Setelah mengharungi 3 paper dlm final exam ni...
Kenapa perlu bersedih?
1. Sebab tak dapat jawab esei dgn bagus
2. Dah baca byk tapi tak keluar pun soalan tu
3. Tak sempat nak study; sbb tu tak dpt jawab
4. Tak cukup masa nak jawab semua soalan
5. Baru perasan sekarang tersilap tulis jawapan
Sedangkan...
1. Exam je pun bukan apa
2. Utk assess sejauh mana faham dlm kelas
3. Dan tak sure lagi cmne cara lecturer tanda kertas kita
4. Tak sure gak klu tak score tak bole grad ke
5. Even klu score pun tak tau bole apply ke tak
Jadi, kenapa bersedih?
1. Org bersedih sbb mengenangkan dosa yg dilakukan
2. Berlalunya masa tanpa ada pembaikan
3. Kurangnya mutaba'ah harian sbg bekal
4. Disebabkan exam yg mengganggu jadual
5. Para ibu palestin menangisi akan berkurangnya anak utk dijadikan tentera Allah lagi...
So, Limaza Tahzan? Fikirlah sendiri...
The bird's tale...
1 year ago
10 Comments:
betul betul betul
exam akhirat tu lagi payah, banyak pancaroba...
nak buat baik dan jahat ni mudah sangat...vote for akhirat!
namun, biarlah buat sesuatu dengan sebaik mungkin...usaha sudah, jawab pun sudah...tawakal...jika ditakdirkan tidak seberapa cemerlang firstly say 'alhamdulillah' Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Ingat juga, cemerlang atau cemerkap dua-dua adalah ujian Allah.
kdg2 kite slalu letak dlm hati n fikiran kite yg exam tu hnye perkara duniawi.
x perlu nk bersedih klu x seberape nk berjaya sbb kte tau kejayaan hamba Allah bukan dilihat pd pOinter exam je..
tp knape kite slalu je dibelenggu ngn EXAM ni?? mrase diri rendah bile kte x scOre dlm exam??
smOga Allah perbetulkan niat kite dlm menimba ilmu nie..
mestilah bersedih... dan kena bersedih andai kita tidak berusaha bersungguh2, andai kita tidak belajar daripada kesilapan, andai kita melakukan sesuatu ibarat melepaskan batuk di tangga, andai kita mengharapkan sesuatu tetapi kurang berusaha, dan kita bersedih kerana KESILAPAN yang kita lakukan.... Fikir-fikirkan!
-Dulunya RIJALNAIF-
kepuasan itu terletak pada usaha, bukan pencapaian. usaha sempurna adalah kejayaan sempurna
...lagipun, tiada usaha yg sia-sia. cuma mungkin kejayaan yg lewat tiba
kita hypocrite. kita kata konon-kononnya kita tak kisah sgt pasal result. tapi most of us judge orang based on result. kita seringkali katakita tak kisah kita score atau tak score.(dari segi luaran). tapi jauh dalam sudut hati kita.kita sangat kisah sebenarnya sebab kita nak tunjuk kita tak malas dan kuat study dan leh score. apa yang sebenarnya yang kita betul-betul inginkan??kita semua hanyalah manusia yang bertopengkan wajah idealistic.
kpd anonymous. tak faham sangat statement kita hipokrit, tak kisah sangat tentang pointer, sebenarnya kita kisah.
Pada pandangan saya, memang mentaliti kebanyakan orang begitu. Bila anak dapat straight A tu bagus, pandai cemerlang. Satu kampung heboh. Jadi topik perbualan seharian. Daripada kecil sampai besar kita disogokkan dengan apa yang tertera dengan apa yang di atas kertas. Malah ibu bapa sekarang, sanggup membelanjakan banyak wang menghantar anak-anak ke pusat-pusat tuisyen. Sedangkan intelligent tu banyak cabang. Development of association centre untuk setiap manusia berlainan.
Sekarang di Kulliyyah of Pharmacy. Most of us saya rasa tak kisah sangat pasal pointer. Jarang orang tanya antara satu sama lain berapa pointer? Kebanyakannya berperang antara lulus @ gagal. Berapa ramai yang pernah fail walaupun sekali? Berapa ramai yang dapat A- untuk subjek-subjek sukar contoh macam PK?Nak kata nak score tak berasas. Pointer atas 3.5 sebelah tangan pun tak sampai nak kira bilangannya satu batch.
Moga-moga kita belajar sedikit sebanyak dengan method dr. Razak...belajar untuk menghadapi dunia sebenar sebagai seorang ahli farmasi lagi setahun. InsyaAllah
apa maksud limaza tahzan?? limaza kenapa ek??? nape ada hipokrit segala tetiba nie..huhuhu...mcm2 budak 3rd year nie ye..sekali ngan aku pun jadi mcm2
Alhamdulillah, semua org berani memberikan fikrah masing2 tentang "Limaza Tahzan?" or "Untuk apa bersedih?"
Komen takde yg betul atau salah, masing2 dgn pendapat tersendiri...
SOLAHARIS betul, skg masa untuk bertawakal kepada exam yg dah lepas, usaha lagi untuk yg akan datang...
aNeA_hAyATi betul, perlu untuk membtulkan balik niat dlm menimba ilmu.
Rijalnaif pun betul, bersedih untuk dosa dan KESILAPAN yg lalu sebab tak menjaga masa study dgn betul.
Mar betul, kejayaan terletak kepada usaha dan kejayaan tu luas maknanya.
Anonymous yg hypocrite betul, sebab dia maksudkan "KITA" tu sebenarnya "SAYA" sebab org lain tak bole baca isi hati org lain. Hanya diri sendiri je tau...
Kecuali Rasulullah (S.A.W) yg diberi kebolehan untuk menilai org tu munafik atau tak...
Anonymous yg last pun betul gak sebab lain manusia lain ragamnya...
So, teruskan memberi pendapat!!!
Result tu memang penting tetapi cara kita mendapatkan result tu lagi penting. Dr Razak cakap fokus pada 'process'. Bila kena pada tempat, cara dan orangnya, insya Allah dapat la tu kejayaan dalam apa2 bentuk sekalipun. Penat memang penat. Bukan senang nak senang. Apa yang kita dapat, syukurlah selayaknya. Kejayaan tu luas maknanya.
Betul2 belajar untuk bekerja nanti. heheh. At least pun jangan lupa semua =P
Post a Comment