Monday, July 6

H1N1 Updates

Assalamu'alaikum.

Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada sahabat-sahabat kita yang menghadiri APPS 2009 di USM telah terlibat dengan H1N1. Ada yang positif dan ada yang masih menunggu keputusan ujian.


Setakat pukul 8.00 pagi, 6 Julai 2009 (Isnin), yang positif Hafizah, sekarang ditempatkan di wad pengasingan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.


Masih menunggu keputusan ujian:

- Azwin (rumah, Johor Bharu)

- Gunjai (tak pasti rumah or hospital, tak dapat dihubungi)

- Wadi (Hospital Tumpat, Kelantan)

- Haziah (Hospital Labuan)


Setakat ni, yang negatif Syafiq, sebelum ni dikuarantin di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT dan baru keluar petang semalam, 5 Julai 2009.


Untuk batch junior kita:


1st year: Positif 5 orang iaitu:

- Syamil (Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu)

- Hanis (Hospital Sungai Buloh)

- Aimi (Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT)

- Intisar (Hospital Sungai Buloh)

- Noor Atikah (Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu)


2nd year: Positif 1 orang iaitu:

- Aizuddin Mohd Nor (Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh)


Sedikit info mengenai H1N1:


Seseorang akan diletakkan sebagai Patient Under Investigation (PUI) jika:

- Demam DAN

- Batuk, sakit tekak, sesak nafas, sakit kepala dan sakit badan (Respiratory symptoms) DAN

- Ada ‘close contact’ dengan pesakit yang disahkan H1N1 ATAU baru pulang dari negara yang disahkan ada H1N1 dalam masa 7 hari dari tarikh close contact atau tiba di Malaysia. ‘Close contact’ maknanya tinggal serumah atau setempat ATAU ada contact dengan pesakit sekurang-kurangnya 4 jam.


Ada 2 jenis PUI:

1) Mereka yang perlu terus ke hospital iaitu yang ada risk factors, complications dan pelacong asing yang dikesan di tempat ketibaan (untuk senarai risk factors dan complications, rujuk MOH).

2) Mereka yang perlu home-quarantine


Semua PUI akan diuji dengan Throat Swab Test untuk pengesahan. Sample dari tekak pesakit akan diambil dan dihantar ke Institute for Medical Research (IMR), Kuala Lumpur untuk diuji. Biasanya, akan ambil masa 2-3 hari. Sementara menunggu keputusan, mereka akan dikuarantin di rumah atau di wad pengasingan selama 24 jam.

Bagi yang positif, mereka akan dibawa ke hospital yang telah ditetapkan untuk in-patient care di wad pengasingan. Hanya ada 1 orang pesakit untuk 1 wad (tetapi saiz wad tidaklah sebesar macam wad biasa). Keluarga pesakit juga akan dikuarantin di rumah. Rawatan pencegahan antiviral akan diberikan iaitu Oseltamivir 75 mg setiap hari (Brand: Fluhalt, Dose: BD. Dalam guideline cakap untuk 10 hari). Mereka boleh keluar hospital sekiranya:

- tiada komplikasi influenza ketika berada di hospital

- telah mengambil sekurang-kurangnya 3 hari rawatan antiviral (6 dos) DAN

- tidak demam untuk 24 jam yang lalu


Rawatan antiviral dan kuarantin akan diteruskan di rumah selama 2 hari sehingga cukup jumlah 5 hari kuarantin (di hospital 3 hari dan rumah 2 hari setelah disahkan positif).


Maklumat yang disebut di atas mungkin ada kesilapan. Untuk lebih tepat dan menyeluruh:



Status terkini peserta APPS, boleh rujuk di http://www.usm.my/apps2009/

Status terkini H1N1 di Malaysia, boleh rujuk di http://h1n1.moh.gov.my

Diagram ni juga menarik untuk memahami jangkitan H1N1 http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/d0/AntigenicShift_HiRes.png

Maklumat antiviral Fluhalt http://www.mims.com/Page.aspx?menuid=mng&name=Fluhalt+cap&h=oseltamivir

7 Comments:

Salahuddin Harith on July 6, 2009 at 11:19 AM said...

syafakAllah...semoga semuanya selamat...

hananhm on July 6, 2009 at 1:31 PM said...

kOrg..tabah!!
pray fOr kOrg sume..

Anonymous said...

thanx muzani for the effort.
actually ak da dpt rsult: -ve,
tp die suh wat 2nd test plak,
utk reconfirm.
so ni tgh tgu rsult 2nd test.
dpt myb ptg ni or pg sok...

pray for us...

Azwin

Mohd Muzani Hasbullah on July 6, 2009 at 11:21 PM said...

Latest updates by 10.00 pm 6th July 2009.

New +ve cases:
- Wadi
- Syarifah Rodhiah (1st year)

Discharged:
- Aimi Syazwani (1s year)
- Intisar (1st year)

Anonymous said...

salam,

1st result borderline
2nd result negative

sekian,

gunjai

Mohd Muzani Hasbullah on July 8, 2009 at 10:50 PM said...

Latest update by 10.30 pm 8th July 2009. Semua yg +ve dah discharged kecuali Hafizah dan Noor Atikah (1st year). Doakan rakan-rakan kita semua selamat.

Mohd Muzani Hasbullah on July 10, 2009 at 4:30 PM said...

Alhamdulillah...semua yg terlibat dengan H1N1 telah kembali ke rumah masing-masing. Last discharged semalam 9 Julai 2009 iaitu Hafizah dan Noor Atikah (1st year). Kemasukan semua yang terlibat dengan APPS ke sem baru akan delay seminggu, Insya Allah 20 Julai 2009 utk pastikan mereka benar2 sihat...langkah pencegahan.

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009