Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Terakhir itu bukan merujuk kepada terakhir di dalam hayat ini, tetapi ianya merujuk kepada terakhir bagi semester ini. Hayatilah... (Sementara itu, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas segala salah silap saya terhadap anda semua. Moga dimaafkan).
Segala pujian hanya milik Allah SWT. Selawat serta salam buat Rasulullah saw.
Kita semakin menghampiri penghujungnya. Penghujung selaku pelajar farmasi di UIA. Empat tahun waktu bersama (sekelas). Kini, masing-masing mengintai laluan seterusnya yang harus ditempuh. Terpikul di bahu saya, satu bebanan yang terasa berat memikulnya. Selaku orang yang dipilih mengetuai Unit Kerohanian dan Islamisasi, besar tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Oleh itu, saya amat teringin untuk membincangkan dua isu yang amat penting dan saya amat berharap agar ianya amat bermanfaat buat kita semua serta menjadi bekalan bagi menghadapi hari mendatang (tatkala kita berjauhan).
Dua isu terakhir yang ingin saya bawa di sini ialah isu penting yang amat berkait rapat dengan kehidupan kita. Satu untuk Brothers dan satu untuk Sisters.
Sebelum membincangkan isu-isu tersebut, saya mahu mengingatkan diri sendiri dan kita semua. Peringatan yang mudah difahami. Saya dan anda semua, kita adalah HAMBA ALLAH SWT. Tugas kita adalah untuk mengikut apa yang dikehendaki oleh Allah SWT, bukan apa yang diajak oleh musuh kita. Musuh yang tak kelihatan dek mata kasar. Mereka ialah syaitan yang sering menaburkan janji kosong dan janji indah buat kita. Mereka ingin mengajak kita ke jurang neraka. Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud, “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (Surah az-Zariyat, ayat 56).
Perkara kedua sebelum menyentuh isu yang masih dirahsiakan tadi ialah kita semua diberi peluang yang sama. Tidak kira kita bersekolah di sekolah agama ataupun di sekolah mana-mana pun, Allah tetap membuka peluang bagi hamba-hamba-Nya untuk bertaubat dan membetulkan apa yang telah diketahui oleh kita sebagai perkara yang salah. Perkara yang tak patut kita buat kita diberi pilihan untuk meninggalkannya. Allah berfirman yang bermaksud, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Surah al-Mulk, ayat 2).
Ketiga, syariat Allah SWT adalah perkara yang mampu kita lakukan. Allah SWT tidak membebankan hamba-Nya serta Dia tidak memikulkan tanggungjawab yang tak mampu dilakukan oleh hamba-Nya. Tinggal lagi si hamba itu mahu mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah ataupun mahu melanggar ketetapan yang Allah tetapkan. Allah berfirman yang bermaksud, “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286).
Ok, sekarang masuk isu pertama (untuk Brothers). Saya teringin benar melihat kita semua (termasuk saya) teguh dan tetap istiqamah menunaikan solat secara berjemaah. Kerana apa?
1. Ganjaran yang berganda disediakan. 27 kali ganda lebih baik berbanding solat sendirian. Jika anda dijanjikan RM27 untuk setiap kali solat fardu berjemaah. Saya amat yakin bahawa anda tak akan melepaskan peluang yang ditawarkan. Saudaraku, ganjaran pahala yang digandakan tak kelihatan. Tapi, ianya merupakan janji yang amat benar. Insya-Allah kita akan melihatnya pada Hari Pembalasan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat bersendirian dengan kelebihan dua puluh tujuh darjat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2. Pemuda-pemuda yang hatinya terpaut pada masjid, dijanjikan naungan Allah di Padang Mahsyar. Di saat tiada naungan lain yang mampu menghalang peritnya kepanasan di sana, hanya satu naungan yang dijanjikan. Itulah naungan Allah. Dijanjikan buat 7 golongan manusia dan salah satunya ialah untuk pemuda-pemuda yang sering melazimi masjid. Sekali dia pulang selepas solat, hatinya amat teringin untuk datang kembali pada waktu solat yang ke seterusnya.
3. Kekuatan umat Islam terletak pada keunggulan barisan-barisan di masjid. Orang Yahudi tak akan gentar pada kita (umat Islam) selagi saf solat Subuh tidak sama dengan saf solat Jumaat. Kita masih jauh dari saat itu. Saat untuk melihat Yahudi dikenakan tindakan balas yang setimpal buat kekejaman yang mereka lakukan sekian lama untuk umat ini (umat Islam). Memetik ayat dalam buku Keajaiban Solat Subuh yang berbunyi, “Pernah, salah seorang penguasa Yahudi, menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali pada satu hal. Ialah bila jumlah jemaah solat Subuh mencapai jumlah jemaah solat Jumaat.” (mukasurat 147).
4. Solat jemaah merupakan sunnah Rasulullah saw yang amat dijaga. Kita mengakui mengasihi Baginda, mahukah kita solat berjemaah selama-lamanya (sampai hari terakhir kehidupan kita di bumi ini) ? Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, “Demi Tuhan yang menguasai diriku, sesungguhnya aku ingin memerintahkan seseorang supaya menghimpun kayu bakar, kemudian aku perintahkan kepadanya supaya mengumandangkan azan solat. Selepas itu aku perintahkan seorang lelaki supaya menjadi imam solat. Jika didapati sekumpulan lelaki tidak ikut sama (dalam mengerjakan solat), maka aku akan membakar rumah-rumah mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
5. Solat jemaah melatih kita menjadi insan yang lebih baik. Berdisiplin dan mematuhi arahan ketua (imam).
6. Banyak lagi kelebihan lain yang boleh difikirkan.
Isu yang kedua… Memandangkan kita bakal meninggalkan alam ‘undergraduate’ di universiti, saya percaya ramai yang akan memulakan langkah bagi membina keluarga sendiri (kahwin la senang cakap). Di sebalik keseronokan yang ada, di sebalik kegembiraan yang ada, terselit satu tanggungjawab yang teramat besar bakal memberati bahu si lelaki (suami). Selama ini, anda mempunyai tugas untuk menjadi hamba Allah yang baik dan menjauhkan diri dari perbuatan dosa. Kini (selepas kahwin), anda bertanggungjawab untuk menjaga dan memerhatikan bukan setakat diri sendiri, tetapi perbuatan pasangan anda (isteri) juga harus diberi perhatian yang serius. Jika dibiarkan tanpa mengikut kehendak Allah SWT, saham dosa yang dilakukan oleh isteri anda akan turut sama menambah akaun dosa anda.
Satu isu yang amat jelas pada pandangan kita. Isu kesukaran wanita-wanita Islam untuk menjaga aurat dengan sebenarnya (mengikut syariat). Allah SWT menciptakan manusia. Dia lah yang Paling Tahu akan sifat semulajadi manusia yang diciptakan-Nya. Lelaki dan wanita berbeza (rujuk Lampiran di bawah). Perlu diingat bahawa wanita merupakan ujian yang amat besar bagi kaum lelaki. Wanita-wanita yang mendedahkan aurat sengaja menambah dosa diri sendiri. Bukan itu saja, malah mereka mengganggu keadaan iman dan hati lelaki-lelaki yang masih lemah. Hal ini bakal menggugat kedudukan umat. Satu rosakkan diri, satu lagi terikut sama. Syaitan pastinya gembira melihat tipu daya mereka berjaya memesongkan hamba-hamba Allah dari jalan kebenaran. Jika keadaan berterusan, macam mana keadaan si anak yang bakal dilahirkan ? Adakah contoh yang baik yang akan ditunjukkan kepada mereka ? Sedarlah, kita perlu berubah. Saya dan anda semua, kita perlu berubah (kembali kepada syariat Allah dengan sebenarnya).
Wahai pemuda, jika anda mengatakan kasih kepada isteri anda. Kasihlah dengan sebenarnya. Jangan izinkan kita dan mereka ditipu syaitan. Sayangi mereka dengan memperhatikan betul-betul penjagaan aurat mereka. Mereka isteri anda. Usah biarkan lelaki-lelaki lain tergoda dengan aurat isteri-isteri anda. Ianya amat pedih. Satu pengkhianatan buat anda apabila lelaki-lelaki lain mengambil kesempatan terhadap aurat isteri anda yang dibiarkan terdedah. Ingat, menjaga aurat mengikut syariat bukan sekadar meletakkan tudung di kepala, tetapi cara-caranya agak terperinci. Boleh rujuk di sini: http://www.zaharuddin.net/content/view/288/99/
Saya membayangkan satu situasi yang amat indah. Saya ingin melihat lelaki-lelaki kita memenuhi saf-saf di masjid-masjid atau di surau-surau secara istiqamah. Saya juga menanti wanita-wanita kita menjaga aurat mereka dengan mengikut syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT. Saya juga menanti ketibaan anak-anak kita yang bakal ditarbiah dengan baiknya oleh ibu bapa yang sedar hakikat diri sebagai hamba Allah SWT. Firman Allah di dalam al-quran yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, ayat 6).
Kerana apa ditulis tazkirah ini ?
1. Kerana tanggungjawab berada di bahu saya. Saya terasa tak lepas tanggungjawab ini jika tak dijelaskan isu ini.
2. Kerana anda dan saya, kita sama-sama Islam dan perlu saling mengingati antara satu sama lain. Saya ingin kita bahagia dan gembira, bukan setakat kita bersuka ria di dunia ini (sepanjang perkenalan kita), tetapi saya ingin melihat kita terus gembira, insya-Allah dunia dan akhirat.
3. Kerana saya bakal disoal tatkala Hari Pembicaraan di akhirat sampai waktunya. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang saya usahakan untuk melihat pasukan kita berubah (saya dan anda).
Dunia disediakan untuk kita (umat Islam). Kita dibenarkan menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jangan lupa, kita (umat Islam) masih mempunyai alam akhirat untuk kita hidup di sana. Di sana, hanya ada dua pilihan – syurga atau neraka. Tatkala di dunia, kita mengalami suka duka, gembira sedih, sihat sakit, dan sebagainya dalam keadaan bergilir-gilir. Namun, di alam akhirat tidak begitu, jika anda merupakan ahli syurga, tiada kesusahan, tiada keletihan, tiada kesedihan buat anda. Yang ada hanyalah kemewahan, kebahagiaan yang teramat. Bukan untuk tempoh seketika, tetapi selama-lamanya. Tiada tempoh waktu yang bakal menyekat kebahagiaan itu. Anda hanya bergembira dan menikmati kenikmatan yang teramat selama-lamanya. Untuk berada di sana (syurga), jalan-jalan yang harus dilalui sudah dijelaskan di dalam al-Qur’an dan sunnah. Oleh itu, kita perlu menggali ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya serta mengamalkan ilmu yang diperoleh. Berbeza dengan destinasi kedua yang ada di alam sana (akhirat). Tempat tinggal yang satu lagi merupakan neraka. Ianya merupakan tempat azab dan kesengsaraan. Siapa yang ingin menanggung keperitan yang amat sangat ? Saya percaya kita semua tidak mahu menanggungnya. Jika dihadapkan dengan demam pun kita kekadangnya tak dapat bangun dari tidur, inikan pula berada di tempat penuh azab. Duduk pun seksa, berdiri pun seksa. Tiada nikmat yang bakal dikecapi. Oleh itu, anda dan saya, kita masih mempunyai peluang. Peluang untuk berubah masih dibuka. Jom tewaskan musuh yang sering mengajak kita ke arah kebinasaan. Jom tewaskan syaitan dan tipu daya mereka. Allahu Akbar, bangkitlah !
Allah SWT berfirman :
“Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.” (Surah al-A’la, ayat 17).
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Surah al-Israk ayat 7).
“(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hamba-Nya.” (Surah al-Mukmin, ayat 44).
# saya bukanlah yang terbaik. Saya juga perlu berubah. Memandangkan tugas ini tersandang di bahu saya, saya harus menjelaskannya. Artikel ini bukan ingin membenci, mengherdik serta menghina sesiapa di antara kita. Tetapi ianya merupakan suatu panggilan untuk kita semua. Panggilan untuk pulang kepada ketetapan Allah dengan sebenarnya. Sekian.
Lampiran
1. Allah menjadikan psikologi lelaki dan wanita berbeza. Di dalam buku Brain Sex: The Real Difference Between Men and Women, Anne Moir dan David Jessel menjelaskan bahawa lelaki lebih cenderung dan tertarik kepada wanita kerana unsur seks (pendedahan aurat) sedangkan wanita lebih mementingkan faktor hubungan. Ini menjadi bukti bahawa penjagaan aurat yang sepatutnya menurut kehendak Allah SWT merupakan satu ketetapan yang selari dengan fitrah semulajadi manusia. Lelaki dan wanita berbeza. Allah yang menciptakan lelaki dan wanita serta Dia lah yang Paling Tahu apa keadaan yang terbaik buat hamba-Nya (dipetik dan disunting dari buku Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, mukasurat 295-296).
2. Dari buku Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, mukasurat 293-294 ada ditulis sebagai berikut:
Menutup aurat membuka kewanitaan dan kemuliaan. Sebagai contoh, R. Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata:
“Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoren, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba dua orang wanita Islam masuk dengan pakaian yang agak konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu, ‘Mengapa mereka berpakaian seperti itu? Saya bersimpati dengan mereka!’ Ketiga-tiga wanita (barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan.
Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi. Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang sopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka, walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak bagi menunjuk-nunjuk? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini, kami merumuskan, wanita-wanita Islam berjaya membebaskan diri mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian lelaki ataupun wanita. Kami mendapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik sekiranya dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita barat tadi.
Penonjolan seks dalam masyarakat kita sudah menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara yang lebih jauh (mengatasi seluar ketat dan tumit tinggi), mereka akan menyedari perasaan terdesak bagi mendapat perhatianlah (yang menyebabkan wanita-wanita barat begitu ghairah dengan fesyen). Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki.”

SEKIAN... INSYA-ALLAH ADA MANFAAT PADANYA.
0 Comments:
Post a Comment