Monday, May 31

Talian Hayat Untuk Gaza

Di mana-mana heboh diperkatakan. Agak ketinggalan lah jika tidak mengetahuinya.

Apa?
Konvoi Keamanan atau Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza.
Usahasama antara NGO Malaysia untuk menyertai kempen antarabangsa.
Pergerakan Pembebasan Gaza yang berpangkalan di Cyprus, IHH di Turki, MERC dan Kispa Indonesia, dan NGO lain dari USA, Greece, France, Sweeden, Germany, Italy, Venezuella dan banyak lagi.

Kenapa?
- membawa bantuan makanan dan perubatan ke Gaza secara aman (tanpa peperangan).

Perkembangan?

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Boleh klik sendiri link di bawah untuk stay updated:-






Sunday, May 30

Baca Quran to You

Assalamualaikum semua...

Sepi je blog ni. Biarlah diisikan dengan benda yang berfaedah.
Agar bersambung-sambung pahala orang yang bertolong-tolong ke arah kebaikan.

Sudah lebih sebulan bercuti.
Ada yang bekerja. Ada yang duduk di rumah sahaja.
Tak kurang menambah ilmu di dada.
Selamat study kepada rakan-rakan yang setia dengan buku-buku mereka.

Jika anda masih ingat, masa kat uia dulu, ada dijual...


Saya tak berapa ingat sem lepas atau dua sem lepas. Yang pastinya, saya sudah memilikinya dengan harga RM130.oo. Beberapa rakan yang lain pun sama.

Kemudian, pada masa akhir-akhir sem lepas, ada rakan lain yang ingin membelinya. Tetapi sudah tidak dijual. Apa nak buat dah tak ade rezeki.

Tiba-tiba, time surf-surf internet... terjumpalah pula Al-Quran yang sama. Harga yang sama. Tapi ada sedikit bonus jika dibeli secara online. Rugilah pulak sebab saya dah beli.

Dulu RM130.00 dapat satu naskhah quran ni je (plus satu beg al-quran).

Tapi, dengan website ni...




Dengan RM130 (Bank-in) boleh dapat:

1. Satu naskhah Tafsir Quran Per Kata
2. Satu beg al-quran
3. Satu CD software Islami
- Antara kandungan yang BEST dalam CD Percuma ini
Al-Qur'an Digital
IQRA'Kanak-kanak Digital
E-Novel Ayat-Ayat Cinta, La Tahzan, Kisah Teladan
Hadis 40
Seerah Nabi
Riyadus Salihin
Tafsir Ibnu Kathir,
Terjemahan
Qur'an Digital Melayu & English
Ma'thurat Digital,
Fatwa Qaradawi dan banyak lagi
4. Satu Bonus Buku Best (Sila rujuk website dengan klik gambar di atas)

InsyaAllah, semoga bermanfaat informasi ini.
Jika bukan kepada anda, saudara-mara atau rakan terdekat.
Untuk dijadikan hadiah. Saya juga amat teruja untuk membelinya.
Tetapi, mungkin tunggu gaji pertama masuk. Jangan risau.
InsyaAllah, promosi ini mungkin masih ada pada masa itu.
Hanya bookmark website link yang diklik daripada gambar di atas.
Cara bookmark yang senang: Ctrl + D.

Monday, May 24

Jemputan Walimah Afiq Rx6

“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang…”
(Ar Rum: 21)
Dengan penuh rasa syukur pada Allah, kami;

Mohd Afiq bin Mohd Yusoff & Aisyah binti Badhrulhisham
ingin memuliakan kehadiran anda ke majlis walimah kami pada:

Sabtu 5 Jun 2010 (pihak perempuan) dan Sabtu 12 Jun 2010 (pihak lelaki)
atas sebab kesyukuran ke hadrat Allah Taala dan mengiklankan majlis aqad pernikahan kami yang diadakan pada
4 Jun 2010 (Jumaat malam sabtu)

Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda pada majlis ini dan mohon agar didoakan semoga Allah melimpahkan barakahNya keatas kami dan anda semua

Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini berhimpun atas kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu, dan berjanji menegakkan AgamaMu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatan hati kami, dan kekalkan kemesraan antara kami, dan berikan petunjuk ke jalan yang benar, dan penuhkan hati kami dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap. Maka lapangkanlah hati kami dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu, suburkan hati kami dengan makrifatMu, dan matikan kami atas jalan jalan memperjuangkan agamaMu, sesungguhnya hanya kepadaMu lah kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan

~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

P/S : untuk alamat lengkap dan peta rumah pengantin, sila rujuk blog bakal pengantin ini di www.afiq-aisyah.blogspot.com

Friday, May 21

FeedBurner

[Sila lihat bahagian kanan yang ada "Tidak Mahu Ketinggalan Info Terkini Rx5?"]


Ada yang dah cuba. Ada yang belum.
Entri kali ini khas kepada yang belum.
Rugi la kalau korang tak manfaatkan kemudahan ni.



Apa kelebihan FeedBurner ni?

1. Entri blog baru terus masuk ke inbox emel
2. Tak memerlukan bayaran (Free)
3. Automatic (lepas dah subscribe, goyang kaki je)


Step by step how to subscribe your email to this FeedBurner:-

1. Insert your email into the box provided.
eg: lovastatin20mg@gmail.com

2. Click subscribe button under the email box.

3. Email Subscription Request window will appear just like this.




4. After follow instruction.... this will appear.



5. Open your email. Click at the link given.



6. Email subscribtion confirmed!

Thursday, May 20

lagi tentang borang tawaran kerja...

salam, maklumat terbaru. tadi ada call kak sharina and tnya.

1. kak sharina dah hantar dah semua maklumat yang diperlukan oleh KKM,SPA dan lembaga farmasi sperti borang prp, senarai budak yang dah lulus n etc.

2. kepada mereka yang nak buat clearance. memang boleh.TETAPI transcript tak siap lagi. transcript tu yang mengandungi result kita. dalam masa 2 minggu lagi baru siap. exact date tak tau lagi. nanti aku follow up.

3. Jadi bagi mereka yang nak pergi buat clearance dalam masa 2minggu ni. anda nanti perlu pergi lagi ke UIA kuantan untuk mendapatkan transcript anda keranaianya masih belum siap lagi. apabila ianya dah siap lepas 2 minggu,early mid june or mid june baru siap. tak silap aku time kita kerja kita kena bawa copy transcript.

So kepada mereka yang belum lagi nak pergi ke kuantan. dan ingin megelakkan pembaziran pergi banyak kali. lebih baik tunggu transcript siap dulu. then buat sekali gus. Buat clearance + ambil transcript dari one stop centre.

4. berkenaan kerja. sekarang bergantung kepada pihak SPA,KKM dan lembaga farmasi. diorang kena settlekan hal sesama diorang. seperti yang dihubungi semalam, pihak lembaga farmasi menyatakan mereka masih belum menerima senarai pelajar farmasi yang di lantik oleh SPA. jadi mereka pun terpaksa tunggu dulu. dah cukup maklumat semua, baru diorang boleh buat kerja

sekian terima kasih. info-info tambahan lain akan di update kemudian.



-Johan Jamarei-

Wednesday, May 19

Surat SPA

Berkenaan surat tawaran perlantikan kerja dari SPA



Kepada yang dah dapat surat SPA tu isi la mana2 yang patut:

+ boleh la gi jumpa suruhanjaya sumpah ...

+ buat medical check up and isi borang kesihatan tu

+ koyakkan satu helaian kertas SURAT SETUJU -TERIMA PERLANTIKAN ( ada 3 helai, tapi korang cuma perlu koyankan sehelai and postkan sehelai ke alamat setiausaha SPA..........
ada alamat dia sertakan tu



Berkenaan bila start kerja dan dimana akan ditempatkan tu,

+ johan still follow up lagi dengan pihak lembaga farmasi..Esok dia try call lagi supaya leh tahu EXACT DATE bila leh kerja.



Pasal lapor diri dalam masa 30 hari tu lak

+ benda tu tak pakai pun, akan lewat kot kerja dari 31 hari (menurut kata encik osman yang bekerja kat bahagian sumber manusia KKM).

+ orang sumber manusia KKm kata kalau paling cepat pun bulan 7 .

+ pihak lembaga farmasi kata mungkin bulan 8.semua depend if diorang dah dapat maklumat lengkap atau tak dari SPA and kita. banyak benda perlu,
borang BMD, result, surat dari SPA n etc.so takleh nak kata gak kerja cepat


Please refer to facebook batch for original posts.
Credit to Johan Jamarei.

Wednesday, May 5

Vaksin H1N1 PERCUMA!


Untuk Senarai Fasiliti Kerajaan Terpilih Untuk Pelaksanaan Pemberian Vaksin H1N1
boleh klik di sini

Tuesday, May 4

tentang borg PRP kita...

Updated 4/5/10:

1) Borang PRP telah selamat dihantar ke Pharmacy Board pd 28/4 (Rabu).

2) Borang PRP telah selamat sampai di tangan Pharmacy Board hari ni 4/5/10. confirm!

3) Sila tunggu offer letter dr SPA sampai ke rumah masing2 dlm masa terdekat ni.

4) Kami akan follow-up dgn Pharmacy Board & KKM b'kenaan penempatan dsb. dlm 2 weeks lg.


sebar2kan pada yg lain k..
 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009