The questions consist of 4 short notes (answer 2), and 3 long essays (answer 2).
Thank you.
IIUM 5th batch Rx Students
Pergantungan diri = Persandaran diri
"Persandaran makhluk hanya pada tuhannya. Tempat ia pasrahkan segalanya. Bukan selain daripada Pencipta…..Pasti kekecewaan yang akan dirasa. Bila bersandar pada makhluknya.Tika terpisah rasa kehilangan. Tika terasing rasa ditinggalkan.Jiwa menderita…. gelisah sentiasa. Biar bersandaran hanya pada tuhan. Merasai cukup hanya dengan-Nya." (Nowseeheart - Persandaran)
Kenapa perlu tempat bergantung?
- sifat diri yang serba kekurangan
- perlukan bantuan dan pertolongan
Pergantungan adalah sesuatu yang perlu dalam hidup.
Bagi orang mukmin, pergantungan yang total hanyalah kepada Allah.
Namun, seringkali kita didatangi dengan bisikan-bisikan yang mengelirukan.
“Kalau berserah sahaja, camne nak jadi kerja?”
Lantas, apabila pernyataan begini menguasai diri, sifat tawakkal dilupakan langsung.
Manusia begitu yakin dengan kemampuan diri untuk menyelesaikan sesuatu perkara
Tanpa mengharapkan rahmat kasih sayang dan pemurah Allah Ta’ala
Perkara yang sering dilupakan:
1. Yakin dengan potensi diri membahagikan masa dengan berkesan tapi terlupa masa tetap milik Allah.
2. Yakin dengan kebijaksanaan diri tapi terlupa untuk menolong kawan ketika sendiri dalam kesempitan.
3. Sibuk dengan usaha sendiri hingga terlupa hak Allah yang perlu ditunaikan.
4. Qada’ dan Qadar tetap berlaku dengan kehendak Allah.
5. Tanpa nikmat Allah yang lain seperti kesihatan tubuh badan dan kelapangan masa, ikhtiar manusia tak menjanjikan apa-apa.
Namun, setelah orang menganalisa pernyataan pertama tadi, tidak bermakna untuk melakukan yang sebaliknya. Rezeki takkan datang bergolek tanpa adanya usaha.
Oleh itu, sebaiknya bersederhanalah dalam segala urusan. Keadaan yang ekstrim akan membawa kesan yang ekstrim sama ada baik atau buruk.
Pointnya di sini, marilah kita bersama-sama mengejar anugerah Ramadhan dalam kesempitan waktu menghadapi peperiksaan ini.
Berdoalah kepada Allah dengan yakin setelah menunaikan perintahnya.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (AL BAQARAH: 186)
*****Telah menjadi sunnatullah, setiap yang bernyawa pasti akan mati. Pasti dan pasti. Dan begitulah pula setiap yang berlaku pada kita di atas muka bumi ini pasti akan ada hikmahnya, tinggal lagi kita yang mampu atau tidak mampu menilai apa hikmah tersebut dengan akal pendek kita.
Virus influenza A H1N1 kini sudah mampu melumpuhkan aktiviti manusia hampir di seluruh dunia. Di Malaysia contohnya, sejak berlakunya penularan kes H1N1 secara besar-besaran, semakin banyak sekolah dan IPT yang ditutup. Orang ramai dalam kebimbangan, jumlah kematian makin meningkat dan para doktor dan saintis masih belum menemui ubat atau vaksin yang ‘mujarab’ untuk melawan serangan virus ini.
Ketika awal-awal kemunculan virus ni dulu, kita di sini masih boleh merasa selamat kerana kebanyakan kes melibatkan negara-negara luar yang jauh dari kita seperti Amerika Syarikat dan Australia. Kemudian, ada kes-kes import dilaporkan di negara kita melibatkan individu-individu yang baru pulang dari luar negara. Tidak lama selepas itu, berlaku pula kes-kes jangkitan tempatan yang semakin hari semakin meningkat, tetapi masih terkawal dan tidak mencatatkan sebarang kes kematian. Tetapi hari ini, kita tidak mampu lagi untuk merasa selamat daripada serangan virus yang semakin menggila ini. Setakat hari ini, 38 kematian telah dicatatkan, dan mungkin sebentar lagi, sebelum sempat entri ini habis ditulis, akan ada korban terbaru kes H1N1 ini.
Renungkan, manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik penciptaan kerana dikurniakan akal ini akhirnya boleh ditewaskan oleh makhluk Allah yang paling halus dan seni. Tidakkah itu menjadi satu pengajaran berguna bagi kita, bahawa kita tak perlu sombong dan berbangga dengan ilmu dan kepandaian yang dimiliki kerana semua itu terbatas dan sangat sedikit berbanding ilmu Allah? Dan bahawa kita tidak layak untuk berani melawan Allah dengan melakukan maksiat kerana akhirnya kita akan kembali merintih kepadaNya memohon doa? Dan yang lebih utama, kerana kita semua pasti akan dikembalikan kepadaNya.
Adakah sejarah lama Tanah Melayu pada zaman datuk dan nenek kita dahulu yang dilanda wabak taun sehingga hampir diisytiharkan darurat akan berulang? Sama-samalah kita memohon perlindungan daripada Allah agar kita terselamat daripada bala H1N1 dan memohon kekuatan untuk terus sabar menghadapi ujianNya. Adakah kita mahu tunggu diri sendiri dan keluarga terdekat terkena dahulu baru kita nak berdoa dan solat hajat?
Akhirnya kepada semua, jagalah kebersihan diri sendiri. Praktikkan ajaran Islam yang sangat basic yang menyuruh kita supaya sentiasa dalam keadaan bersih. Ingatlah, mencegah itu lebih baik daripada merawat!
~Wallahu a’lam~
Assalamualaikum
Update regarding the attachment of OTC Medications course at ALL CARE PHARMACY.
2 groups will go to ALL CARE this week
Group 2 : On 5th August 2009, Wednesday
Members of Group 2 are:
1. Azwin (HEAD)
2. Hidayah
3. Ali Umar
4. Aina
5. Fatihah
6. Ahmad Faiz
7. Azizah
Group 3 : On 7th August 2009, Friday
Members of Group 3 are :
1. Hadi Hamzah (HEAD)
2. Atikah Khalim
3. Shahmin HAssan
4. Asfarina
5. Mardhiah
6. Hafiz Norrizan
7. Atiqah Yarahim
So, practical of dosage design on this wednesday will be posponed next week.
Update on 4.15pm, 3rd August 2009 (from Kak Wan)
Saya bagi SMS pada orang-orang terbabit sahaja.
Esok saya tampal senarai nama kat kelas.InsyaALLAH
TERIMA KASIH
Fortified Fraternity Copyright © 2009