Friday, March 27

Tahniah

Allahu Akbar. Semua makhluk berada di bawah kekuasaan-Nya. Tiada kudrat, tiada upaya melainkan dengan izin-Nya. Selawat serta salam buat Rasulullah SAW, contoh teladan sepanjang zaman.

Alhamdulillah. Kita bersyukur kerana Unit Informasi Batch Ke-5 sudi menyediakan laman buat kita untuk berkongsi sedikit maklumat. Tahniah diucapkan atas usaha yang proaktif ini. Walaupun jangka masa kerja bermula semester depan, namun unit ini dah berjaya memulakan langkah awal dalam gerak kerja mereka.

Fortified Fraternity... Membawa maksud persaudaraan yang mantap lagi kukuh. Saya berharap agar ukhuwwah di kalangan kita umumnya umat Islam dan khususnya batch kita, semakin hari semakin erat. Semoga semuanya ikhlas dalam bersahabat, bertolong bantu, bertukar fikiran dan lain-lain lagi.

Ucapan mula ini tidak terhad kepada tajuk tertentu, jadi saya mahu mengambil kesempatan yang ada ni untuk mengucapkan selamat menghadapi final exam, bit taufiq wan najah. Nampaknya, kita terpaksa memberi peluang untuk laluan final exam. Jadi, sedikit aktiviti kita mungkin akan ditangguh dahulu. (Kelab bola batch kita terpaksa mencari satu tarikh perlawanan akhir sebelum bermulanya final exam. Di sana kita akan berentap habis-habisan dan harapnya bos kita, Muzani sudilah merakam gambar dan video sebelum kita berpisah dengan Padang IM 2 yang dah banyak berbudi mengeratkan hubungan kita, membantu riadah kita).

Sekian sahaja buat detik ini, wassalam...

6 Comments:

Anonymous said...

aah lupe plak,klu da masuk dlm uia sem depan,confirm x main bola lg da kt padang IM tu..teringat plak gol2 cantik yg aku pernah skor spjg aku main kt padang tu..huhu..

Anonymous said...

aah lupe plak,klu da masuk dlm uia sem depan,confirm x main bola lg da kt padang IM tu..teringat plak gol2 cantik yg aku pernah skor spjg aku main kt padang tu..huhu..

Salahuddin Harith on March 27, 2009 at 9:38 PM said...

dah kat UIA dalam nanti, boleh turun main bola padang, kurang orang main...4th year rules

Shahmin Hasan on March 27, 2009 at 9:57 PM said...

betul2, trezeguet and nisolah anelka.. nanti kita main kat padang uia. masa tu dah 4th year.. tak pe, kapten kelab bola ade di sini.ape2 hal, bagitau kapten ek.. hehe..

Anonymous said...

tp aku x sure aku bleh skor ke x gol2 cantik mcm slalu main kt padang IM tu lg..

Shahmin Hasan on March 29, 2009 at 11:43 AM said...

haha takleh masuk dalam uia. jadi lah padang IM 2 tu tempat berentap buat setahun lagi zaman student...mana boleh tak sure, ko kan top striker. tambah2 dibantu oleh johan, midfielder yang berjaya.. haha

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009