Assalamualaikum. Tiada coretan panjang untuk ditulis di sini. Sekadar sedikit sokongan bagi perjuangan yang tak akan berakhir, kecuali tamatnya nyawa di badan.
1. Bersemangat dan terus berjuang. Sama-samalah kita merenung motivasi dari Pencipta kita sebagaimana berikut:
"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah BEKERJA KERAS (untuk urusan yang lain)." (Surah Al-Insyirah, surah ke-94, ayat 7)
2. Sediakan bekalan untuk perjalanan yang jauh. Nak balik kampung pun kena kemaskan barang, inikan pula nak 'pulang' ke negeri akhirat.
"Hendaklah kamu berada (hidup) di dunia seolah-olah kamu seorang perantau atau orang dalam perjalanan jauh." (HR Al-Bukhari)
3. Terus berjuang wahai orang muda kerana kudrat mu di tahap kemuncak. Sebelum usia tua menjengah bersama seribu kelemahan dan kesusahan. Sedikit iktibar dari mereka yang telah berjaya seperti Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Abbas dan Ali bin Abi Talib radhiallahu 'anhum:
"Kunnaa naghzuu ma'an nabiyyi (SAW) wa nahnu SYABAABUN."
Maksudnya:
"Adalah kami (keluar) berperang bersama Nabi saw (di mana di kala) itu kami adalah (golongan) PEMUDA." (HR. Ahmad)
4. Kehidupan yang amat sukar bagi golongan yang ingkar.
"Maka pada hari ini di sini tidak ada seorang teman pun baginya. Dan tidak ada makanan (baginya) kecuali dari DARAH dan NANAH. Tidak ada yang memakannya kecuali ORANG-ORANG YANG BERDOSA." (Surah Al-Haaqqah, 69, ayat 35-37)
5. Berusaha menjaga tutur kata, bijak dalam menyatakan pandangan, bukan dengan kata-kata keji dan kesat dalam mengkritik.
"Amlik 'alaika lisaanak."
Maksudnya:
"Jagalah lidah mu."
"... berfikirlah dengan cermat sebelum hendak mengeluarkan sesuatu kata atau ucapan agar tidak menyesal berpanjangan. (Abdullah Al-Qari, ms 33)
# Moga-moga petikan di atas menjadi iktibar buat diri ku sendiri yang masih banyak salah silap, buat sahabat-sahabat sekalian, buat mereka yang mahu berfikir. Ayuh usahakan perubahan. Tanpa langkah pertama, tiadalah langkah kedua.
Rujukan: Abdullah Al-Qari b. Haji Salleh, 187 Pepatah Sabda Nabi SAW Panduan Utama Siswa-siswi Islam, 2007. Al-Hidayah Publications.
Hadis-hadis yang dijelaskan oleh penulis merupakan hadis Sahih atau Hasan yang mana kedua-dua hadis ini dapat diterima untuk menjadi hukum dan panduan hidup. Sekian.
The bird's tale...
1 year ago
0 Comments:
Post a Comment