Friday, July 31

BIROKRASI kah…? hehe

Assalamualaikum

 

kepada yang berkaitan..

Regarding claim JPA for industrial training..

 

Ermm.. Sorry to say..

 

Saya dah hantar borang tu tadi..

 

Tapi, SEMUA kena reject sebab tiada surat pengesahan dari kuliah.  According to officer at One Stop Centre, Setiap orang kena ada surat masing-masing. Yang original & disahkan. Dah bagi tahu pada our course coordinator, tapi malangnya, sekarang kuliah busy sebab nak sediakan soalan exam. Jadi, tak tahu la bila kuliah dapat sediakan surat tersebut.

MOST permohonan kena reject sebab tiada surat pengesahan rasmi & letterhead ORIGINAL dari tempat training masing-masing.

 

Ermm., jadi:

 

1.  Kepada sesiapa yang masih berminat & bersemangat untuk buat tuntutan  elaun ni, boleh la berusaha untuk mendapatkan 2 surat terbabit untuk melengkapkan permohonan anda. Ada yang kata tidak mudah untuk dapatkan semula pengesahan dari company terbabit. Jadi, terpulanglah.

 

2. Kalau tak silap ada yang dah selamat hantar surat tuntutan elaun tersebut. Tapi tak pasti siapakah gerangannya. Jadi, nak tanya… Sebenarnya dapat surat pengesahan kuliah dari mana ye..??? Or.. Ada cara yang lebih mudah tak?? Pendapat anda amatlah di hargai. Terima kasih..

 

 

BTW.. Sorry ye kawan-kawan..

Kalau korang nak borang masing-masing bagitahu ye.. Nanti saya pulangkan.. SO far, saya keep lagi semua borang…

 

 

Terima kasih .

Wednesday, July 29

Assignment Topics for Quality Assurance PHM 4112

Write a Standard Operating Procedure (SOP) on any one (1) of the following topics:

- Operation of a pH meter
- Calibration of a pH meter
- Maintenance of a pH meter
- Operation of a laboratory analytical balance
- Calibration of a laboratory analytical balance
- Maintenance of a laboratory analytical balance
- Operation of micro pipette
- Calibration of a volumetric flask
- Preparation of 0.1 M sodium hydroxide (NaOH)solution
- Preparation of 0.1 M HCl solution

Every student registered for the course PHM 4112 should submit the assignment without any failure. This assignment carries 10% marks for the mid-semester assessment.

The assignment should be hand written. Printed assignment will not be entertained. Please submit the assignment within 12th August 2009. Late submission will be penalised by deduction of marks.

*Selingan: Untuk makluman, lecture notes banyak yang sudah siap difotostat, cuma masih belum diletakkan dan diagihkan dalam kelas. Insya-Allah, hari Jumaat ini (31st July 2009) nota-nota tersebut akan disusun di atas kerusi-kerusi barisan hadapan kelas (itu pun kalau nota-nota itu tidak hilang). So, just be alert. Minta maaf, pengurusan nota agak kelam-kabut sikit untuk permulaan semester ini, agak pasif sehingga mungkin mengganggu perancangan pelajar-pelajar yang ingin study awal. Tapi, insya-Allah keadaan akan lebih baik selepas ini.

LATEST Grouping for OTC Medication Attachment

 

Assalamualaikum..

 

Terdapat tambahan kepada bilangan pelajar yang ambil subjek OTC Medications. Jumlah sebenar ialah 35 orang.. 

Jadi, jumlah group dah bertambah jadi 5 (sebelum ni 4 group je)

Jadi, grouping memang dah berubah & di buat berdasarkan name list..

Untuk sister some adjustment is made sebab nak mudahkan transport i.e satu group ada at least satu kereta.. Terpulang kepada tuan pnuya kereta la ye..hehe..

 

 

Berikut adalah grouping yang terbaru..

 

 

1dan2

 

3dan4

5  

 

 

According to course coordiantor:

1. Sila bawa buku rujukan e.g BNF

2. Sila bawa lab coat

3. Attachment bermula dari pukul 3pm sehingga 5pm

 

 

 

Sebarang kesulitan harap di maafkan..

 

Terima kasih..

Tuesday, July 28

Konsert Antara Dunia


Seperti yang semua maklum, hari Sabtu ini sebahagian besar daripada batch kita akan ke ICC pada sebelah pagi dan pada sebelah petangnya ke PC Fair.

Malam free kan?

Pada malam tersebut, ada konsert antara dunia. Maklumatnya adalah seperti berikut:

Konsert: Konsert Antara Dunia
Tarikh : 1 Ogos (Sabtu)
Tempat: Stadium Malawati Shah Alam
Artis : Soutul Harakah, Raihan, Hijjaz dan Rabbani
Anjuran: GAMIS

Bayaran: RM10

Tiket adalah terhad untuk UIAM Kuantan. Sila berikan nama anda secepat mungkin kepada saudara Muzani. JZKK. For more details, boleh layari http://gamisconcert.blogspot.com/

Wireless Print is Here in UIA!

Salamun a'laik. Now, you can print, copy, scan your documents wireless from any computer in:

Indera Mahkota Library
ITD Lab Level 2 and 4
Kulliyyah of Science
Teruntum Library
And guess what? your own notebook!

Rates: Print and Copy (Black and White) = RM0.10
Print and Copy (Colour) = RM 1.00

How to start?

Register at IM Library (to the representative in front of computer lab, 9am-6pm) and reload minimum RM5. (Do not forget to bring your matric card!)

Then, she/he will teach you all the simple steps to use this service.

Easy huh? Just register and feel the thrill of wireless printing as soon as possible. =)

Sunday, July 26

Chapter 1, Bureau Information

Dear beloved pharmacist....
Below is the new announcement made by NPCB…

Propylthiouracil
Methimazole
Carbimazole (prodrug of methimazole)

Are the drugs used for the treatment of HYPERTHYROIDISM due to Graves’ disease (an autoimmune disease).

However, FDA had been receiving many ADR report regarding the usage of these drugs which suggest the increased risk of hepatotoxicity and also death in adult and pediatric patients.
  • 32 cases of serious liver injury (12 deaths and 5 liver transplants occurred) associated with propylthiouracil use
  • 5 cases (3 deaths) of serious liver injury associated with methimazole usage

    Thus, close monitoring for sign and symptom of liver injury is essential especially during the first six months after initiation of therapy. If liver injury is suspected, the therapy should be promptly discontinued. Propylthiouracil should not be used in pediatric unless no other treatment options available. The therapy should be reserved only for:
  • 1st trimester pregnancy (no problem reported in the use of propylthiouracil in this patient)
  • Those who are allergic/intolerant to methimazole (meaning methimazole still the 1st line drug for hyperthyiroidism…)

Formula Solat Sempurna


Assalamualaikum...

Di sini, saya ingin berkongsi sebuah karya yang insya-Allah amat berguna untuk dijadikan rujukan bagi memperkemaskan solat-solat kita. Sebagai yang kita tahu, solat merupakan tiang agama. Didirikan 5 kali sehari, bahkan lebih jika ditambah dengan yang sunat. Justeru itu, ianya amat penting bagi kita untuk cuba memahami cara-cara solat yang betul dan benar, bersendikan ilmu dan bertunjangkan dalil-dalil yang khusus dibawa melalui ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah saw.

Oleh itu, salah satu buku yang memang elok bagi dijadikan rujukan buat menampung ilmu yang masih cetek dalam bab solat ialah karya yang berjudul "Formula Solat Sempurna". Dihasilkan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, lulusan Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Yarmouk, Jordan, hasil penyelidikan beliau melalui tatapan puluhan kitab-kitab ulama silam mahu pun ulama kontemporari.

Saya percaya setengah dari kita sudah maklum akan kewujudan karya ini. Namun, di sana masih ada yang belum mengetahuinya, di sana juga masih ada yang belum sempat membacanya walaupun sudah mengatahuinya.

Oleh itu, ringan-ringankan minda untuk mendapat serta menelaah karya yang insya-Allah akan membantu kita menjadi hamba Allah yang lebih baik berbanding kita sebelum ini. Sekian...

Saturday, July 25

Tip From Senior

Just nak share with everyone some tips given by our seniors: Kak AC (KAC) and Kak Fajariah (KF). Mungkin ada sedikit sebanyak perubahan, tetapi banyak yang boleh dijadikan contoh. Ma’a Taufiq wa Najah!

YEAR 4, SEMESTER 1

CORE COURSES:

1-Pharmacotherapeutics I (PT I)

KF:

This paper is quite tough. Please concentrate on theory class and also hospital attachment. Me myself, I learned more during my attachment. Your will learn on pathophysiology of the diseases, signs and symptoms and also the disease management, pharmacologically and non-pharmacologically (focus more on pharmacological treatmnet). PT 1 cover CVS, Resp., GIT. Under each system, lots of diseases will be covered. But the most important one is CVS. Lecturers include Dr Haniki, Mdm Rohani and invited lecturers. Please get latest Malaysian CPG for all diseases that you learn, yang photostat nyer ada jual kat bangunan teruntum. Dr Haniki banyak guna CPG Malaysia and overseas and also research report yang boleh download kat internet (just for additional information and discussion during hospital attachment). Don’t forget Pharmacotherapeutic Book (DIPIRO), banyak gak refer dalam tu. Invited lecturer banyak depend on notes and some tak bagi notes langsung, so be couscous.

For hospital attachment, lecturers involved are Dr Haniki, Mdm Rohani, Dr Suraya, Mdm Sahimi and Mdm Rozita from HTAA. Time attachment ni la kita banyak belajar because we learn one drug in detail. But during attachment we not only deal with one type of disease, but one patient may have three or four disease concurrently, so correlate to each other. Masa discussion, most important is the DRP, so kena tahu those 8 DRPs, hafal before you go for attachment. Provide the solution for those DRPs with solid evidence, so bring your reference along with you (handbook and cpg, if possible Micromedex). Report buat elok-elok, neat and tidy, must include discussion also. Report is not only to get marks but also to assist you to understand more. Same for the final presentation, prepare betul-betul, discuss dengan groupmates and find all available and important facts, those will assist you. Please be careful, ramai classmate yang kandas paper ni.

2-Quality Assurance (QA)

KAC:

• QA lebih kepada industrial setting. Jadi, siapa yang dah buat industrial attachment baru-baru ni, lagi mudah la nak faham apa yang diajar sebab sekarang ni kita tahu teori di sebalik apa yang berlaku kat industri masa attachment tu. Dah paham tu, jangan kedekut ilmu pula untuk fahamkan org lain.

• Banyak belajar pasal mesin-mesin..huhu (yang banyak ajar ktorg subjek ni ialah Dr. Helal & Dr. Mohamed..last-last tu baru ade several invited lecturers including Bro. Mohsin, husband Dr. Kausar. Kalau Bro. Mohsen ajar, focus betul-betul dalam kelas. Kalau boleh, catat apa yg patut..nota die tu as a guide sahaja)

• Dr Helal ade suruh buat audit kat hospital & farmasi, then present the findings in poster presentation.

KF:

Mostly Dr Helal yang bagi lectures. Some lectures given by Bro Muhsin, husband Dr Kausar. Mostly pasal instruments like HPLC, weighing balance, pH meter. Learn how to equilibrate and use those instruments. Kadang-kadang rasa macam ulang benda sama yang kita dah belajar dalam Pharm. Analysis jer. Belajar juga pasal SOP. Nanti ada assignment kena buat SOP for one of those instruments. Ada juga belajar wastage management. This topic is one of the favourite question for exam. In short, lectures Dr Helal banyak theory..keep repeating baca notes yang Dr Helal bagi,baru boleh faham. Bro Muhsin nyer lectures tak berapa ingat apa.

3-Sterilization & Aseptic Technique (SAT)

KAC:

• SAT pun lebih kurang macam QA: more towards industry & a little bit related to sterilization in hospital setting. Siapa yang buat attachment kat Ain Medicare, BBrown & other sterile plants Insya Allah akan lebih cepat faham & lebih nmpak apa benda yang diajar. So, yangg x berkesempatan buat attachment kat kedua-dua tempat ni, janganlah segan-segan pula nak bertanya budak2 Ain & BB ni ye..boleh share banyak ilmu yang praktikal.

• Masa kitorang, ada buat visit ke kilang..Xorix, Dungun.

KF:

Most lectures from Dr Mohamed. What is aseptic n terminal sterilization (Important: different between both) and types of sterilization. More focus on characteristics of each type of sterilization, how it been conducted, the condition and environment required for each, what killing agent that it use. The most important is what type of sterilization that can be used to sterilize one type of instrument. Eg: dry heat for ointment. What type of sterilization that cannot be used to sterilize one thing. Banyak point-point penting yang tak ada dalam notes, but if you attend his class, be attentive and responsive, Insya Allah you will grab more.

4-Dosage Design II (DD II)

KAC:

• Ni sambungan DD yang lepas. Kali ni belajar more advanced technology & dosage forms termasuklah newer drug delivery systems (DDS). Akan belajar DDS dengan lebih detail kalau ambil elektif DDS nanti.

• Kalau tak nampak / rase blur je dengan apa yang lecturer ajar, better pergi dapatkan related pictures, cari simplified mechanisms & identify differences between them. Better kalau ada table sendiri yang memuatkan differences tu sebabnya kita belajar benda yang hampir semuanya tak nampak depan mata, takde kat UIA Kuantan. kalau ada pun sikit sangat.

KF:

Learns the details about creams, transdermal, ophthalmic, pulmonary preparation. Focus on formulation including function of all ingredients been used. Also on packaging of those preparation. For preparation yang guna device like pulmonary formulation, more focus on technique and how those device works. Lagi, how to enhance the delivery of the active ingredients that may include device-assisted or altered formulation. Untuk capsule, learn on hard-gelatin and soft-gelatin capsule, the difference between both and the pro-cons of those. Novel-drug delivery also one of the topic included. Dulu, most of the lectures given by Dr Tanveer, some by Dr Kausar and some Dr Farah.

5-Pharmacy Practice IV (PP II)

KAC:

• Macam biasa, akan ada rotational posting, cuba biasakan diri dengan alat-alat sperti inhalers, injection pens etc.

KF:

• Concentrate more on roles of pharmacy in hospital and community setting. Main business is your roles as ward pharmacist and also community pharmacist. Learn more about CDR, TPN,TDM and DIS. Some of the lectures are repetition of what you have learnt before, with some additional detail information. You may have about 4 attachment including attachment in community pharmacy that you need to perform few quick test (blood pressure, glucose and cholesterol level, smoking cessation and some others). Other attachment includes in TPN, CDR, TDM and DIS department at HTAA.

6-Problem-Based Learning II (PBL II)

KAC:

• Dapatkan latest Clinical Practice Guidelines (CPG) untuk semua diseases (boleh download kat website acadmed, ada kat link blog akak hehe). Sangat-sangat berguna gak untuk PT & PC. Kalau boleh evidence yang kita provide masa bentang case tu biarlah latest & diterima pakai/relevan di Malaysia & sesuai untuk keadaan patient tu.

• Selalunya at the end of the case discussion, akan ada quiz berkaitan dengan disease & related drugs. Study awal-awal la pasal disease & treatmentnya ye..Buat elok-elok tau, tak mustahil untuk score fullmark dalam quiz ni..sangat-sangat membantu ;)

KF:

• As usual, discussion and presentation on case been given. Some advices, do not present your part, but make it as a discussion, macam you discuss with your friends, with some interruptions to make it real discussion. Ask your friend when you want to know something, tapi kalau dah tau pun, tanya jer la..You will get extra marks, both, orang yang tanye and orang yang jawab. Don’t separate the case into different components, but blend all those facts and info and DISCUSS it!!!

7-Pharmacoepidemiology & Pharmacoeconomics (PE)

KAC:

• Basically, belajar perkaitan antara pharmacy dengan epidemiology & economy. Honestly, agak bosan jugak la huhu.

KF:

• Mostly theoretical part..hehe..very difficult to concentrate in class. Deal with lots of definition, concepts and principles. It will answer some questions like ‘why we need epidemiology in pharmacy’, ‘what epidemiology can do to improve drug distribution n utilization’ and some more. Most lectures given by Dr Sheikh Fareed and some by Bro Qais. Concentrate during Dr Sheikh Fareed class, Insya Allah you will understand more.


ELECTIVE COURSES:

1-Clinical Nutrition (CN)

KF:

For me personally, it is very interesting subject. First, you will learn about CHO, protein, fat, and other elements in food as you have learnt in biochemistry. Then, learn on energy, how it been generated from food, energy expenditure and how to calculate calorie that will turn into energy from each pinch of food that you eat. The most interesting part is therapeutic diet, in which you will learn to alter normal diet to suit patient with diabetes, liver and kidney disease, hypermetabolic state and critically ill patient. Again, you will also learn more on enteral and parenteral nutrition. Food-drug and drug-food interaction is the ultimate one since you will learn how foods affect drug delivery and how drug could affect digestion and absorption of food. Most lectures given by invited lecturers who are dietitians from HTAA while others deliver by Dr May and Dr Norazian. You will have at least 2 hospital attachment in which you need to clerk case (focusing more on patient’s diet) and that case will be your case assignment and presentation. From my experience, quite difficult to get high marks from assignment/presentation, so pay attention on exam (quite easy for me).

2- Over-the-counter (OTC)

KF:

Over-the-counter medications for pain, GI disorders, respiratory disorders (cough, cold), slimming products and OTC for special population (pregnant women, pediatrics and geriatrics). Focus on the formulations that it contains which make the products regarded as OTC, the commonest products in market and counseling points for each group of products.


YEAR 4, SEMESTER 2

CORE COURSES:

1-Clinical Pharmacy III (CP III)

• Mostly belajae kira-kira, calculator kena selalu ada kat tangan. Kira initial dos, bila nak bagi dos seterusnya, berapa dos seterusnya, berapa dos yang nak dikurangkan/ditambah, apa nak buat kalau patient dah toxic/unresponsive, berapa lama nak withhold etc.

• Kena tahu sifat-sifat tabi'ie ubat-ubat yang special ni, berapa usual dose, indication & contraindication, interactions etc.

• Selalukanlah buat latihan kira-kira (cari buku kat library or just buat latihan dalam buku Winter), bincang sama-sama & kalau tiba-tiba blurr/confuse, tanya lecturer terus. Dulu, yang ajar kitorg: Mdm Mastura, Dr. Haniki, Dr. Osama.

• Macam PT & PP, akan ada rotational posting gak + reports hehe

• Mostly yang belajar dalam CP III ni akan masuk dlm OSCE nanti..uhhuuu,OSCE ku!

2-Pharmaceutical Care (PC)

• Soalan yang banyak keluar ialah cases, minta kita cari pharmaceutical care issues (PCI), suggestion/recommendation. Untuk jawab soalan-soalan tu, harus ada pengetahuan tentang diseases, drugs & treatment..macam PT jugak la. PC ni case yang diorg bagi dalam exam tak specific, boleh je diorg tanya apa-apa penyakit & apa-apa ubat. Selalunya terperangkap kat sini la especially bila diorg bagi brand name huhu.

• Ktorang kena buat Pharmacy Day under subjek ni (medical checkups untuk penduduk setempat..tempat ktorg buat dulu: Kg. Tanjung Lumpur. Berdasarkan data yg kita collect daripada patient kat situ, ktorang kena trace patient yang sesuai untuk di follow up/home visit/domiciliary service at least 3 kali selepas PharDay tu. Kat sini banyak gak tau!)

3-Pharmacotherapeutics II (PT II)

• Lebih kurang PT I jugak tapi kali ni lecturers expect kita tahu serba serbi la sebab dah masuk final sem kan. So, perform your best in each presentation & reports. Kena bawa bersabar banyak-banyak!

• Rotational posting ada macam biasa + reports..uhhhuuu, report lagi!

4- Ethics & Law in Pharmacy (EL)

• Apa lagi, belajar Law la kita..jadi lawyer jap. tapi jangan bimbang, bukannya kena ingat sebijik2 setiap akta yang ada, yang penting, faham & ingat contents akta-akta tu.

• Beli buku akta di awal sem lagi tau..senang nak refer masa lecture. Kalau lecturer buat tutor, WAJIB hadir sebab masa tu hint akan keluar hehe.

• Dalam exam, tulis ayat kita sendiri, bukan ayat law macam dalam buku tu eh. Bagi points banyak & jangan merapu.

5- Administration & Management in Pharmacy (AM)

• Tadi dah jadi lawyer, sekarang kita jadi manager & accountant lak..banyak-banyakkan bersabar!

6- Research Methodology & Biostatistics (RMB)

• Basically, belajar macam mana nak buat research, jenis-jenis research serta perbezaannya & statistics sikit. Jadi researcher & statistician la kite (in my opinion, sepatutnya subjek ni patut diajar before kita buat research project yang elektif tu. Takde la nanti terkial-kial menyiapkan projek tapi bila dah siap projek baru la tahu macam mana nak jalankan projek dengan lebih efektif).

PESANAN PENAJA:

Itulah serba sedikit yang akak boleh coretkan berdasarkan pengalaman. Kalau ada apa-apa lagi nak tanya, silakanlah..mana yang akak boleh respon, akak akan respon Insya Allah :) Haih, dah final year ni, cuba-cuba lah berubah untuk jadi LEBIH BERGUNA dalam semua aspek (huhu..ayat ni ditujukan untuk diri sendiri sebenarnya, menyesal pun ada..uwaaaa!!). WISHING YOU ALL THE BEST! (Kak AC, Batch 2009)

From Rx5, thank you and jazakallah to Kak AC and Kak Fajariah for this sharing.

Order of Text Book (Last Call)

Assalamualaikum. How are you? Still 'tercungap-cungap' memulakan semester baru? Atau penuh bergaya menghadapi tugas-tugas yang mendatang?

Kawan-kawan, kepada sesiapa yang ingin menempah buku, atau membuat pertambahan tempahan, sila-silakanlah berbuat demikian dengan memberi nama, buku dan kuantiti kepada saya Solaharith sebelum atau pada hari Isnin. Hari Isnin, insya Allah akan diedarkan order form tersebut.

Antara buku-buku popular

Drug Information Handbook (RM230)
BNF (RM109)
MIMS (RM45)
Pharmacotherapy Hand Book (RM77)
Merck Manual (RM32)


p/s: insyaAllah, buku akan sampai selewat-lewatnya hujung minggu ni.

Sila sebarkan perkara ini, sebab bukan semua access blog batch yang sarat dengan informasi ni. =)

Friday, July 24

Fast 2 Fund 1430H

Fast 2 Fund Campaign 1430H

- click pictures for details of campaign -



LET'S FAST TO FUND
for our Muslim brothers in Palestine!

When?
23rd July - 4th Sept 2009
(1st Sya'aban - 14th Ramadhan 1430H)

How to join?
Give your names to us & you will receive an envelope to keep your savings for fund.
The money will be collected every 2 weeks
(7/8/09, 21/8/09, 4/9/09)



Organizer: MSC

~~~*****~~~

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh memberikan tujuh tangkai, setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

The parabale of those who spend their substance in the way of Allah is that of a grain or corn:
it groweth seven ears, and each ear has a hundred grains.
Allah gives manifold increase to whom He pleases: and Allah cares for all and He Knows all things

-al-Baqarah 2:261-

~~~*****~~~

ATTACHMENT OTC DRUG

 

Assalamualaikum

Kawan-kawan..

This is a grouping for elective course OTC Drug..

GRUP1_OTCGRUP2GRUP 3GRUP4

 

 

The attachment will be held as below:

otc attachment

Information:

  1. Grouping is done by Course Coordinator.
  2. For those who has registered OTC Drugs but your name is not listed above, please do inform me quickly.

Terima kasih…

Thursday, July 23

Special Event Promises You A Special Year!

Alhamdulillah.Esok merupakan program pertama yang bakal dianjurkan oleh Special Event Bureau,5th Batch IIUM Pharmacy untuk semester ini. Untuk pengetahuan, Special Event Bureau diterajui oleh saudara Ezzad dan dibantu oleh saudari Hafizah. Ahli-ahli yang diharapkan menjadi ahli aktif biro ini termasuklah Azwin,Adi Asraf, Afiq, Fakhrul Hadi, Azwadi, Hamida, Syafiqah, Hanan dan Farrah Aina. Hala tuju biro ini termasuklah memperkukuhkan hubungan BROTHERHOOD di antara sesama ahli 5th Batch, di antara ahli 5th Batch dengan para pensyarah, kakitangan, dan dengan junior-junior kami yang disayangi. Selain itu, biro ini juga bertanggungjawab dalam merealisasikan program akademik dan bukan akademik seperti rehlah, lawatan sambil belajar, khidmat komuniti dan sebagainya.

Program pertama biro ini ialah perlawanan persahabatan futsal inter-batch yang bakal berlangsung di gelanggang futsal Kg. Tiram pada hari Jumaat jam 5pm-7pm. Setakat ini 10 kumpulan telah mendaftar untuk menyertai perlawanan persahabatan di mana junior baru kita juga telah menghantar 3 kumpulan. Satu sambutan yang menggalakkan! Atas rasa prihatin brother 5th Batch, beberapa buah kereta dan motorsikal bakal menjemput kalian yang belum mengenal kenderaan sendiri itu untuk ke gelanggang futsal. Kawan-kawan 5th Batch, ayuh sama-sama sertai program silaturrahim kita bersama junior-junior.

Nantikan program-program yang seterusnya daripada kami. Adalah menjadi harapan teraju biro ini untuk mendapatkan komitmen yang penuh daripada semua ahli 5th Batch bagi menjayakan program batch. Diharapkan dengan adanya program-program yang bakal dilaksanakan akan merapatkan ukhuwwah kita sesama batch.

UKHUWWAH ITU INDAH.

Sekian,wassalam.

Wednesday, July 22

Paku & Marah

Apa kaitan antara paku dan marah? Mungkin ada antara kita, bila baca sahaja tajuk entri di atas sudah dapat membayangkan kisah yang bakal diceritakan. Untuk ke sekian kalinya, mari kita hayati dan kongsikan kisah ini bersama-sama. Mungkin ada yang sudah lupa atau ada yang belum pernah mendengarnya. Versinya mungkin berbeza daripada apa yang anda pernah baca. Tapi, intipatinya tetap sama.

Cerita ini berkisar tentang seorang ayah yang sudah tua dengan anak perempuannya. Pada suatu hari, si ayah memanggil si anak untuk berpesan satu perkara.

“Anakku, ambil dan simpanlah paku-paku ini bersamamu.” Pesan si ayah sambil menghulurkan satu bekas kecil berisi paku kepada si anak.

Dengan wajah yang agak keliru, si anak mengambil paku-paku itu dan bertanya, “Apa yang perlu saya buat dengan paku-paku ini ayah?”

Sambil tersenyum si ayah menjawab, “Setiap kali engkau berasa marah atau kecil hati dengan seseorang, pukullah satu paku ke dinding kamarmu. Lakukanlah perkara yang sama setiap kali engkau berasa marah.”

Si ayah berpesan lagi, “Dan setiap kali engkau telah memaafkan orang yang dimarahi itu, keluarkan satu paku dari dinding kamarmu itu. Lakukanlah perkara yang sama setiap kali engkau telah memaafkan seseorang.”

Setelah memahami pesan si ayah, tanpa banyak soal, si anak pun berlalu sambil membawa paku-paku tersebut. Dan semenjak hari itu, setiap kali dia berasa marah terhadap seseorang, dia akan memukul satu paku ke dinding. Dari hari ke hari, semakin penuhlah dinding kamarnya dengan paku-paku tersebut, akibat rasa marah terhadap orang-orang di sekelilingnya. Begitulah juga apabila dia telah memaafkan seseorang, akan dicabut dan dikeluarkan satu paku dari dinding itu. Akibatnya, dinding kamarnya kelihatan hodoh dengan kesan-kesan lubang yang ditinggalkan oleh paku. Walaupun banyak paku telah dikeluarkan, kesannya (lubang) tetap ada.

Tiba-tiba si anak terfikir apakah tujuan si ayah menyuruhnya berbuat begitu. Lalu untuk menghapuskan kemusykilan yang bertandang, dia segera menemui ayahnya.

“Ayah, apakah tujuan sebenar ayah menyuruh saya memaku dinding dan mengeluarkannya kembali?” tanya si anak ingin tahu.

Tanpa berkata apa-apa, si ayah memimpin tangan si anak dan membawanya ke dinding yang penuh dengan kesan lubang itu.

Kata si ayah, “Lihat dinding ni. Penuh dengan lubang. Walaupun paku telah dikeluarkan, kita tidak mungkin akan dapat mengembalikan dinding ini ke keadaannya yang asal tanpa paku dan lubang. Begitulah juga apabila manusia marah. Masih akan tersisa kesan lukanya walaupun perkataan maaf telah diucap. Jadi adalah lebih baik engkau mengelakkan diri daripada perasaan marah ini, kerana lukanya sukar untuk sembuh,” jelas si ayah panjang lebar.

Apa yang kita boleh dapat daripada kisah di atas? Adakah kita tidak boleh marah langsung? Sudah tentu kita boleh marah, tapi hanya pada tempat dan masa yang betul. Perasaan marah yang tidak bertempat seboleh mungkin perlu dielakkan. Ramai yang sedar dan tahu, marah ini besar sekali bahananya. Boleh melukakan hati banyak pihak dan tidak baik untuk ‘kesihatan’ hati kita. Sesetengah orang akan melakukan apa sahaja akibat perasaan marah. Tapi, ramai juga yang tidak dapat mengawal diri apabila marah kerana akal tidak dapat berfungsi dengan baik apabila rasa hati lebih diutamakan.

Kesimpulannya, elakkanlah diri daripada perasaan marah, kerana kesannya dalam dan panjang walaupun perkataan maaf telah terucap, seperti kesan lubang yang ditinggalkan oleh paku pada dinding. Dan, jika anda harus marah, kendalikan perasaan marah anda sebaik mungkin. Belajarlah cara marah Rasulullah S.A.W. kerana baginda juga marah pada perkara yang patut untuk dimarahi. Sesungguhnya akhlak baginda adalah sebaik-baik akhlak untuk diteladani. Wallahua’lam.

apa kata anda???

Re: industrial repOrt
Tuesday, July 21, 2009 10:52 PM
From:
This sender is DomainKeys verified
"kausar ahmad"
View contact details
To:
"hanan hayati"

please discuss with your coursemates and provide me the value. it must be agreed by all.

tq

2009/7/22 hanan hayati

Salam dr..

sorry if i just mail you rather than meet u directly...

i'm just asking..
would dr consider to reduce the penalty..
maybe 0.5 mark per day..
we really look forward your consideration dr..
thank yOu sOo much

best regards..
Hanan Hayati

-pOst ni kjap je..hee..sOwi..malas nk wt pnjg2..input lg penting..
sOoo..ape kate kOrg??

brO??
sis??

Tuesday, July 21

DIS QuestiOnnaire

Question 1
I have had an upper respiratory tract infection and was prescribed with T. Augmentin about 2 months ago. Can I use the same antibiotic for my sore throat? If yes, can I get the antibiotics without a prescription?

Question 2
I have had trouble sleeping since I start working a few shifts. My doctor prescribed me with T. Valium 10mg. It worked but I had difficulty concentrating while I’m driving in the morning. Are there any other options? My friend was having the same problem and he’s taking a drug called Ambien. Can I use that instead?

Question 3
I started using Deca-Durabolin a few months ago since I started my weight training. Recently, I heard about a new drug called Testolic that is manufactured in Thailand. I heard it’s better that Deca. Is it true? Is it safer than Deca as well?

Question 4
I have a history of heart failure and am still taking few medications for my heart. I was prescribed with Rosiglitazone last week for my diabetes. Will the new medication have any effect on my heart?

Question 5
An attending physician at your hospital wanted to know whether abciximab given in combination with reteplase, before patients have a coronary intervention is safe and effective in the treatment of heart attacks compared to only abciximab given during coronary intervention. He was going to search for some studies but didn’t have much time to do so. He asked you if you could do him a favor in finding the studies.

Question 6
An orthopedic specialist asked you if you have heard any recent news on potassium citrate, and its effect on bone density and muscle mass in older, healthy adults. You admitted that you have not heard anything about the news but was eager to find it out for him.

Question 7
A 63-year old Chinese lady came to your pharmacy with a puzzled face. You approached her and asked her if you could be of any help. She admitted to have had some concerns regarding her weight. She wanted to know if the herbal Ephedra she started taking for the past 3 months have any effect on her weight. She also wanted o know if the herbal remedy has any unwanted side effects.

Question 8
An IVDU came with his mom to you looking hopeless. Her son was recently diagnosed with Hepatitis C and heard that there is no treatment for the condition. They asked if there is any traditional herbal remedies that may give her son some hope.

Question 9
Your grandmother has been taking Ginkgo biloba extract for general purposed. Recently, she was prescribed with Metformin and Acarbose for her blood sugar due to poor control of the blood sugar level. She asked you if the new drugs would affect Ginkgo or vice versa.

Question 10
A radiologist at your hospital wanted to know if he could continue using methimazole during radioiodine therapy for one of his patients. If not, he wanted to know if there is any other thyroid medications that can be used during the radioiodine therapy.

Question 11
A very busy psychiatrist called you up in the middle of the night asking if could use any anticonvulsants for one of his patients suffering from cocaine dependence.

Question 12
A medical officer called your Drug Info Center for any information regarding the effect of low doses cholestyramine in the management of hyperthyroidism. He asked if could possibly have the answer by the next day.

Lets dO the sOurcing~

Friday, July 17

Past Years Exams Papers



Announcement for the newly uploaded file in website of IPhA;

Past Years Exams Papers

Click this link for downloading them all!!!

Report on Internship Programme and Senior's Compilations




Dear all classmates,

This is the report that Mdm Rohani gave us a few days ago.
Due to inefficiency, we decided not to photostate it for all of the class.

The due date is very near: 22nd July 2009.
Thus, if we send to photocopy centre, maybe we will not manage to get it before the date.
So, feel free to do it yourselves.
Just save as this image > print on your own; 2 of the pages in a piece of paper.

Submit this form together with the report and survey form madam had given us a long time ago.


Another things,

On the class desktop, there is a folder named "Senior's Compilations" containing some senior's notes, course outlines as well as past years exam paper.

The file may not be complete, since I only get that from one senior.

If you guys have something like that to share, just save at the desktop class as this.

Moga sekelumit usaha berkembang dan berfaedah kepada kita semua.

Sedekah jariah menggandakan pahala.

So, marilah kita berkongsi apa yang telah dikurniakan Allah.

Perumpamaannya ialah seperti benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; setiap tangkai menghasilkan 100 biji.

Satu lagi announcement:


Dalam seminggu, akan ada masanya Audi KOP tu digunakan oleh junior (Kelas UNGS)

So, kita kenalah berpindah ke kelas diorang.

Utk korang lebih alert, ni la jadualnya:


Monday
3.00 - 4.30 pm
Lecture Hall 1 (Year 1)


Wednesday
3.00 - 4.30 pm
Lecture Hall 1 (Year 1)



Friday
3.00 - 6.00 pm
Lecture Hall 2 (Year 2)


Thursday, July 16

JADUAL PENUH SEM1 YR 2009/2010

 

Assalamualaikum..

 

Our class schedule is available online now..

 

 

Download dari sini ye… (klik)

 

 

TQ

Wednesday, July 15

Attachment PHARMACY PRACTICE IV_PHM 4162 (SEM 1 2009/2010)

Assalamualaikum..

Berikut adalah maklumat tentang attachment kita untuk subjek Pharmacy Practice IV(PHM 4162 )

Students are divided into 5 groups . Each group will be rotated among the different divisions at HTAA and an identified Community Pharmacy. Attachment is on:

 

Thursday

HTAA                           : 8:30am - 12:30pm

Community Pharmacy : 10 am to 12:30 pm

Jadual attachment untuk subjek ini adalah seperti berikut:

JADUAL ATTACHEMENT PHARM PRACT

 

Untuk sebarang rujukan atau pertanyaan sila rujuk kepada preceptor masing-masing:

 

NAMA PRECEPTOR

 

Berikut adalah outline bagi setiap attachment:

 

A.DRUG INFORMATION SERVICES (DIS) ATTACHMENT

1. Definition of DIS.

2. The needs for DIS.

3. DIS in HTAA and in other hospitals.

4. Challenges in implementing DIS.

5. Assigment: Recommend an ideal model of DIS in any setting (parallel with information technology era)

 

 

B. THERAPEUTIC DRUG MONITORING (TDM) ATTACHMENT

1. Definition of TDM.

2. Workflow of TDM.

3. Impact of TDM in individualizing drug therapy.

4. Screening and Interpretation of TDM request forms.

5. Utilizing suitable pharmacokinetic formula in dosage adjustment.

6. Important clinical parameters in TDM (with examples).

7. Delivering TDM results and providing clinical pharmacokinetic intervention to physicians.

 

 

C.  CYTOTOXIC DRUG RECONSTITUTION (CDR) ATTACHMENT

1. Definition of CDR

2. Workflow

          a. Parameters for Screening

                   i. Total Blood Count

                   ii. Body Surface Area

                   iii. Physical Condition

         b. Preparation of drugs

                   i. Calculation

                  ii. Labelling

  1. Aseptic

               c. Handwashing technique

               d. Gloving Procedure

               e. Vial & Ampoule manipulation

  1. Spillage Procedure
  1. Pre-chemotherapy counseling
    1. What is it for?
    2. Common side effects
    3. Management of side effects
    4. Importance of nutritional intake & hydration
  1. Dispatch students for case clerking.

 

D. TOTAL PARENTERAL NUTRITION (TPN) ATTACHMENT

1. Definition of Nutrition, Malnutrition.

2. Types of Nutrition Support.

3. Indication for TPN.

4. Objectives of nutrition therapy.

5. Pharmacist’s role in providing safe and effective nutrition-support care.

              a. Assessment of patient’s nutrition care needs (what parameters to assess?)

              b. Identifying nutrition goals for each patient (use of Harris-Benedict

                    equation,  calculation of lipid, amino acid, dextrose, etc).

              c. Development of nutrition care plan.

              d. Implementation of the nutrition care plan.

              e. Monitoring patient’s response to nutrition therapy.

6. The workflow of TPN provision.

7. TPN in HTAA setting.

8. Complications of TPN.

 

Berikut adalah senarai nama pelajar mengikut kumpulan:

 

GROUP A

NO

Name

1

Ezzad Ashraff b. Ashim (HEAD)

2

Mohd Afiq B Abu Latifei

3

Azwin Bin Md Tumin

4

Wan Mohd Khairul Bin Wan Mahmud

5

Azizah Binti Mohammed

6

Siti Naziha Binti Mohamed Ihsan

7

Noornazli Zahirah Binti Abdullah

8

Norhaziah Binti Mohamad Salleh

19

Mahfuzah Binti Ishak

10

Farrah Aina bt. Sofian Sauri

 

GROUP B

NO

Name

1

Abdul Hadi Bin Hamzah (HEAD)

2

Hind Hassan Hamed Elniel

3

Nor Atikah Binti Nor Khalim

4

Wan Asfarina Binti Wan Ismail

5

Nur Salwa Binti Abdul Halim

6

Mohd Hanis B Salleh

7

Raja Afiq Aizuddin Bin Raja Ahmad

8

Mardhiah Binti Mohd Rais

9

Abdul Birri Bin Abdullah

10

Khairul Anuar B Abdul Karim

11

Muhammad Asyraf Bin Amran

GROUP C

NO

Name

1

Mohd Muzani Bin Hasbullah (HEAD)

2

Mohd Izzuddin Bin Mohd Jaaffar

3

Zulsairi Bin MohdPauzi

4

Ali Umar Bin Ibrahim

5

Shifaa Binti Jamal

6

Wan Nourul Ainna Bt Ab Aziz

7

Siti Hawa Binti Azman

8

Siti Norfatihah Binti Mohd Pauzi

9

Johan B Jamarei

10

Nurul Atiqah Binti Yarahim

11

Mohammah Muziman b. Mahmood

GROUP D

NO

Name

1

Raihanah Bt Ahmad

2

NurulHidayah Bt Khairudin

3

Khairul Azurin Bt Mat Wahid

4

Ahmad Latfi Bin Mohamed @ Alias

5

Hanan Hayati Binti Mamat

6

Hamida Bt Abdul Hamid

7

Syahrir Bin Zaini

8

Muhammad Salahuddin Bin Haris@ Harith

9

Fakhrul Hadi B Paridul Adras

10

Adi Asraf Bin Yusof (HEAD)

11

Ikhwan Iqbal b. Zulkifli

GROUP E

NO

Name

1

Jusrizal Bin Mohamed (HEAD)

2

Wan Nur Syafiqah Bt Mior Khairuddin

3

Shahmin Bin Hasan

4

Mohd Azwadi b. Kamarudin

5

Ahmad Faiz Bin Fauzi

6

Nurul Syaza Binti Husni

7

Nur `Izzati Binti Ahmad Zawawi

8

Hafizah Binti Hamidi

9

Mohd Hafiz B Mohd Norrizan

10

Mohd Syafiq B Yusof

 

OK..selamat buat attachment..Let’s enjoy it.. :))

Monday, July 13

Pesanan

Fortified Fraternity


ALHAMDULILLAH...hanya syukur dan rasa kerdil diri selayaknya kita panjatkan kepada Allah dengan melangkahnya kaki ke tahun akhir. Rakan-rakan sekalian, inilah PELUANG. Hidup ini penuh dengan peluang. Peluang untuk merasai nikmat, peluang untuk bersyukur, peluang untuk menginsafi kesilapan lalu dan bertaubat dan peluang untuk kembali ke jalan yang benar.


Sangat baru rasanya tempoh tiga tahun yang lalu ketika kita mula-mula datang ke Kuantan. Itulah masa yang telah meninggalkan kita. Kelas demi kelas, peperiksaan demi peperiksaan. Usia bertambah bersama-sama dengan kesibukan kita sebagai pelajar. 2006 kita datang ke sini dengan iringan harapan yang tersangat tinggi daripada keluarga. Iringan itu tak terhenti di situ bahkan terus-menerus sehingga ke saat ini. Bagi yang mengingatinya dan menjadikannya sumber inspirasi, teruskanlah. Sebagai anak, itu antara ingatan yang baik untuk muhasabah diri setakat mana kita sudah berusaha di sini. Kadang-kadang, diri terleka dan perlu diingatkan.


Rakan-rakan,


Belajarlah sepenuh hati. Jagalah akhlak sesama kita dan pensyarah. Jadilah sahabat ketika susah dan senang. Jadilah sahabat yang mendidik. Sekurang-kurangnya, empat tahun di sini, kita lebih baik dari semalam yang telah berlalu. Ada juga jasa dan manfaat yang kita dapat dan kita beri. Andai ada salah faham, maafkanlah dan tegurlah dengan baik. Jauhkan diri dari prasangka. Bersikap jujurlah dalam usaha menuntut ilmu. Markah dan gred bukan segalanya. Jangan kita cari redha manusia dengan kemurkaan Allah. Biarlah kita cari redha Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan marahnya manusia.


Andai kita pernah tersilap, belajarlah dari kesilapan lalu kerana manusia yang baik akan merenung sejarah hidup dan terus menerus membaiki diri. Kita tidak sempurna, tetapi jangan kita jadikan ketidaksempurnaan itu sebagai beban dan meletakkannya di depan mata seolah olah itulah segalanya. Kerana tidak sempurnalah, adanya konsep saling melengkapi dalam Islam. Setiap manusia ada kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan batch kita dan mana-mana batch sekalipun. Setiap orang mesti ada sesuatu yang unik dan bermanfaat untuk dikongsi bersama dengan semua.


Pasti tenang rasa hati apabila melihat kemesraan dan kekitaan sesama kita. Mengambil berat antara satu sama lain mengikut petunjuk agama Allah yang mulia kerana memang manusia fitrahnya inginkan kebaikan. Hatta pencuri sekalipun tidak akan mendidik anaknya menjadi pencuri dan tidak suka barangnya dicuri. Kita lahir dalam fitrah yang suci. Moga-moga kita kembali juga dalam fitrah yang suci.


Rakan-rakan,


Gunalah PELUANG baki 1 tahun yang ada sebaiknya untuk memanfaatkan SEGALA SUMBER yang kita ada untuk belajar, menghargai pensyarah dan rakan-rakan seterusnya mendidik diri menjadi seorang hamba Allah yang sebenar. Hormatilah guru, andai ada kelemahan mahupun kekurangan mereka, bimbinglah seperti seorang anak membimbing ibu dan ayah. Pasti kita inginkan yang terbaik walau sesusah mana pun.


Akhir sekali, kita ialah pelajar Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia. Ingatlah keluarga, pakcik, makcik, jiran, orang kampung, abang, kakak dan adik kita di luar sana. Kalau tidak kita yang membimbing. Siapa lagi yang hendak diharapkan. Jangan pernah lupa mendoakan ibu dan ayah walau siapa kita, di mana kita, saat mana kita berada. “Ya Allah, kau ampunkanlah dosa-dosa ibu bapaku sebagaimana mereka BERSUSAH PAYAH menjagaku di masa kecil”. Moga IIUM Convocation 2010 menjanjikan linangan air mata kegembiraan dan syukur kerana meraikan kejayaan seorang insan bergelar ANAK.


(Sedikit artikel untuk bacaan semua. Moga-moga menjadi motivasi yang berterusan untuk kita melalui tahun akhir. Bacalah dengan hati dan renungan. Walaupun agak panjang, tetapi saya SANGAT SANGAT MENCADANGKANNYA kerana tulisan ini betul-betul membuatkan kita berfikir insya Allah. Artikel-artikel tersebut saya ambil dari web Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, pensyarah Kulliyyah Ekonomi UIA Gombak. Sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD. Beliau mengisahkan kehidupan beliau semasa undergraduate dan setelah bekerja daripada aspek belajar dan menyumbang kepada masyarakat).

http://www.zaharuddin.net/content/view/618/

http://www.zaharuddin.net/content/view/815/

http://www.zaharuddin.net/content/view/832/72/

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009