INI MERUPAKAN ARTIKEL YANG DI'COPYPASTE' DARIPADA E-RISALAH DNT IPHA. MOGA-MOGA BERMANFAAT, INSYA-ALLAH.
Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda; Sesungguhnya Allah berfirman, sesiapa yang memusuhi wali-Ku, Aku mengisytihar perang terhadapnya. Tiada amalan yang mendekatkan dirinya kepada-Ku yang lebih Aku sukai daripada amalan yang Aku fardukan. Hamba-Ku yang mendekatkan diri kepada-Ku dengan sentiasa melakukan amalan sunat Aku akan mengasihinya. Apabila Aku mengasihinya, pendengarannya, penglihatan-nya, tangannya yang digunakan untuk memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan, semuanya berdasarkan keredaan dan kawalan-Ku. Jika dia meminta kepada-Ku, Aku akan memperkenankannya dan jika dia memohon perlindungan-Ku, Aku akan melindunginya. (Hadis Riwayat Bukhari)
Bagaimanakah kita hendak mendapat cinta Allah iaitu cinta hakiki?
“Hamba-Ku yang mendekatkan diri kepada-Ku dengan sentiasa melakukan amalan sunat Aku akan mengasihinya “
Itulah jawapannya.
Terdapat pelbagai amalan-amalan sunat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
· sSolat sunat seperti solat Dhuha, rawatib, tahajjud, awwabin, tahiyyatul masjid, hajat, taubat, tasbih, witir;
-Umm Habeeba berkata: "Aku mendengar Rasulullah saw mengatakan ‘Tidak ada hamba Muslim yang menunaikan solat sunat (rawatib) dua belas rakaat kepada Allah setiap hari, kecuali Allah membangunkan untuknya sebuah rumah di dalam Syurga ' "[Muslim: 835] Tersebut adalah: dua rakaat sebelum solat fajar (subuh); empat rakaa sebelum solat zuhur dan dua rakaat setelahnya; dua rakaat selepas solat maghrib dan dua rakaat selepas solat isya’.
-Diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa Nabi saw bersabda, "Zikir setiap pagi adalah sedekah untuk setiap satu sendi manusia: setiap tasbih adalah sedekah; setiap tahmid adalah sedekah; setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah; setiap tindakan mengajak kepada yang makruf adalah sedekah dan melarang perkara mungkar ialah sedekah; dan melakukan dua rakaat solat sunat Dhuha mencukupi untuk semua itu. "[Muslim: 1671]
-Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw ditanya apakah solat paling baik selepas solat wajib 5 waktu. Rasulullah saw menjawab: "Solat terbaik selepas solat wajib 5 waktu adalah solat di tengah malam (Qiyamullail)." [Muslim: 2756]
· Puasa sunat seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis,puasa enam hari di bulan Syawal, puasa hari Arafah, puasa hari Asyura (10 Muharam), Puasa bulan Syaaban dan puasa tengah bulan iaitu pada 13,14,15 setiap bulan qamaria (tahun Hijrah);
-Diriwayatkan oleh Abu Ayub Al-Ansari bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, menyamai dengan berpuasa selama dia hidup” [Bukhari: 2758]
-Abu Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda: "Puasa pada hari Arafah adalah kafarah(pengampunan dosa) selama dua tahun; tahun sebelumnya dan tahun selepas itu."[Muslim: 3.746]
· membaca Al-Quran;
-Riwayat Abu Amaama al-Baahileewho: Aku mendengar Rasulullah saw berkata: "Bacalah al-Quran, kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada sesiapa yang sering membacanya." [Muslim: 1874]
· berzikir;
-Riwayat 'Aishah: Rasulullah akan mengingati Allah setiap saat. [Muslim: 826]
· berdoa;
· berakikah dan berkorban.
-Dari 'Aishah ra: Rasulullah memerintahkan kami untuk mengorbankan seekor biri-biri untuk bayi perempuan dan dua ekor kambing untuk bayi laki-laki." [ ahmad: 25.764]
Amalan sunat dari aspek hubungan sesama manusia, antaranya ialah:
· memberi senyuman;
-Riwayat Abu Dzar: Rasulullah saw berkata kepadaku: "Jangan meremehkan apa pun perbuatan yang baik walaupun sekadar memberi senyuman apabila bertemu saudaramu." [Muslim 6690]
· nasihat-menasihati;
· ziarah-menziarahi;
-Riwayat Abu Hurairah: bahawa Nabi saw bersabda: "Seorang lelaki mengunjungi saudaranya di bandar lain dan Allah memerintahkan seorang malaikat untuk menjaganya dalam perjalanan. Ketika ia datang kepadanya, malaikat berkata, 'Kamu mahu ke mana? Dia berkata, "Aku mahu menziarahi seorang saudaraku di bandar ini." Malaikat bertanya lagi, 'Adakah kamu mempunyai sebarang urusan dengannya? Dia berkata, 'Tidak, ia adalah hanya kerana aku mengasihinya demi Allah Yang Maha Berkuasa. Lalu malaikat berkata, 'Aku adalah utusan Allah kepadamu untuk memberitahu kepadamu bahawa Allah mengasihimu sebagaimana kamu mengasihi saudaramu kerana Allah.' "[Muslim6549]
Antara kelebihan2 orang yang melakukan ibadat nawafil (sunat) ialah dikasihi dan disayangi oleh Allah dan rasul, kehidupan akan diberkati oleh Allah,segala anggotanya dipelihara oleh Allah daripada melakukan perkara maksiat, doanya dimakbulkan, dapat mengecapi kenikmatan beribadat dan segala kekurangan amalan fardunya akan ditampung dengan ibadat nawafilnya.
0 Comments:
Post a Comment