“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya ialah Dia menciptakan pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang…”
(Ar Rum: 21)
Dengan penuh rasa syukur pada Allah, kami;
Mohd Afiq bin Mohd Yusoff & Aisyah binti Badhrulhisham
ingin memuliakan kehadiran anda ke majlis walimah kami pada:
ingin memuliakan kehadiran anda ke majlis walimah kami pada:
Sabtu 5 Jun 2010 (pihak perempuan) dan Sabtu 12 Jun 2010 (pihak lelaki)
atas sebab kesyukuran ke hadrat Allah Taala dan mengiklankan majlis aqad pernikahan kami yang diadakan pada
4 Jun 2010 (Jumaat malam sabtu)
Kami amat mengalu-alukan kehadiran anda pada majlis ini dan mohon agar didoakan semoga Allah melimpahkan barakahNya keatas kami dan anda semua
“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini berhimpun atas kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu, dan berjanji menegakkan AgamaMu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatan hati kami, dan kekalkan kemesraan antara kami, dan berikan petunjuk ke jalan yang benar, dan penuhkan hati kami dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap. Maka lapangkanlah hati kami dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu, suburkan hati kami dengan makrifatMu, dan matikan kami atas jalan jalan memperjuangkan agamaMu, sesungguhnya hanya kepadaMu lah kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~
P/S : untuk alamat lengkap dan peta rumah pengantin, sila rujuk blog bakal pengantin ini di www.afiq-aisyah.blogspot.com
P/S : untuk alamat lengkap dan peta rumah pengantin, sila rujuk blog bakal pengantin ini di www.afiq-aisyah.blogspot.com
0 Comments:
Post a Comment