Sunday, January 3

Laporan 4 minggu

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Manusia merancang. Allah swt yang menentukan. Rancanglah sehebat mana pun, kalau Allah tak mengizinkannya, takkan menjadi juga. Tapi, jangan jemu dalam merangka perancangan.

OK, berikut adalah projek-projek yang akan dikekalkan di bawah kelolaan SI unit (Spirituality and Islamization - diumumkan bagi yang belum tahu). Disertakan juga projek-projek yang dimansuhkan.

1. Facebook sebagai medan dakwah (Azwadi)
2. Laman Iqra' (Syafiq)
3. Bookmark ('Izzuddin)
4. Doa di whiteboard (Birri)
5. Qiamullail (Shahmin for bro, Fatihah for sis)
6. Tadarus (Shahmin for bro, Fatihah for sis)
7. Kempen (Khairul, Latfi, Fatihah, Ainna)
8. Blog (Shahmin)
9. Maulidur Rasul (Syaza)
10. Waktu solat bulanan (Izzati)
11. Sudut bacaan (Shahmin for bro, Atiqah for sis)
12. Tazkirah kelas (Ainna)
13. Tazkirah on notes (Shifaa')

Projek yang dimansuhkan

1. Iftar jama'ie
2. Talk (ceramah)
3. Induction
4. Koleksi video

Untuk projek-projek yang dimansuhkan, bukan bermakna tak boleh dibuat. Silakan jika mahu. Cumanya ianya bukan di bawah projek SI unit.

Harap maklum. Jika ada yang tak berpuas hati, sila ke depan. Saya sedia meringankan bahu yang dibebankan ini (melepaskan tugas). Kerana apa? Kerana tanggungjawab bakal ditanya di Hari Pembalasan. Oleh itu, saya tetapkan untuk kelolaan SI unit sebagai yang tersebut di atas. Sekadar dalam kemampuan diri.

Kepada petugas-petugas sekalian (PIC), terima kasih kerana banyak membantu. Saya mengharapkan usaha yang berterusan dari kalian sebelum kita masing-masing akan melepaskan tugas-tugas ini pada minggu ke-15 (15 Mac 2010). Jazakumullah. Usaha yang baik dan ikhlas ada ganjarannya. Jangan runsing.
Tinggal 8 minggu lagi (week 5, week 6, STOP FOR EXAM, week 9 sampai week 14). OK, harap semuanya jelas.

1 Comments:

Anonymous said...

terbaik ah!

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009