Ini merupakan Risalah DnT Ipha.. Moga-moga bermanfaat untuk semua.
Ilmu merupakan cahaya dan petunjuk bagi manusia. Ilmu mengangkat status seseorang ke peringkat yang lebih tinggi dalam hidup ini. Sebagai umat islam, menuntut ilmu adalah perkara yang wajib dan keberkatan dalam menuntut ilmu amatlah penting. Keberkatan ini berkait rapat dengan adab seorang penuntut itu dengan pengajarnya, dalam bahasa mudahnya guru atau cikgu di peringkat sekolah dan pensyarah di universiti. Jadi, bagaimana caranya mendapat keberkatan? Sebelum menjawab persoalan ini, pembaca haruslah tahu apakah maknanya orang berilmu?
Antara ciri-ciri orang yang berilmu ialah:
• semakin takut pada Allah swt
• semakin dekat pada Allah swt
• bertambah keyakinan iman
• merasakan keagungan Allah swt
Oleh itu, para pembaca yang dirahmati Allah sekalian, Untuk mendapat keberkatan ilmu, kita harus tahu adab-adab berilmu kerana disepakati para alim-ulama bahawa mengetahui adab2nya berilmu lebih penting dari ilmu itu sendiri.
Antara adab-adab Berilmu / Berguru :
1. Menunjukkan tanda penghormatan pada guru dengan pertuturan, percakapan dan bahasa
2. Bermuka manis dengan guru. Sabda Nabi SAW: "Senyuman itu suatu sadaqah"
3. Berikan perhatian penuh pada guru (dlm mempelajari ilmu yang diajarkan)
4. Datang awal, sambil menunggu guru
5. Beri salam & bersalaman (jika boleh)
6. Tanya guru dengan Adab (bkn dengan niat menyindir)
Sebagai contoh, anak-anak murid Ibnu Mas'ud sebagai tanda penghormatan berjalan dibelakangnya. Kerana sifat zuhud dan tawadhuknya Ibu Mas'ud, maka dinasihatinya mereka supaya jangan berjalan di depan atau dibelakangnya tetapi berjalanlah seiring dengannya (bersama-sama).
Allah swt pernah menggambarkan bagaimana adab penuntut ilmu di hadapan gurunya :-
قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِى فَلاَ تَسْأَلْنى عَن شَىءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْراً
Ertinya : Berkata Khidr (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya kepadamu " ( Al-Kahfi, 70)
Namun ini tidaklah bermakna, anda tidak boleh bertanya apa jua semasa guru mengajar, apa yang perlu adalah ‘minta izin' dan menunggu guru menamatkan percakapannya.
Adab-adab penuntut ini sangat ditekankan oleh ulama silam sehingga Imam Al-Ghazzali menyebut :-
ومهما أشار عليه المعلم بطريق في التعلم فليقلده وليدع رأيه فإن خطأ مرشده أنفع له من صوابه في نفسه
Ertinya : Apapun yang diterangkan oleh guru semasa pengajian maka hendaklah (penuntut) mengikutinya dan meninggalkan pandangan peribadinya, kerana kesilapan sang guru lebih bermanfaat dari apa yang mungkin benarnya apa yang datang dari dirinya (penuntut)" ( Ihya 'Ulumiddin, 1/50)
Tidak dinafikan kita boleh berhujjah, berdiskusi dan mengkritik pendapat Imam Al-Ghazzali di atas, namun ia dibuat dalam konteks penekanan keperluan menghormati guru, meyakini ilmunya dan adab-adab penuntut ilmu di hadapan guru.
Sebagai murid atau penuntut, jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat guru, anda boleh berbincang dengan guru secara tertutup, mengemukakan hujjah anda dalam bentuk yang beradab dan tenang serta menjaga air muka serta menghormati tarjihan sang guru.
Lihatlah contoh anak murid Imam Syafie Rabi yang berkata :-
وقال الربيع صاحب الشافعي رحمهما الله ما اجترأت أن أشرب الماء والشافعي ينظر إلي هيبة له
Ertinya : Berkata Rabi', murid dan rakan Syafie, aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Syafie sedang memandang ke arahku, merasakan kehebatannya" (Tibyan fi adab hamla al-quran, 1/25)
Malah penuntut ilmu Islam di zaman silam amat menghargai gurunya sehingga mereka sering berdoa: "Ya Allah, tutuplah aib guruku dari penglihatanku dan janganlah hilangkan berkat ilmunya dariku"
Kesimpulannya, berusahalah mencari guru yang dipercayai, doakan agar tidak terlihat aibnya, dan jangan mencari kelemahannya, ambil kebaikannya, diskusi dengannya dengan adab dan masuki majlisnya dengan hormat agar berkat ilmu mampu sampai dan memberikan manfaat di dunia dan akhirat.
Sekian
The bird's tale...
1 year ago
0 Comments:
Post a Comment