Assalamualaikum buat semua. Berbahagialah insan yang terus-menerus istiqamah di jalan-Nya. Berbahagia di dunia dan berbahagia yang amat sangat di saat menjadi tetamu yang dimuliakan di Padang Mahsyar.
Pertarungan itu... merupakan suatu pertarungan yang berterusan. Selagi hayat dikandung badan, langkah-langkah menuju rahmat dan ketaatan kepada Allah terus-menerus mendapat tentangan dari gandingan musuh yang berupa syaitan, yahudi, golongan kuffar dan sebagainya. Oleh itu, jika kita tertewas seketika, bukan bererti tewas untuk selamanya. Bangkit dan kembalilah dengan menggoncangkan gandingan syaitan. Tewaskan mereka dengan ketaatan kepada Pemilik Langit dan Bumi. Biarkan mereka menderita di jurang neraka, jangan kita cuba menumpang langkah mereka.
"Amalan yang paling dikasihi Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan sekalipun sedikit." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Aku menyeru diriku dan sahabat-sahabatku agar sentiasa berusaha dan berjuang untuk istiqamah di jalan kebenaran. Bukan aku yang menjanjikan kebaikan dan pahala, tetapi Allah yang menjanjikannya.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." (Surah As-Saff, 61: Ayat 4).
Di antara langkah awal dan penting untuk mengembalikan kekuatan kita ialah dengan istiqamah memenuhkan saf-saf di masjid. Di kala ini, kebiasaannya hanya 2 atau 3 saf masjid dipenuhkan, lagi sedih kalau waktu subuh menjelma. Hanya segelintir yang menghadirinya sehinggakan untuk memenuhkan saf pertama pun amat sukar.
"Pernah, salah seorang penguasa Yahudi, menyatakan bahawa mereka tidak takut kepada orang Islam kecuali pada satu hal. Ialah bila jumlah jemaah solat Subuh mencapai jumlah jemaah solat Jumaat." (Petikan dari Keajaiban Solat Subuh, ms 147).
Sekali lagi, aku menyeru diriku yang sentiasa lalai dan sahabat-sahabat ku agar cuba sedaya upaya melengkapkan kitaran jemaah 5 waktu sehari semalam. Jangan kita hanya lena dibuai mimpi tatkala umat Islam yang teguh imannya memenuhkan saf-saf di masjid tatkala waktu Subuh menjelma. Jangan kita leka berehat setelah penat bersukan sehingga dengan mudahnya membiarkan terlepas jemaah di waktu Maghrib. Nak tidur, tidurlah, nak main, mainlah, tapi sama-samalah kita berjuang agar tidak terlepas sesuatu yang amat penting dan mustahak, iaitulah kewajipan terhadap Pencipta kita.
Motivasikan diri mu dengan janji Allah: Dari surah Al-Furqan, 25: ayat 22-26
22 - (ingatlah) pada hari (ketika) mereka melihat para malaikat, pada hari itu tidak ada khabar gembira bagi orang-orang yang berdosa dan mereka berkata, 'Hijran mahjuura'.
23 - Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.
24 - Penghuni-penghuni syurga pada hari itu paling baik tempat tinggalnya dan paling indah tempat istirehatnya.
25 - Dan (ingatlah) pada hari (ketika) langit pecah mengeluarkan kabut putih dan para malaikat diturunkan (secara) bergelombang.
26 - Kerajaan yang hak pada hari itu adalah milik Tuhan Yang Maha Pengasih. Dan itulah hari yang sulit bagi orang-orang kafir.
# "Iza sami'tan nadaa', fa ajib daa'iyallah." maksudnya "Apabila kamu mendengar seruan azan, maka perkenankanlah seruan Allah." (HR. At-Tabrani : Sahih).
# Entri ini khas ku tujukan untuk diri sendiri yang sentiasa lalai dan lagha, dan untuk pedoman bagi insan-insan yang mahu mengambil pelajaran. Di dunia seketika cuma, akhirat itu infiniti waktunya (tanpa batas). Amatlah rugi bagi mereka yang terus leka dengan kehidupan dunia !
The bird's tale...
1 year ago
1 Comments:
Bukan senang nak dprkan syurga Allah... Tetapi bukan mustahil sbb syurga memang diciptakan utk hamba-Nya pun..Yang beriman dan beramal soleh..
Post a Comment