Saturday, April 3

Booster dose for that project

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Alhamdulillah, berdasarkan pengamatan - didapati bahawa projek itu mencapai misinya sedikit sebanyak. Projek apakah itu ? Itulah projek mengajak diri sendiri dan rakan-rakan dalam memenuhi panggilan azan, 5 kali sehari semalam.

Prestasi pasukan kita semakin meningkat. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu dan boleh diusahakan lagi. Good job my friends. Hope to have the rewards in the next life...Insya-Allah.

Berikut adalah maklumat tambahan yang insya-Allah akan menambah keinginan dan kesungguhan kita pada meneguhkan komitmen itu:

1. Solat sunat Subuh - Hadis Rasulullah saw yang bermaksud, "Janganlah kamu meninggalkan solat sunat Subuh meskipun kau dikejar seekor kuda." (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Solat sunat Subuh hukumnya sunat muakkad (yang sangat-sangat dituntut mengerjakannya). Untuk melaksanakannya, ianya memerlukan sedikit kesungguhan. Pelaksanaan solat sunat ini sebelum solat Subuh, justeru itu, peluang untuk menunaikan solat Subuh berjemaah lagi tinggi jika kita set untuk solat sunat Subuh terlebih dahulu.

2. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud, "Di antara sekian amalan yang paling dihasad kaum Yahudi adalah mengucapkan salam dan membaca 'amin' di belakang imam solat." (Hadis riwayat Ibnu Majah, juga didapati di dalam at-Targhib wat-Tarhib oleh Syeikh al-Albani).

Insya-Allah, dengan solat jemaah, sekaligus kita menuju sunnah Rasulullah, serta membelakangi kehendak kaum Yahudi.

3. Seorang sahabat Rasulullah menyatakan, "Rasulullah saw telah datang kepada kami yang pada masa itu kami sedang menggali kubu al-Khandak dan kami mengangkut pasir di belakang kami. Maka Baginda pun bersabda, "Ya Allah ! Tidak ada kehidupan melainkan kehidupan akhirat, maka ampunilah golongan muhajirin dan ansar." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Walaupun hadis di atas menceritakan kelebihan kaum muhajirin dan ansar yang didoakan keampunan oleh Rasulullah saw, namun pengajaran bagi kita juga ada. Dalam doa tersebut, Baginda ada menyebut "la 'aisha illa 'aishul akhirah" yang bermaksud, "Tidak ada kehidupan melainkan kehidupan akhirat."

Nasihat untuk kita - kehidupan dunia hanya sementara dan bakal ditinggalkan tak lama lagi. Kehidupan akhirat yang kekal pasti akan tiba jua. Peluang beramal hanya dibuka di alam dunia. Peluang yang sama tidak dibuka di alam akhirat. Jom kerahkan tenaga melawan sedikit keletihan dan kepenatan... untuk kebahagiaan Hari Esok, insya-Allah. Sama-sama doakan kejayaan kita. Sekian, jazakumullah untuk masa yang diluangkan.

0 Comments:

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009