Night
o Drug Knight Appreciation Day…Cth je nie… =P
o Other suggestion: Boleh state if nak same theme kaler baju ke pape…

4) SPECIAL SOUVENIRS (for purpose of goody bag)
o Car sticker
o CD
o Magazine
o Other suggestion:

5) SPECIAL ACTIVITIES (Kindly state if prefer)
o Futsal pantai
o Volley Pantai
o Other suggestion:

We Love Rasulullah SAW

Pengumuman...

Sempena kempen 'Mengingati Allah dan Rasulullah SAW', sesiapa sahaja yang ingin berkongsi artikel-artikel yang berkaitan amatlah dialu-alukan untuk berbuat demikian di blog kelas kita. Moga-moga bermanfaat buat semua di samping menambah ilmu yang sedia ada. Sekian, terima kasih.

"lawistaqbaltu min amri, mastadbartu" (Jika aku sudah berazam untuk melakukan suatu perkara, maka aku pantang menyerah)... memetik kata-kata Panglima Agung, Muhammad Rasulullah saw.

Pengumuman CP3 esok

Esok hospital attachment untuk CP3 dibatalkan. So, proceed dengan Case Based Learning macam biasa.. So case trigger jam 1030am....2pm present by grup masing2... disertai QUIZ .

Esok case DIGOXIN & THEOPHYLLINE... Selamat stadi.

Lagi-lagi Pengumuman


Assalamu'alaikum...

Pertama: Slide presentation PT2
Kepada semua kumpulan PT2 dan CP2, anda diminta menghantar softcopy dan hardcopy slide presentation anda yang lengkap kepada Sister Syahiera. Softcopy boleh dihantar melalui email ke syahierafarhana@gmail.com, manakala hardcopy boleh dihantar terus ke bilik beliau di tingkat 5 bangunan KOP.

Minta ditulis nama setiap file itu dengan kemas dan teratur. Sebagai contoh "Group B2 - Case 1 (Gouty Arthritis). Due date adalah sebelum 5.00 pm 25/02/2010 (Khamis). Jika ada mana-mana kumpulan yang gagal berbuat seperti yang diarahkan, kumpulan tersebut boleh dikenakan hukuman. Minta kerjasama semua kumpulan.

Kedua: Assignment Research Methodology & Biostatistics Dr. Zaiton
Dr. Zaiton telah mengeluarkan kenyataan kepada pelajar-pelajar tahun 3 (juga diaplikasikan kepada pelajar-pelajar tahun 4) supaya menghantar assignment yang telah ditugaskan sebelum ini kepada beliau sebelum atau pada 15 Mac 2010 (Isnin). Wajib hantar hardcopy. Kalau nak hantar softcopy, hukumnya harus (hantar pun tak apa, tak hantar pun tak apa). Markah untuk tugasan ini adalah 10% daripada markah keseluruhan.

Akhir kata, minta kerjasama semua, sesiapa yang baca ini, sila sebarkan dan tebarkan pada yang lain.

Sekian, terima kasih.

Survey End Sem Exam



Cadangan End Sem Exam

start 24hb..
24 = rabu
1st week -rabu, khamis, jumaat.
sbtu- mcq
pstu 2nd week -isnn-- jum
3rd week- isnn esei, selase mcq

Habis...



Persoalannya...

1. Setujukah kalau susunan subjek sama sahaja seperti mid sem yang lepas?
2. Atau, ada cadangan PT2 buat first, CP3 buat last...
- sebabnya CP3 OSCE buat last2 exam week lak.
3. Tapi, ada lak yang nak kekal PT2 last...
- sebabnya PT2 byk nak kena study
- End sem lebih dari seminggu, jadi mesti byk gap

Lain?

Sila berikan komen anda di sini
Terima kasih =)

Monday, February 22

Academic Curriculum Review Survey


Pengumuman utk esok, Selasa 23 / 2 / 2010

1. Akan diedarkan borang survey

- pasal academic curriculum review
- bole tulis apape komen/pendapat
- ttg kuliyyah farmasi
- yg berkaitan dgn akademik
- bole la pk2 dulu nk bg cdgn ape.
- tulis la betul2 n biar ade bukti,
* jgn maen2 ... sbb INI SERIUS
* jgn la sekadar komen n kritik je,
tlg bg cadangan skali mcm mn nk improve
atau nk gnti dgn sistem yg sedia ade.


2. Jadual Kelas

- 8.00 am - 9.00 am: Mdm Hadijah
- 2.00 pm onwards: HMR
- 8.00 pm onwards: Tuan Shaik Nuruddin









Sunday, February 21

Muhammad S.A.W Nabi Terakhir

Terimalah tazkirah yang di'copy paste' dari http://dakwah.info/sirah-nabawiyah-sirah-67/178-muhammad-saw-nabi-terakhir. Moga-moga dapat mengambil pengajaran darinya.

Nabi Muhammad 'Alaihi Wasallam ialah Nabi yang terakhir dan tidak ada Nabi selepasnya. Ini adalah kata sebulat suara umat Islam (ijma'). Di dalam agama pula dikenal dengan suatu perkara yang mesti dipercayai ('Aqidah). Sepotong Hadith Nabi yang bermaksud:

"Aku dan Para Anbiya' sebelumku 'ibarat satu bangunan yang dibina oleh seorang laki-laki. Lalu ia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata mengapa tidak diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu, maka akulah batu-bata itu dan akulah penyudah segala Nabi".

Pertautan dan hubung-kait da'wah Nabi Muhammad 'Alaihi Wasallam dengan da'wah para Anbiya' terdahulu adalah bertujuan memperkuat dan memperkemas atau sebagai kesimpulan dan penutupan, sepertimana yang dapat difahamkan dari Hadith yang tersebut di atas. Ini tegas sekali bila melihat di mana da'wah para Anbiya' seluruhnya bersandarkan dua asas yang penting:

1. 'Aqidah kepercayaan.

2. Perundangan dan akhlaq.

Dari segi 'aqidah kepercayaan langsung tidak berubah sejak Nabi Adam 'Alaihi Sallam hinggalah ke zaman Nabi Muhammad SallaLlahu 'Alaihi Wasallam, Nabi yang terakhir, iaitu kepercayaan kepada Allah Yang Esa. Mensucikan Allah dari sifat- sifat kekurangan dan percayakan hari akhirat, hisab amalan manusia, syurga dan neraka. Tiap Nabi menyeru kaumnya kepada kepercayaan tersebut dan tiap Nabi juga menyokong dan menegaskan apa yang dibawa oleh Nabi yang terdahulu darinya.

Rangkaian pengutusan para Anbiya' sekeliannya menunjukkan kepada kita yang nabi-nabi semuanya di utus supaya menyeru manusia ke arah keimanan dengan Allah 'Azza wa jalla Yang Esa, seperti yang dinyatakan dalam kitabNya: Yang bermaksud:

"Diturunkan kepada kamu sekelian agama sepertimana yang diutuskan kepada Nuh dan yang diwahyu kepada kamu seperti juga yang diutuskan kepada Ibrahim, Musa dan Harun agar kamu menegakkan agama dan jangan berpecah-belah kerananya."

( Asy - Syuura 42 : 13)


Malah langsung tidak tergambar kepada kita yang seruan para Anbiya' itu akan berlainan di antara satu dengan yang lain mengenai soal 'aqidah, sebab soal 'aqidah adalah soal berita dan perkhabaran dan tidak akan berlainan perkhabaran dan berita dari seseorang itu sekiranya perkara itu benar. Tidak diterima oleh 'aqal manusia bahawa Allah telah mengutus seorang Nabi mengatakan Allah itu tiga -Maha Suci Allah, kemudian diutuskan seorang Nabi lain mengatakan bahawa Allah itu Esa dan kedua-dua perkhabaran itu kemudian dianggap benar belaka. Ini tidak mungkin berlaku. Ini bersangkut dengan 'aqidah, bersangkut dengan tasyri' (perundangan). Perundangan (ahkam) ini pula bertujuan mengatur penghidupan sesebuah masyarakat. Peribadi manusia adalah berbeda kualiti dan kuantitinya sesuai dengan pengutusan seseorang nabi itu, sebab tasyri' itu bukanlah untuk menyampaikan perkhabaran dan berita semata-mata tetapi bertujuan untuk mengadakan dan mewujudkan masyarakat yang sempurna. Sudah barang pasti di mana masa dan keadaan sesuatu kaum itu memberi kesan dan pengaruh-pengaruh terhadap perkembangan perundangan sebab timbulnya undang-undang itu adalah demi muslihat dan kepentingan serta faedah manusia untuk dunia dan akhirat. Pengutusan nabi-nabi yang terdahulu adalah semata-mata untuk kaum itu sahaja tidak merupakan pengutusan yang menyeluruh. Justeru itu maka implikasinya terhadap perundangan tasyri' adalah nyata sekali. Umpamanya pengutusan Musa 'Alaihi Sallam kepada Bani Israel adalah untuk bangsa dan zaman itu sahaja. Dikatakan undang-undang yang diturunkan untuk Bani Israel itu sesuai untuknya kerana undang-undang itu nyata keras dan memang sesuai dengan bangsa yang bersifat keras kepala. Apa yang dibawa oleh Nabi 'Isa pula adalah sederhana sedikit dari apa yang dibawa oleh Nabi Musa tadi. Perkara ini nyata sekali kalau diperhatikan apa yang ditegaskan oleh Allah dalam kitab Al-Qur'an Yang bermaksud:

"Membenarkan apa yang dihadapanKu iaitu Kitab Al-Taurat dan menghalalkan separuh dari apa yang diharamkan ke atas kamu dahulu. "

(Ali-Imran 3 : 50)


Apa yang dibawa oleh Nabi 'Isa adalah membenarkan dan menegaskan apa yang dibawa oleh Al-Taurah mengenai soal 'aqidah dan kepercayaan, dan yang bersangkut dengan hukum tasyri' ada sedikit perubahan iaitu kelonggaran dari yang dahulu. Kesimpulan yang dapat kita ambil dari sini ialah, tiap pengutusan itu mengandungi 'aqidah dan tasyri'. Kepercayaan dan 'aqidah yang dibawa oleh seseorang Nabi itu fungsinya menguat dan menyokong 'aqidah Anbiya' yang terdahulu. Sedangkan syari'at pula fungsinya membatal dan memansuhkan syari'at para Anbiya' dahulu dan kadangkalanya menyokong yang lama. Justeru itu maka tidak ada agama dan 'aqidah Ilahi berbilang-bilang dan beranika corak tetapi sebaliknya terdapat berbagai syari'at Ilahi yang kemudian memansuhkan yang dahulu dan yang baharu membatalkan yang lama, hinggalah sampai kepada syari'at yang terakhir disudahi dengan Nabi yang terakhir. 'Aqidah dan agama yang benar itu satu. Tiap Nabi dan Rasul yang diutuskan mulai dari Adam 'Alaihi sallam hingga ke Nabi Muhammad semuanya menyeru manusia kepada agama yang satu iaitu agama Islam. Lantaran Islam maka diutuskan Ibrahim, Isma'il dan Ya'qub 'Alaihi sallam seperti firman Allah: Yang bermaksud:

"Sesiapa yang enggan dengan agama Ibrahim kecuali manusia yang memperbodohkan diri sendiri, Kami telah pilihnya di dunia dan sesungguhnya di akhirat dia adalah dari golongan salih. Ketika Allah menyerunya supaya beriman (menyerah diri kepada Allah) jawabnya; telahpun aku serahkan diriku kepada Allah Tuhan sekelian 'alam dan Ibrahim telah berwasiat kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub dengan katanya: Hai anakku, sesungguhnya Allah telah memberi untukmu agama dan jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu adalah orang Islam."

(Al-Baqarah 2:130 - 132)


Dengan 'aqidah inilah juga Allah mengutus Nabi Musa kepada keturunan Israel di mana Allah telah menceritakan tentang ahli sihir Fir'aun yang telah beriman dengan Nabi Musa.

Firman Allah Yang bermaksud:

"Ahli-ahli sihir itu menjawab: sesungguhnya kepada Tuhanlah kami kembali. Dan Kamu tidak membalas dendam dengan menyiksa kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan kami menyerah diri kepadaMu."

(Al-A'raaf 7:125 - 126)

Dengan 'aqidah ini jugalah Tuhan mengutus 'Isa 'Alaihi sallam, di mana Tuhan telah menceritakan tentang kaumnya yang telah beriman dengan ajaran yang dibawanya. Firman Tuhan Yang bermaksud:

"Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: Kamilah penolong-penolong (agama) Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang menyerahkan diri."

(Ali-'Imran 3 : 52)

Mungkin ditimbulkan pertanyaan. Kenapakah mereka yang mengaku sebagai pengikut-pengikut Nabi Musa mempunyai 'aqidah tersendiri ddak kena mengena dengan 'aqidah keesaan yang dibawa oleh para Anbiya'? Dan mengapakah mereka yang mengaku sebagai pengikut Nabi 'Isa menganuti suatu 'aqidah yang tersendiri? Sebagai jawapannya kita sarankan dalil al-Qur'an: Yang bermaksud:

"Sesungguhnya agama di sisi Allah hanyalah Islam. Tidak berselisih orang-orang yang diberi Al Kitab kecuali setelah datang pengetahuan kepada mereka, kerana berdengkian di antara mereka."

(Ali-'Imran: Ayat 19)

Dan tegas Tuhan lagi dalam surah Al-Syura Yang bermaksud:

"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa ang telah Kami wahyukan kepadamu. "

(Al-Syura 42:13)


"Dan mereka (ahli kitab) tidak berpecah-belah melainkan sesudah datangnya pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian antara mereka. Kalau tidak kerana suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu nya (untuk menangguhkan 'azab) sampai kepada waktu yang ditentukan, pastilah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang diwariskan kepada mereka Al-Kitab (Taurat dan Injil) sesudah mereka benar-benar berada dalam keraguan yang mengejutkan tentang kitab itu."

(Surah al-Syura 42:14)


Para Anbiya' diutuskan bersama-sarna mereka yang Islam, agama yang diakui oleh Allah. Ahli Kitab mengetahui bahawa agama itu satu dan diutuskan nabi-nabi untuk memberi sokongan kepada nabi-nabi yang terdahulu.

Tenaga kerja diperlukan

Assalamualaikum kawan-kawan,

Dr Wan Azizi minta jasa baik kita yang free pada

Date : Saturday 27 Feb 2010
Program :Program Khidmat Kesihatan
Venue :Surau Pelindung
Time :8am till Zohor.

Untuk kerja2 pembahagian Ubat-ubatan.

Plz do contact me if interested.

Jadual Week 12


Maaflah, gambar blur sikit
Nak cepat, patutnya boleh adjust sikit camera tu

Tuesday, February 16

TDM case 3 (17.02.2010)

ATTENTION

messages from bro shazly:
- tommorow TDM case: PHT & VPA.
- quiz covers on: PHT, VPA, CBZ & PHB.
- please spread the message.

SEKIAN HARAP MAKLUM.

Saturday, February 13

VALENTINE DAY : ANTARA CINTA DAN DOSA

Ada apa dengan 14 Februari?

14 Februari, satu tarikh yang tidak asing lagi bagi oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian.

Tahukah anda sejarah Valentine Day?

Terdapat banyak versi tentang sejarah Valentine Day. Antaranya ia dikaitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II.

Tanggal 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati.

Pope Gelasius, pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai ‘St Valentine’s Day’untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta, tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan.

Pendapat Islam tentang Valentine Day?

Umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud

"Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku." (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )

Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud,

"Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka."

Apa kata Mufti ?

Para mufti di Malaysia telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

"Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam."

Apa yang perlu dielakkan oleh umat islam?

Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :

1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan "keajaiban" hari tersebut.

Tuesday, February 9

Soalan-Soalan Temuduga SPA 1st Day

Group 1

Panel:

Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Ramlee b. Hj. Rahmat (Ahli SPA)
Tn Hj. Ahmad Zakhi b. Ramli (Ketua Jabatan Farmasi HTAA)

Raja
- isu penggunaan kalimah Allah
- smoking cessation, apa contribution pharmacist
- KPI
- NKRA

Muzani
- Family background
- Aktiviti kokurikulum di universiti
- Nuqaba’ Council UIA Kuantan
- Isu semasa dalam Negara
- 1 Malaysia + motto
- Perpaduan kaum: kenapa tergugat dan cara mengatasi
- Cara aplikasi 1 Malaysia dalam perkhidmatan kesihatan
- Bagaimana nak tentukan kualiti & keberkesanan ubat
- How to handle patient complaint on side effects

TK
- family background
- isu semasa
- penglibatan di sekolah dan UIA
- industrial posting
- product registration
- GMP
- NPCB

Wadi
- gagasan 1 malaysia
- sistem meritokrasi
- patient counseling at counter
- cara nak reduce waiting time
- ADR

Salwa
- isu semasa
- ARC
- Bezakan produk tiruan, penggunaan hologram

Naziha
- Pharmacy board and poison board
- camne nak ubah perlembagaan
- sbg pelajar, apa respond dan peranan kita dalam isu penggunaan kalimah Allah
- siapa tokoh2 pada zaman Rasulullah s.a.w.
- apa yg perlu kita buat utk jadi pegawai farmasi
- apa anda tahu tentang formulary ubat di KKM

Acap
- 1 Malaysia
- Apa fungsi 1 Malaysia sedangkan dah ada Jabatan Perpaduan Kaum
- Camne nak laksanakan 1 Malaysia
- Kenapa enforcement buat raid
- Kenapa orang jual ubat walaupun tak dpt kelulusan KKM
- explain yourself in english

Hong
- Background
- 1 Malaysia
- H1N1 dan cara atasi
- Cara basuh dgn betul

Adi
- 1 Malaysia
- Ubat traditional
- Poison Act

Solah
- 1 Malaysia
- orang asli
- tempat pendaftaran farmasi
- sekolah lama
- MPP
- aktiviti kokurikulum

Ejad
- isu semasa - harga gula naik
- camne boleh dpt kencing manis
- bahagian service pharmacy di malaysia
- hospital setting ada brapa department
- TDM
- TPN

Haziah
- cara sediakan TPN
- cara cuci tangan
- ARC

Judin
- family background
- isu yang paling menarik perhatian (kalimah Allah)
- apa kelebihan diri dan bagaimana digunakan utk menyumbang kepada komuniti
- cara nak apply knowledge kalau dihantar ke kawasan pedalaman
- isu terkini yang berkaitan dengan kesihatan (Melamin, akhbar hari ni !!!)
- wajar ke tak org yang terlibat dgn Melamin dihukum gantung spt di Cina
- boleh ke apply hukuman yg sama bagi org yg jual ubat tepi jalan e.g. kes pil kurus di Singapura
- kes ubat tradisional yg tak berdaftar, komen


Group 2


Panel:

Pn. Hjh. Kasmah @ Asmara bt. Mohd Shariff (Ahli SPA)
Tuan Shaik Nurudin b. Shaik Shahrudin (Ketua Penolong Pengarah Farmasi Kanan, Jab. Kesihatan Phg)

Fatihah
- Background family and education
- Minat ke arah mana? (bidang-bidang dlm pharmacy)
- plan after graduate
- different between government and private sector
- issues in government sector
- KKM – sapa DG, minister & corporate slogan
- SMS sytem – Touch n Go
- CPD
- How to improve pharmacy service in hospital

Joe
- background
- kenapa pilih pharmacy
- beza community pharmacy & hospital pharmacy
- division dlm hospital pharmacy
- antibiotics
- peds & geriatric counseling
- polypharmacy

Latfi
- Background family
- Beza pharmacist sector swasta dan kerajaan
- How to increase prestasi/efficiency service
- Ratio pharmacist:patient
- Streptokinase
- MRT: role of pharmacist. Kalau dah bagi 10ml, pastu nak suggest apa plak?
- Sapa yang treat drug addict?
- Placement kat hospital university: risikonya?

Azwin
- introduce yourself
- why take pharmacy
- activities at university
- community posting and communit pharmacy
- motto KKM

Johan
- Background
- nak pilih bahagian mana dan reason
- how to improve quality in pharmacy
- regulatory function
- opinion on clinical pharmacy
- praktikal masa undergraduate
- UIA pharmacy course

Hafiz
- cara nak improve quality in pharmacy
- apa pharmacist buat di hospital
- different between ADR and side effect
- what device need counseling

Raihanah
- MRT
- role of clinical pharmacist
- CPD
- cara nak tingkatkan quality kt hospital

Hadi
- introduce yourself
- future planning
- enforcement task
- workload as clinical pharmacist
- dipersuade oleh Tn. Shaik utk amik enforcement dgn bgtau kat hospital pharmacist da start 24 jam shift compare to enforcement yang lagi flexible working hour

Syaza
- organisasi state pharmacy
- director/ketua jabatan pharmacy hospital yg kita minta
- beza KK ngan hospital
- sape bos kita kalau ditempatkan di KK or hospital
- reason amik pharmacy
- way to improve quality in hospital
- role of pharmacy in hospital
- kalau dihantar ke sabah/sarawak, npcb, enforcement

Syahrir
- IT pharmacy
- SPUB
- MTAC
- clinical pharmacy
- attachment at retail pharmacy
- kenapa minta 3 pilihan placement tu.

Mida
- SPUB
- Klinik 1 Malaysia
- Peranan pharmacist dlm klinik 1 malaysia
- Ubat yg boleh di dispen di klinik 1 malaysia
- Cara nak kurangkan masa menunggu bagi patient

Nali
- secondary education & spm bm paper
- community and industrial attachment
- sports
- involvement in uia
- radiopharmacy
- SPUB
- MRT
- Side effects & ADR

Izzati
- CPD
- TCM (traditional complementary medicine)
- Kenapa pilih HKB

Monday, February 8

Interview Tips from Seniors

Assalamualaikum kawan2...ni ada beberapa tips untuk interview. Ramai lagi senior yang belum reply my msg, maybe bz kot...so setakat ni , 2 je ada...selamat ditemudga.

1. ni daripada Zuhri

salam juniors..

tips?..relex je...mase kiteorg mostly kene bg opinion on english language(pegawai spa)...pegawai pharmacy tanya soalan clinical jgk...aku kene psl antibiotics...simple2 je.. pasal penempatan... korang kene firm ngn jawapan korang..tp jangan melawan...jawab "saya akan terima tempat yg diberi dan bertugas dgn bertanggungjawab"...klu x puas hati ckp "tapi saya akan buat rayuan ke tempat yg saya nak.."...hehe...ingt,kene confident...jgn datang selekeh sudah....smart2 skit..
oh ye...klu die start ngn english,korang reply english la,klu start malay jgn reply english pulak...
oklah..
good luck!!

2. ni lak daripada Duwey

kawe 1st candidate...interview fully in malay..soklan ptama kpntgn bahasa english dlm kerja s pmrcist.state 3 reason..2nd, MOA beta bloker n ipratropium bromide..3)tanggungjwb clinical phrmacist...4)nk posting kat mana n reason?...mg Allah pmudhkn smua..bc slawt byk2...insyaallah.

ok....terima kasih to our seniors...

Some Tips on SPA Interview

Sis Syahiera:

Pasal interview..
They can ask you about anything..
About our kulliyyah, about pharmacy, about current issues in pmacy, current issues in msia, about higher education..etc.

Masa saya dulu, dia tanya..since u all are the first batch of pmacy students about to graduate from UIA, what are the things that make you different from other pmacy students.

I answered, UIA inculcate islamic input in the education.

DIa suruh elaborate. So, I elaborated panjang lebar..bagi contoh mcm2..based on real experience & what we have been taught in UNGS, islamic input for pmacy..etc.. And they liked it.. Coz diorg tak penah dgr about this before..

And diorg go through our certificates..tgk pasal academic & non-academic performance kite..and maybe diorg akan tanya anything related to that.

Memula tu the conversation was in English. Then, halfway tu..dia suruh stop and suruh converse in BM lak.. nak tgk cemana kite jawab..

Ada gak dia bagi situation..let say kite pmacist kat hosp, then..dia bg situation.. dia tanya apa tindakan yg kite akan amik (nak tengok camane kita nak handle crisis etc)..

Some students dpt soalan yg lebih mencabar mcm soalan specific pada ubat.. contohnya, terangkan mechanism of action of morphine ke..or any ubat..

All the best!


Kak AC:

Temuduga SPA - Satu Pengalaman

Boleh baca di blog Kak AC

http://bintangtimur-ac.blogspot.com/2009/02/temuduga-spa-satu-pengalaman.html


Solah:

Boleh baca kat blog Solah

http://solaharith.blogspot.com/2010/02/tips-menghadiri-temuduga.html

Saturday, February 6

Bundle of Info



Disebabkan banyak sangat notis kat sign board tu

Gambar yang diambil di upload dlm small size

Click picture to zoom in =)






















Friday, February 5

Presentation CBL

Assalamualaikum w.b.t.

Ini pesanan dari Bro. Shazly.

Bro. Awaisu akan datang hari Isnin ni. Kita kena present depan dia case Aminoglycoside dan Vancomycin (CBL Monday).

Ini list group dan case kena present:

Group 1 = Case 1 AMG
Group 2 = Case 2 AMG
Group 3 = Case 3 AMG

Group 4 = Case 1 Vanco
Group 5 = Case 2 Vanco
Group 6 = Case 3 Vanco

Semua presentation di Audi KOP, presentation guna slide (lengkap dengan calculation), yang case Vanco, dinasihatkan bawa laptop untuk buat slides.

Sebarang pertanyaan sila bertanya saudara Azwin, 0139901120.

Terima kasih, selamat berhujung minggu.

Interview SPA updated

Assalamualaikum,
Tadi pi jumpa Kak Sharina. Untuk interview kita ni, hanya ada 2 wakil dalam setiap bilik interview.

Selain daripada
Y. Bhg Dato' Seri Dr. Hj Ramlee b Haji Rahmat
Puan Hajjah Kasmah bt Mohd Shariff

kita mungkin akan ditemuduga oleh
Tuan Shaikh Nuruddin (Pharmacy Board) atau
Tn Hj Ahmad Zaki b Ramli.

Ok, address la penemuduga kita dengan betul. Jangan lupa stadi isu semasa, SPA, KKM, Law, dan clinical.tq.

Thursday, February 4

CP3 Report Format

Assalamualaikum,
Ni yang Bro Chad n Sis Syahiera kasi.

1) Patient data
- age, weight, height, gender, etc.
- buat dalam kotak macam dlm PWDT tu

2) Disease state
- Indication, drug interaction, organ function, lab values which are relevant
- yang ni pun wat dalam kotak macam PWDT tu

3) Concomitant drug use
- possible drug-drug interaction

4) TDM drug
- drug name, route, dose, frequency, time of admin etc..

5) Sampling info
- sampling time, comment on it whether correct or not

6) TDM analysis (appendix)

7) Calculation

8) Recommendation/consultation

Ok ... kalau ada soalan sila ajukan kepada Bro chad k.

p/s: Kes minggu depan Vancomycin. So bacala ye.
Bro Ahmad Awaisu akan join presentation kita. So, pagi case trigger, petang maybe present kes AMG n Vanco.. tapi x sume present rasanya Bro chad kata. Randomly chosen..

Nak hantar bila report? hurm, hantar minggu depan 2 hari lepas presentation kot..

Ok...apa2, hello bro Chad ye. tQ

Wednesday, February 3

INTERVIEW SPA

Pesanan daripada Faiz untuk interview SPA:

- Hari Selasa dan Rabu

- Ada 2 bilik, 2 orang pada satu-satu masa

- Masa untuk seorang lebih kurang 20 minit

- Setiap bilik ada 3 orang...
a. Pegawai SPA
b. Pegawai KKM
c. Wakil Pharmacy Board

- Address pegawai SPA / KKM / Pharmacy Board accordingly... eg (Puan, Dato' etc)

- Tempat temuduga:

Pusat Temuduga SPA,
Mahkota Square,
Aras 5.

- Kenderaan sendiri (Tiada bas UIA)

- Pakaian (Neat & Smart)
a. Bro: Kemeja + Neck Tie + Blazer
b. Sis: Baju Kurung (Blaus atau Jubah tidak dibenarkan)

- Kena sediakan:
1. Sijil-sijil original + salinan yang disahkan
2. Gambar berukuran passport
3. Resume

Tuesday, February 2

TDM case presentation

lpas exam td jumpa bro chad, untuk kelas esok die pesan:


1. kelas 10.30 briefing jap psl TDM case study & presentation

2. lpas tu masuk group PBL sem lpas, discuss cases. each group akan dpt 3 cases, ada preceptor for each group

3. kul 2-4 ptg case presentation

4. maka, sila bawa calculator, buku pharmacokinetics & etc. yg berkaitan..



sekian, terima kasih

Assignment for Toxicology Subject


This is just copy and paste from the list given by Prof Tariq before Mid Sem Exam.

- Prof has given 1 copy of format to sister & 1 to brother

- He said we must choose different topic from below list

- In order to avoid overlapping of topic among us, I would like to suggest you all to put your desired topic selected in the comment of this post.


p/s: TULIS NAMA, MATRIC NO, TOPIK YANG DIPILIH KAT RUANGAN KOMEN



"Students registering Clinical Toxicology as an elective subject are required to submit a monograph on a poison according to the format and guideline given on any potential poison except for the topics that has been listed above. These assignments should be handed to the Dean’s Office before the beginning of the “study period” at the end of the second semester. Thank you."

Prof. Tariq Abdul Razak.




Assignments for year 4 students in Clinical Toxicology.

List of Mongraphs on Poisoning that has already been written.

2008

2009


Arsenic

Poisonous plant Nicotiana tabacum L


Cadmium

Poisonous plant Cerbera odollam


Strychnine

Lindane


Lead.

Jelly Fish poisoning.


Thallium

Ascorbic Acid


Valproic acid.

Puffer Fish Poisoning


Naphthalene

Codeine


Botox

Paracetamol


Cyanide

Chloroform


Paraquat

Phenytoin


Lead.

Ethylene Glycol


Heroin

Phenol


Malaysian Pit Viper Calloselasma rhodostoma) venom

Benzene


Turpentine

Atrax robustus (Australian funnel web spider.


Sea snake Enhydrina schistosa poisoning

Azathioprine


Hydroquinone (skin lightening cream)



Alprazolam (Benzodiazepines)



 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009