Thursday, July 23

Special Event Promises You A Special Year!

Alhamdulillah.Esok merupakan program pertama yang bakal dianjurkan oleh Special Event Bureau,5th Batch IIUM Pharmacy untuk semester ini. Untuk pengetahuan, Special Event Bureau diterajui oleh saudara Ezzad dan dibantu oleh saudari Hafizah. Ahli-ahli yang diharapkan menjadi ahli aktif biro ini termasuklah Azwin,Adi Asraf, Afiq, Fakhrul Hadi, Azwadi, Hamida, Syafiqah, Hanan dan Farrah Aina. Hala tuju biro ini termasuklah memperkukuhkan hubungan BROTHERHOOD di antara sesama ahli 5th Batch, di antara ahli 5th Batch dengan para pensyarah, kakitangan, dan dengan junior-junior kami yang disayangi. Selain itu, biro ini juga bertanggungjawab dalam merealisasikan program akademik dan bukan akademik seperti rehlah, lawatan sambil belajar, khidmat komuniti dan sebagainya.

Program pertama biro ini ialah perlawanan persahabatan futsal inter-batch yang bakal berlangsung di gelanggang futsal Kg. Tiram pada hari Jumaat jam 5pm-7pm. Setakat ini 10 kumpulan telah mendaftar untuk menyertai perlawanan persahabatan di mana junior baru kita juga telah menghantar 3 kumpulan. Satu sambutan yang menggalakkan! Atas rasa prihatin brother 5th Batch, beberapa buah kereta dan motorsikal bakal menjemput kalian yang belum mengenal kenderaan sendiri itu untuk ke gelanggang futsal. Kawan-kawan 5th Batch, ayuh sama-sama sertai program silaturrahim kita bersama junior-junior.

Nantikan program-program yang seterusnya daripada kami. Adalah menjadi harapan teraju biro ini untuk mendapatkan komitmen yang penuh daripada semua ahli 5th Batch bagi menjayakan program batch. Diharapkan dengan adanya program-program yang bakal dilaksanakan akan merapatkan ukhuwwah kita sesama batch.

UKHUWWAH ITU INDAH.

Sekian,wassalam.

3 Comments:

Anonymous said...

Congratz! Keep up the good work. Korang2 smua, turun jgn tak turun. Get ready with the RED jersey.

Salahuddin Harith on July 24, 2009 at 2:30 PM said...

tahniah biro special event...biro yang penting untuk memeriahkan lagi batch kita ni..visit batch macam banyak peluang nak di buat...chaiyok

hananhm on July 26, 2009 at 1:46 PM said...

mane gmbr?? xde ke??

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009