Thursday, March 26

Secangkir Madah Tradisi Ukhuwwah

Salam ukhuwwah buat sahabat-sahabat, teman-teman seperjuangan semoga berada dalam lindungan Allah dalam menelusuri hidup di atas bumi Al Kholiq yang dipinjamkan buat sementara ini.

Madah ini diukir sebagai pembuka bicara laman blog yang bakal menjadi penyambung ukhuwwah kita, batch ke-5 Kulliyyah Farmasi UIAM. Setelah melayari perjalanan penuh mehnah dan tribulasi selama 3 tahun, kini batch kita dengan bangganya mengorak langkah dengan terciptanya blog yang bakal menjadi medan perkongsian ilmu dan pengetahuan.

Blog ini di bawah pengurusan Biro Informasi batch dengan penulis-penulisnya terdiri daripada setiap wakil daripada setiap biro. Diharapkan blog ini akan menjadi wahana perbincangan ilmiah dan dapat menyemarakkan lagi semangat kesarjanaan ilmu.

Sekalung penghargaan buat kesemua yang secara langsung dan tidak langsung bekerjasama dalam penghasilan blog ini. Terima kasih juga diucapkan kepada kesemua yang bakal menjadikan blog ini pilihan utama layaran maya anda.

~Admin~

4 Comments:

Anonymous said...

fortified fraternity tu ape? tak paham la..
- shahmin

SOLAHARIS on March 26, 2009 at 10:38 PM said...

Fortified tu equipped...fraternity tu kira brotherhood..so mursyid samin, fortified+fraternity=?

Ibnu Hasan on March 26, 2009 at 10:42 PM said...

oo.. maksudnya ukhuwwah yang mantap. kalau tak betul, betulkan.

aku on March 26, 2009 at 11:58 PM said...

baguslah ada blog batch ni..sekurang2nya dpt menyimpan kenangan2 berharga sesama kita..

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009