Alhamdulillah, program Jalan2 ICC berlangsung dengan jayanya pada tanggal 1 dan 2 Ogos 2009 yang lalu. Program ini disertai oleh 12 org brothers dan 11 org sisters dengan menaiki 5 buah kereta yang diberi nama , sang AGuS, sang JaLaL, sang JaHaX , sang AFiM dan sang C-valoBoF.
Program bermula pada jam 8.30 malam Jumaat bertarikh 31 July 09 di mana smua peserta program berkumpul di Petronas ZUZANA untuk mengisi minyak, angin dan wang saku untuk perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. Setiap kereta dilekatkan dengan reben pink sebagai lambang persaudaraan serta lambang konvoi peserta2 program. Bukan apa, reben ini hanya untuk memudahkan pengemudi2 untuk mengecam kereta2 konvoi di sepanjang perjalanan nanti. Namun, Sang AFiM sudah awal2 lagi tertanggal reben pink tersebut. Namun, tidak mengapa, perjalanan perlu diteruskan jua.
Perjalanan dimulakan pada jam 9 mlm . Kereta2 bergerak mengikut had laju yang ditetapkan, 110km/j sahaja . Namun, terdapat juga kejar mengejar berlaku di sepanjang perjalanan dek kerana sikap taksub para driver yang ingin menguji kenderaan masing2. Perjalanan terhenti sebentar di Temerloh bagi memberi laluan untuk solat, berhadas dan makan mlm. Kemudian, perjalanan diteruskan lagi .
Peserta2 program tiba di Seksyen 11 shah alam, di rumah Iqa dan Mar pada jam 1.30 pagi. Smua peserta kelihatan amat penat terutamanya para penumpang2 di belakang dan co pilot kereta2 konvoi ! BUkan Driver ! pelik namun benarrr..
Keesokkan paginya, Sabtu 1 july 09, pada jam 8.30 pagi, peserta2 brothers bersarapan di restoran Gembira yang sememangnya menggembirakan para peserta di pagi hari. Peserta2 program berkonvoi menuju ke UIA matrik di petaling Jaya untuk 'park' kereta2 di masjid matrik Uia. Kenangan di matrik bersemat kembali dengan menaiki bas 12 menuju ke hentian bangsar sebelum menaiki bas rapid KL menuju ke Mid Valley di mana program ICC berlangsung.
Setibanya di Exhibition Centre Mid Valley, peserta2 program terus mendaftarkan diri dan mengunjungi booth2 yang terdapat di sana . Contoh booth2 yang terdapat di sini adalah booth USM, UIA, UPM, UMP, UEM, CCM, Bank Negara dan banyak lagi. Peserta2 memperoleh informasi tentang peluang2 pekerjaan dan peluang melanjutkan pelajaran ke program Master dan phd di universiti2 tempatan.
Selesai mengunjungi ICC , peserta2 lunch sebentar di Food Junction Mid Valley. Kemudian , sesudah solat zohor, peserta2 terbahagi kepada dua kumpulan, kumpulan pertama ingin mengunjungi PC Fair yang berlangsung di KLCC dan kumpulan kedua ingin bersiar2 di Mid valley.
Pada sebelah petangnya, kira2 pukul 6.30ptg , peserta2 menaiki public transport untuk balik semula ke Matrik Uia PJ . Peserta2 kemudiannya pulang ke Shah Alam pada jam 9.00 mlm.
Selepas mandi dan solat , terdapat beberapa orang peserta terus bergegas untuk menghadiri Konsert Antara Dunia yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam . Peserta2 lain dapat makan malam bersama2 di restoran yang letaknya tidak jauh dari rumah penginapan.
Keesokkan harinya, Ahad 2 July 09, peserta2 berpeluang untuk bersarapan di Rumah Mardhiah. Peserta2 dihidangkan dengan nasi lemak yang enak, murtabak, dan buah dokong.
Selesai bersarapan , peserta2 konvoi meneruskan perjalanan ke Sunway Pyramid. Di sini, beberapa peserta berpeluang untuk mencuba permainan ice skating. Kehebatan Muzani dan Hanis bermain ice skating gagal dicontohi pserta2 lain . Namun selepas beberapa jam penat berpaut pada cermin tepi, mereka berjaya juga untuk meluncur . Syabas!
Sesudah solat dan makan, tepat jam 6ptg, peserta2 konvoi bergerak meninggalkan sunway pyramid untuk meneruskan perjalanan pulang ke Uia kUantan. Kali ini peserta2 konvoi diiringi oleh Sang WaLiT yang dikemudi oleh Iqa . Kejar mengejar berlaku semula di sepanjang perjalanan pulang ke kuantan. Namun , Alhamdulillah , semua peserta selamat sampai di Uia Kuantan kira2 pada jama 11 mlm.
Pihak penganjur ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada saudari IQa dan Mardhiah kerana menyediakan penginapan yang cukup selesa serta jamuan2 dan hidangan yang melazatkan di sepanjang program berlangsung. Jasa Saudari2 amatlah dihargai. Semoga program ini dapat merapatkan hubungan ukhuwah sesama ahli2 batch dan diharapkan juga dapat dianjurkan lagi pada masa2 hadapan. Semoga program2 batch seperti ini bakal disertai rakan2 yang lain juga. Sesungguhnya "ukhuwah itu indah". Salam..
The bird's tale...
1 year ago
9 Comments:
namun, apakan daya sang AGUS bertukar pemandu di saat-saat akhir..haha
tp co driver nyer tetap setia..hee
eh, mane gambo byk2?
stakat gambo kat petronas tu ape barang bai?
upload la lg...
hahaha
guess
waaa nak blaja ice skating!! program batch - simple... tp bes... sweet memories that remain.. hee
eh, nape byk komen2 di buang?
aik?
apsal ade comment deleted kat ats tuh?
ohohoho.. apsal bf handsome i dpt name x best.. :p
hahaha!!
anyway, sorila tak dapat nak layan tetamu sgt ms tuh.. huhu.. segan sbenanye.. hope you guys had a nice stay di Hotel Seksyen 11 yg indah permai~ haha. maafla tak sbrapa..
lenkali dtg lg k? ke rmh br plak ke? hahaha!
eh iqa, aku sangat suke name sang walit....betol....name paling best dgn name2 lain....SANGAT SUKE...it's a name of a bird tau, burung layang2 :-)
eh iqa, aku sangat suke name sang walit....betol....name paling best dgn name2 lain....SANGAT SUKE...it's a name of a bird tau, burung layang2 :-)
err?
jgn ko mkn kereta aku suda shifaa..~
hahah! ;p
Post a Comment