Friday, March 27

Mahallah dan Kita

Assalamualaikum kawan-kawan yang dirahmati Allah.

Sayugia ingin saya sampaikan berita baik kepada sahabat-sahabat brothers sekalian. SRC telah mendapat jaminan daripada Bro Danial, Assistant Director Office of Campus Director IIUM Kuantan megenai status mahallah pelajar tahun akhir UIAM Kuantan. Diberitakan bahawa semua pelajar tahun akhir dijamin tempat untuk tinggal di Mahallah Talhah 1. Namun begitu, seandainya bilik tidak mencukupi, sebahagian daripada pelajar tahun akhir bakal ditempatkan di beberapa buah rumah bersebelahan IIUM Guest House yang disewa UIAM.

Jadi, cadangan saya kepada pelajar LOC, silalah menulis surat untuk permohonan masuk ke mahallah dengan segera jikalau berminat. Diharap juga IPhA akan mengambil langkah-langkah yang efisien untuk membantu brothers kita untuk mendapat tempat di dalam mahallah. Sebarang keraguan, silalah merujuk kepada SRC . Sekian.

2 Comments:

Salahuddin Harith on March 27, 2009 at 10:18 AM said...

Betul ke ni...dah putus harapan kat admin UIA...jangan tanam tebu je selalu

rijalnaif on March 27, 2009 at 3:04 PM said...

maklumat terbaru... SRC akan meeting sekali lagi tentang isu ni dengan admin, Jumaat 27 Mac 2009. Jadi, sila ikuti oerkembangan selanjutnya..

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009