Monday, August 3

Untukmu Umat


Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya, atas peluang umur dan kesihatan yang masih diizinkan-Nya bagi kita. Selawat serta salam buat Rasulullah saw.

Untukmu Umat merupakan salah satu karya Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman yang membincangkan pelbagai isu yang dibahagikan kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama lebih kepada motivasi dan unsur kebenaran dalam bertindak. Manakala, bahagian keduanya banyak menyentuh permasalahan yang melanda umat (Islam) terutamanya kaum wanita.

Bab-bab yang bakal menarik perhatian termasuklah:
1. Orang dewasa tetapi imannya bayi (ms 77)
2. Nasihat buat rakan khalafi dan salafi (ms 115)
3. Aurat wanita: Apa sudah jadi? (ms 190)
4. Aurat wanita lebih sukar, adilkah? (ms 221)
5. Jangan dayus wahai lelaki (ms 245)
6. Perigi mencari timba dan disiplin dalam bertunang (ms 270)
7. Tiada dakwah wanita melalui nasyid (ms 282)

Karya ini disertakan dengan dalil-dalil bagi setiap perbuatan yang dinyatakan hukumnya. Jadi, membacanya boleh memberikan kefahaman beserta keyakinan yang bersandarkan sumber yang dipercayai (evidence-based).

Sedikit info:
1. Cetakan Pertama - 2009
2. Harga - RM 11.00
3. Muka surat - 301
4. Penulis - Ustaz Zahruddin Abd Rahman (Sarjana Takhassus Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Al-Yarmouk, Jordan)

Sekian... selamat memiliki serta membaca dan memahaminya. Insya-Allah usaha anda diberkati. Dunia seketika cuma, akhirat jua negeri abadi !

0 Comments:

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009