Friday, July 10

Mahallah Updates

Assalamu'alaikum.

Untuk mahallah, brothers dari Mahallah Talhah 2 sesi lepas akan ditempatkan di blok T2 Mahallah Talhah (dalam) manakala brothers LOC seramai 16 orang akan ditempatkan di IM6. Senarai nama ikut nombor rumah di IM6:

No. 14: Ezzad, Hadi, Hanis, Shahmin, Solah, Judin, Raja Afiq dan Wadi
No. 16: Faiz, Muzani, Syafiq, Azwin, Piran, Latfi, Adi Asraf dan Birri

Rumah IM 6 ni ikut sistem compartment. Nama kita ikut compartment telah ditampal pada luar rumah. Layout compartment macam ni:

a)Tingkat bawah:
Compartment A & B (1 bilik)

b)Tingkat atas:
Compartment C (1 bilik)
Compartment D & E (1 bilik)
Compartment F,G & H (1 bilik)

1 compartment dalam 1 bilik akan guna 1 katil single.
2 compartment dalam 1 bilik akan guna 1 katil double decker.
3 compartment dalam 1 bilik akan guna 1 single + 1 double decker.

Bagi yg duduk dalam, kunci bilik boleh diambil dari office mahalah dalam. Untuk IM6, kunci bilik/rumah boleh diambil di pejabat Mahallah Talhah 2 (luar). Tarikh dan masa:

Jumaat, 10/7/2009 8 pg hingga 5 petang
Sabtu dan Ahad, 11&12/7/2009 - 10 pagi hingga 4 petang

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada office Mahallah Talhah 09-5716400 ext 2230 atau Mahallah Talhah 2 09-5736851.

Untuk makluman, Mahallah Talhah (mahallah dalam), ada dua blok untuk brothers: Blok T1 (blok PG) dan blok T2 (blok biasa). Blok T2 memang penuh.

Blok T1 (blok PG) setakat Khamis 9 Julai 2009: level 1 ada 3 bilik kosong, level 2 penuh, level 3 (ada 20 lebih bilik kosong) dan level 4 (ada belas2 bilik kosong). Level 3 dan 4 reserve untuk student elective posting medic daripada luar dan student postgraduate (master dan PHD). Jadi, office tak berani nak bagi level 3 atau 4 kerana takut tak mencukupi bila mereka datang esok-esok. Satu lagi alasan yang diberi ialah sistem giliran. Memandangkan sesi lepas pelajar pharmacy telah diberi peluang untuk duduk di PG, maka sesi kali ni pelajar sains pula diberi tempat. Ini adalah hujah yang diberikan oleh pejabat Mahallah Talhah.

Melalui office medic, kita dimaklumkan bahawa student elective posting untuk Julai ialah 7 orang, untuk bulan 8-10 kosong lagi kerana biasanya bulan Ramadhan tiada elective posting dari luar. Bulan 11 dan 12 setakat ni masih kosong. Bulan 1 hingga 4 tak boleh dipastikan lagi. Kadang-kadang permohonan datang mengejut kerana tabiat pelajar luar yang buat permohonan last minute. Kita telah maklumkan kepada office Mahallah tentang bilangan tersebut tetapi tetap tidak berjaya.

Sebenarnya, kita telah cuba sedaya upaya untuk dapatkan mahallah dalam. Melalui surat sokongan Kulliyyah Pharmacy, melalui recommendation senior yang rapat dengan Ust Mat Ali dan melalui perbincangan terus dengan Bro Zamri dan Kak Shima tetapi tidak berjaya juga.

Harapan terakhir ialah masuk dulu IM6 dan kemudian bincang semula dengan office. Harapan mungkin tinggal harapan. Selagi tiada hitam putih, agak susah untuk kita yakin. Apapun, usaha tetap diteruskan.

Batch nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah berusaha tolong menguruskan permohonan kita termasuklah IPhA dan Kulliyyah Pharmacy sendiri melalui surat sokongan. Juga kepada senior yang membantu. Sekian untuk makluman.

0 Comments:

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009