Wednesday, April 1

Kelab Bola Sepak Batch


Alhamdulillah. Pujian kepada-Nya terus dan sentiasa menjadi keutamaan bagi kita. Selawat serta salam buat Rasul junjungan, pembawa rahmat ke segenap alam. Dialah Muhammad bin Abdullah SAW... (wa ma arsalna ka illa rahmatal lil alamin).

Hari ni, walaupun dikalutkan oleh preparation untuk final exam, namun aku tetap nak berkongsi cerita kita di blog ni. Bukan cerita Sang Kancil atau Pak Pandir, tapi cerita pasal Kelab Bola Sepak Kita.

Alhamdulillah... ianya bermula dari semester 4 (2nd year 2nd sem), kita masih lagi mampu mengekalkan keutuhan kelab yang tiada penaja ni..haha. Mengimbas balik zaman di Padang UIA. Di sana, team kita bermula dari bawah. Mengutip sedikit pemain tegar seperti Judin, Syafiq, Hong, Latpi dan Shahmin, akhirnya membawa kepada penglibatan yang lain seperti Johan, Gunjai, Acap, Solah dan seterusnya.

Sekarang, aku nak buat report pasal perkembangan sepanjang semester ni (sem 6). Nampaknya, penglibatan menyeluruh dari pemain kita amat membanggakan. Hanya 7 orang sahaja yang tak pernah menjengukkan diri di Padang IM 2 pada sem ni. Semua brothers yang lain berjaya menyumbang tenaga meneruskan half life team kita.

Semalam ialah last game for this sem. Keputusan 5-2 memihak kepada team berjersi yang terdiri daripada Muzani, Syafiq, Wadi, Hanis, Syahrir dan Shahmin. Sementara team lawan dibentuk oleh gandingan Johan, Judin, Latpi, Acap, dan Gunjai. 2 gol dari Wadi, 1 masing-masing dari Hanis, Syahrir dan Shahmin mampu menewaskan team lawan. (Biasa la tu, adat perlawanan). Tahniah buat Presiden atas permainan yang begitu hebat semalam! (demo jadi playmaker team kawe).

Kelab ni ternyata berjaya meningkatkan tahap permainan kita. Satu emas dalam futsal semasa perlawanan interbatch (sem ni) serta memenangi perlawanan akhir bola sepak (semester lepas) antara batch merupakan mercu tanda yang akan dikenang. Membenam fourth year 4-0 merupakan detik-detik gemilang. Gol penalti dari Latpi, satu voli menarik dari Piran dan 2 gol dari Shahmin memastikan kejayaan tempat pertama. Wow, a really fantastic match.

Last sekali, jutaan penghargaan buat setiap ahli batch atas sokongan anda berada di belakang Kapten Kelab Bola Sepak kita.. Teruskan sokongan anda semasa kita di final year kelak. Moga detik-detik manis akan dikenang jua. Satu permainan yang mampu mengeratkan lagi persahabatan kita, mengurangkan tension stadi dan mencemaskan lemak yang kian bermaharajalela di perut. Tak lupa juga, turut menambah pengalaman dan meningkatkan skill bola team kita. Overall, a wonderful team with a great friendship. Thanks so much for your kind support...

Statistik semester ni (setakat setengah sem je):

Scorers:

Solah (27)
Shahmin (22)
Hong (11)
Judin (8)
Syafiq (7)
Johan (6)
Acap (5)
Gunjai (5)
Latpi (4)
Ali (3)
Khairul (2)
Muzani (2)
Raja (2)
Hanis (1)

Dekat akhir-akhir sem ni baru ada penglibatan Azwin, Ejad dan Wadi... Thanks for all. Komen dan dedikasi anda semua amat dialu-alukan. Kapten bola sedia menerima kritikan dan teguran serta cadangan bagi mengembangkan lagi pencapaian kelab kita.

Strive for exam, strive for hereafter, strive for world. Manfaatkan kehidupan dunia yang sementara untuk mengutip benih kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi.

p/s: nak tengok lebih gambar sila click kat link Rx5 Memoirs kat side bar

7 Comments:

Salahuddin Harith on April 1, 2009 at 2:40 PM said...

Memang best main bola sama-sama batch ni...maafla semalam tak turun, kaki masih injurt, report tak siap lagi.

Kira latihan setiap petang berbaloi menjadikan futsal team 3rd year tersohor kat UIAM ni..sampai no.4 kat UIA kira among the best tu. tu pun siap ada pemain kasut kena curi penyangak mana entah.

Insya Allah sem depan kita boleh main sama-sama lagi..

hananhm on April 1, 2009 at 8:38 PM said...

wahhh..semakin mantap brotherhood kOrg ni ye..

badan sihat otak cergas..hee

shahmin..cpt2 upload gmbr..:)

Shahmin Hasan on April 2, 2009 at 9:22 AM said...

ho upload doh gambar. tapi, solah yang upload. jadi, tiada unsur bias ye dalam gambar di atas..hehe.
sem depan kita try buat friendly match dgn lecturers.. futsal pun boleh gak!

rijalnaif on April 2, 2009 at 10:09 AM said...

Alhamdulillah.. kapten berjaya menukarkan kesetiaan aku kepada badmiton untuk turun menjejakkan kaki ke padang berebut benda bulat yang satu itu..haha... Min, jumlah gol kawe x wat masuk??haha...lebih sepuluh doh tu..hehe.

aku on April 3, 2009 at 11:21 PM said...

min..bilo pulok mu catit gol tu?..x ghoyak pung..kalo ghoyak baru aku main sungguh sumbat byk sket..haha...

hanis said...

min, nape gol aku sket? ke gol2 yg cantek saje msk dlm list? rasenye, las 2 game aku ade 5 gol.. mgkin tak kira kot yg gol trashing tuh (9-1)

Shahmin Hasan on April 7, 2009 at 9:35 AM said...

maaf banyok la.. sbenanya gol2 tu aku rekod untuk awal2 sem jah... sebab tu ejad n hanis skor sikit jah.. sepatutnya banyok lagi... sapo top skorer last skali? haha yang penting bukan solah..

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009