Tuesday, February 23

Lagi-lagi Pengumuman


Assalamu'alaikum...

Pertama: Slide presentation PT2
Kepada semua kumpulan PT2 dan CP2, anda diminta menghantar softcopy dan hardcopy slide presentation anda yang lengkap kepada Sister Syahiera. Softcopy boleh dihantar melalui email ke syahierafarhana@gmail.com, manakala hardcopy boleh dihantar terus ke bilik beliau di tingkat 5 bangunan KOP.

Minta ditulis nama setiap file itu dengan kemas dan teratur. Sebagai contoh "Group B2 - Case 1 (Gouty Arthritis). Due date adalah sebelum 5.00 pm 25/02/2010 (Khamis). Jika ada mana-mana kumpulan yang gagal berbuat seperti yang diarahkan, kumpulan tersebut boleh dikenakan hukuman. Minta kerjasama semua kumpulan.

Kedua: Assignment Research Methodology & Biostatistics Dr. Zaiton
Dr. Zaiton telah mengeluarkan kenyataan kepada pelajar-pelajar tahun 3 (juga diaplikasikan kepada pelajar-pelajar tahun 4) supaya menghantar assignment yang telah ditugaskan sebelum ini kepada beliau sebelum atau pada 15 Mac 2010 (Isnin). Wajib hantar hardcopy. Kalau nak hantar softcopy, hukumnya harus (hantar pun tak apa, tak hantar pun tak apa). Markah untuk tugasan ini adalah 10% daripada markah keseluruhan.

Akhir kata, minta kerjasama semua, sesiapa yang baca ini, sila sebarkan dan tebarkan pada yang lain.

Sekian, terima kasih.

0 Comments:

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009