Tuesday, September 29

Time Table Week 12 (28/09 - 02/10/2009)

Notis yang menarik untuk anda lihat

These are some photos important for you to know

1. Memo from admin office notice board

2. Notice that will be pasted by kak wan at class notice board
3. Another notice from kak wan





Monday, September 28

Draft for End Sem Examination 09/10

*****

Buat masa sekarang,
Nilah jadual final exam kita
Sape yg nak bagi cadangan, pertanyaan or sumbangan
Sila buat sebelum esok
Nak hantar dah kat Kak Wan esok ni (29 Sept 2009)






*****

Wednesday, September 23

Selamat Hari Raya


Selamat Hari Raya...Pergilah Gelita...Hadirlah Cahaya

Friday, September 18

Teruskan Perjuangan !

Alhamdulillah di atas rahmat-Nya mengizinkan nyawa-nyawa kita berterusan hingga ke penghujung Ramadhan. Selawat serta salam buat insan yang amat mencintai Ramadhan ketika hayatnya. Dialah Muhammad Rasulullah saw dirindui.

Teruskan perjuangan ! Perjuangan menentang syaitan dan (kejahatan) hawa nafsu bukan setakat di bulan Ramadhan. Bahkan, ujiannya bertimbun-timbun menanti umat manusia seiring dengan pemergian bulan yang diberkati ini, bulan yang dirindui oleh mukmin sejati (kitakah itu ?).

Meniti hari-hari di bumi Allah, sedarkah kita, teringatkah kita akan saat yang bakal ditempuhi ? Jangan kelam dibayangi dunia. Matlamat kita bukan sesingkat hayat dunia. Matlamat kita seharusnya berada di 'sana', di alam yang kekal abadi. Bersediakah untung dihitung dosa dan pahala ? Bersediakah berhadapan dengan Allah di mahkamah Qadhi Rabbul Jalil ? Gembirakah atau meratap pilu tatkala berada di alam sana ?

Persoalan-persoalan yang seharusnya ditanya dan dijawab dengan hati yang ikhlas. Kerana apa ? Kerana itulah ketentuan Tuhan kita. Hamba-hamba yang diberkati-Nya akan menjadi tetamu yang dimuliakan di akhirat kelak. Sementara itu, hamba-hamba yang derhaka dan ingkar, bakal menghadapi hari-hari sukar di Padang Mahsyar.

Tolong sayangi diri mu, tolong sayangi keluarga mu ! Hidup ini amat singkat. Dulu, kita di buaian. Kini, kita melangkah sejauh mampunya kaki bergerak. Nanti, kita akan lemah diasak usia tua. Kemudian, hilanglah hari-hari kita di dunia ini. Terbuka hijab untuk seorang hamba serta berkenalan dengan alam ghaib secara jelas. Mampukah mengubah nasib di saat itu jika selama ini hanya lalai dan lagha menemani jalan hidup ? Gembira di dunia, gembirakah jua di akhirat ?

Hidup ini amat singkat.. Oleh itu, hiduplah mengikut kehendak-Nya agar gembira di dunia berterusan kepada kegembiraan di alam sana.

Justeru itu, aku memohon maaf dengan sebenarnya atas salah silap ku terhadap sahabat-sahabat ku (sengaja atau tidak). Moga api amarah dan dendam antara kita semua dipadamkan di hujung Ramadhan ini. Moga kita terlepas dari menjadi hamba yang tak diampunkan dosanya tatkala Ramadhan menebarkan sayap rahmat dan ampunan dari Allah.

# sekian, taqabbalallahu minna wa minkum. moga sahabat-sahabat ku dan diri ini termasuk di kalangan hamba-Nya yang diampunkan (termasuk ibu bapa umat Islam dan pejuang kita di bumi Palestin). moga saat-saat selepas ini diisi dengan teguhnya pegangan pada tali Allah, bukan lemah diheret dan ditunggang syaitan ('aduwwum mubin) !

Monday, September 14

Mencari Ampunan Allah

Subhanallah. Maha Suci Tuhan yang Maha Pengampun. Rahmat dan kasih-Nya membuka ruang dan peluang buat kita terus berada di bawah rimbun teduhan Ramadhan. Selawat serta salam buat Rasulullah saw, pemimpin terulung umat ini.

Hari ini, 24 Ramadhan menjengah... Menjadi salah satu saksi yang bakal menceritakan perihal hidup hamba-hamba Allah di akhirat nanti. Peluangnya masih ada.

Kenangilah dosa-dosa dan kesalahan silam dengan hati yang penuh penyesalan, dengan hati yang mengharap rahmat dan ampunan Allah. Nasib kita di Hari Kebangkitan masih pudar, belum jelas hitam putihnya, belum tahu syurga atau neraka, belum tahu derita atau bahagia. Oleh itu, peluang masih terbuka. Beruntunglah sesiapa yang memanfaatkan kedatangan Ramadhan. Beruntunglah sesiapa yang menghidupkan malam-malamnya dengan kerendahan hati, dengan permohonan ampun, dengan rasa kehambaan beserta hiba dalam sujud tahajjud memohon ampunan dan kasih-Nya.

Dalam hari yang kian berlalu, Ramadhan yang kian beransur, gunakanlah ruang waktu yang ada. Di saat pintu keampunan dibuka, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, beruntunglah insan-insan yang menjadikan Ramadhan ini sebagai "turning point" dari hamba yang lalai kepada hamba yang sedar. Bukan setakat di bulan ini, bahkan berterusan mengubah dan mengkritik diri agar di alam sana nanti, kita mampu tersenyum indah.

Amatlah rugi bagi mereka yang gagal mendapat ampunan Allah tatkala Ramadhan singgah melawat kita. Alangkah ruginya menjadi hamba yang melupakan Tuannya (Tuhan).

# carilah rahmat, hindarilah laknat ! moga langkah dan usaha mu diiringi reda-Nya. Islam dihayati, hidup mu diberkati !

# manfaatkan saat-saat akhir ini ! kupohonkan keampunan untuk diri ku, untuk ibu bapa ku, sahabat-sahabat ku, untuk ibu bapa umat Islam dan pejuang-pejuang kita di bumi Palestin...

# maafkan salah silap ku, sengaja atau tidak... izinkan aku mendapat keampunan-Nya (dengan terhapusnya dosa sesama manusia terlebih dahulu).

Sunday, September 13

Rindukah ?

Alhamdulillah di atas segala rahmat-Nya. Dia mengurangkan kesulitan kita dalam meniti hari-hari terakhir Ramadhan. Selawat serta salam buat Rasulullah saw yang dirindui.

Terkadangnya, kita terkenang akan seseorang. Tambah-tambah lagi di saat Ramadhan kian pergi. Menanggung beban rindu ingin bertemu dengannya. Selama ini, namanya disebut-sebut, namanya disebarkan, namun belum pernah kita menatap wajahnya. Tidakkah suatu perasaan rindu yang mendalam menyelubungi diri ?

Selawat serta salam buat mu wahai rasul. Sedihnya diri ini melihat kelemahan yang berterusan, meniti hari bersama seribu kesilapan, seribu kelalaian. Bagaimanakah nanti di Hari Kebangkitan ? Bertemukah kita dalam rahmat ? Atau aku terpinggir jauh dari mu saat itu (wal iyazubillah) ?

# monolog hati untuk difikirkan !
# kehidupan dunia banyak melalaikan insan ! sedar dan sedarlah kita akan diadili di Padang Mahsyar kelak. Sebelum menangis dan meratap di alam sana, amatlah beruntung bagi sesiapa yang mampu meratap di bumi ini (menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah).

Friday, September 11

Iftar MerDeka 090909

Peace be upOn yOu~..

Merdeka?? sejak bile plak malaysia merdeka 9 september ni??

Noo laa..this date is ecly MERDEKAnye student pmcy dr Mid semester exam kami..
merdeka yg sementara..

Alhamduillah.SemOga semua dpt menjawab dgn jayany..
Usaha sudah..Doa pOn sudah..Tawakal je lah yg tinggal sekarang...
hOpe we can 'Wow our lecturers' :)
Ameen~

Di kesempatan ini..
kami same2 picnic utk iftar kt Padang kt masjid negeri..
this is the very last time utk kite same2 berkumpul sesame sister batch kite utk eratkan sisterhOod kite..utk iftar same2..

thanks utk mereka yg turun 'padang'..
sayang kOrg~♥

Okey..layan gmbr ah..jOm!!

Thursday, September 10

Iftar Batch 11/9/09

Iftar Batch 11/09/09 ( Friday )

Venue : SARATHAI WAN TOMYAM
Time : 6.30 pm - 8.00 pm
Menu :

1. Nasi Putih
2. Ikan Siakap 3 Rasa
3. Kailan ikan masin
4. Tomyam campur
5. Udang Goreng Tepung
6. Ayam Gajus
7. Padprik Campur
8. Jus Oren

( 5 person per table)

Fees : RM 5 /person

Jadual Kelas Sebelum Raya

Friday

8am (Sr. Shahiera Farhanah)

9am (Dr. Farahidah)

10.30am (Dr. Mohamad Awang)

11.30am (Sr. Nurul Ain)

12.30pm (PBL) sebentar

2.30pm (Dr. Helal)


Monday

8.00am (Bro. Qais)
10.30am (Bro. Azman) Nutrition

Wednesday, September 9

Iftar Batch


Assalamualaikum semua

Insya Allah akan diadakan Iftar Batch

Hari : Jumaat
Lokasi: Wan Tomyam Sara Thai dekat Merdeka Square
Masa: 645pm-800pm

Menu:

Nasi Putih
Ikan Siakap
Tomyam Campur
Kailan Ikan Masin
Udang Goreng Tepung
Jus Oren

(5 orang makan)

Harga:

Tolong confirmkan kehadiran sebelum pukul 5pm hari ini! Sebarkan!

p/s: Sesiapa mahu sponsor wang, boleh beri kepada Muzani.

PIC: Ezzad Ashraff (013-9902006)

Tuesday, September 8

Clinical Nutrition 2.00 pm

Assalamualaikum

Clinical Nutrition Essay will be held at 2 pm today not 230pm.

I have confirmed that with Kulliyyah office.

Please spread this word.

Thank you.

Happy fasting!
 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009