Tuesday, August 18

Palestin Tak Pernah Gentar !

Alhamdulillah di atas segala limpah kurnia-Nya. Sembahlah Allah sepenuh hati mu kerana Dia lah Pencipta, sedangkan kita hanya seorang hamba. Selawat serta salam buat panglima agung umat Islam, Rasulullah saw.

Tajuk karya: Palestin Tak Pernah Gentar !

Penulis: Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Fatimah Syarha Mohd. Noordin

Keluaran: Telaga Biru

Cetakan pertama: Jun 2009

Muka surat: 200

Harga: RM 20.00

Bab 1: Yahudi, Zionisme dan Freemason

Bab 2: Perebutan Baitul Maqdis di Palestin

Bab 3: Yahudi Pengganas dan Penghancur Manusia

Bab 4: Dunia Menjadi Saksi, Yahudi Menghisap Darah Gaza

Bab 5: Fatwa Ulama

Bab 6: Penyelesaian Isu Palestin

Isu: Buku tersebut banyak menceritakan tentang fakta yang berkaitan Yahudi dan Bumi Palestin. Apa yang ingin dibawa di sini ialah bagaimanakah keadaan kita (umat Islam) yang kelihatan ramai, namun masih amat lemah untuk menewaskan musuh Allah yang juga merupakan musuh kita.

Sejarah sudah membuktikan bahawa hanya Muslim dan Mukmin yang sejati pernah mengalahkan kesombongan Yahudi. Ramalan Rasulullah saw juga memberi jaminan bahawa kiamat takkan berlaku selagi Yahudi belum kalah di tangan Islam.

Namun, jika diperhatikan, di manakah tahap kita sekarang ini ? Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah swt ?

Tentera pimpinan Rasulullah saw pernah mengalahkan golongan Yahudi Bani Qainuqa, Bani Quraizah dan menawan kubu Yahudi di bumi Khaibar. Tentera Umar Al-Khattab ra pernah menakluk bumi Palestin. Tentera Salahuddin Al-Ayyubi pernah mengembalikan Palestin ke bawah pemerintahan Islam.

Di manakah pemuda-pemuda kita ? Masihkah hanyut dibuai mimpi ? Membiarkan diri tanpa pengisian ilmu ? Membiarkan masjid-masjid diisi oleh golongan berumur ?

Ayuh pemuda ! Bangkitlah dari mimpi indah ! Dunia kita seketika cuma ! Saudara kita di Palestin memerlukan doa ikhlas dari hamba-hamba yang diberkati-Nya. Ayuh merubah diri ! Biar pun berjauhan, namun senjata rahsia (doa) kita amat berbisa jika kita hampir dengan Allah swt, jika kehidupan kita selari dengan kehendak Allah.

# lontaran pandangan untuk diriku dan mereka yang mahu berfikir. banyak lagi yang harus diusahakan. sama-samalah kita bangkit sebelum tiba Hari Kebangkitan yang pastinya mengundang penyesalan yang amat sangat bagi mereka yang lalai dengan kehidupan dunia !

0 Comments:

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009