Assalamualaikum...
Di sini, saya ingin berkongsi sebuah karya yang insya-Allah amat berguna untuk dijadikan rujukan bagi memperkemaskan solat-solat kita. Sebagai yang kita tahu, solat merupakan tiang agama. Didirikan 5 kali sehari, bahkan lebih jika ditambah dengan yang sunat. Justeru itu, ianya amat penting bagi kita untuk cuba memahami cara-cara solat yang betul dan benar, bersendikan ilmu dan bertunjangkan dalil-dalil yang khusus dibawa melalui ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Rasulullah saw.
Oleh itu, salah satu buku yang memang elok bagi dijadikan rujukan buat menampung ilmu yang masih cetek dalam bab solat ialah karya yang berjudul "Formula Solat Sempurna". Dihasilkan oleh Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, lulusan Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Yarmouk, Jordan, hasil penyelidikan beliau melalui tatapan puluhan kitab-kitab ulama silam mahu pun ulama kontemporari.
Saya percaya setengah dari kita sudah maklum akan kewujudan karya ini. Namun, di sana masih ada yang belum mengetahuinya, di sana juga masih ada yang belum sempat membacanya walaupun sudah mengatahuinya.
Oleh itu, ringan-ringankan minda untuk mendapat serta menelaah karya yang insya-Allah akan membantu kita menjadi hamba Allah yang lebih baik berbanding kita sebelum ini. Sekian...
1 Comments:
buku yang baik untuk memapankan ibadah solat yang merupakan salah satu rukun Islam.
Buku yang boleh meyakinkan ibadah solat kita mengikut cara solat Rasulullah s.a.w
Post a Comment