"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"
(surah Yaa siin, surah ke-36, ayat 60-62)
Entri ini bersempena dengan Maal Hijrah yang bakal menutup tahun 1430 Hijrah dan sekaligus membuka lembaran baru 1431 Hijrah (Bersamaan 18 Disember 2009).
Ayat di atas menjelaskan keadaan yang berlaku pada hari penuaian hasil, pada hari pembalasan amalan (amal baik dibalas baik, buruk dibalas buruk). Di sana, insan bertaqwa diganjarkan kenikmatan yang amat serta kenikmatan yang berkekalan. Manakala, insan derhaka yang sering menuruti langkah syaitan diperintahkan untuk berjauhan dengan orang-orang yang bertaqwa. Untuk mereka (insan yang ingkar), disediakan azab yang tidak terperi dan tak mampu ditanggung.
Bersungguhlah... bersungguhlah ke arah pembaikan, ke arah yang lebih baik. Konsep cause and effect yang diberitakan oleh Allah swt amat mudah untuk difahami. Sesiapa yang hidupnya di dunia ini di jalan kebenaran, maka kesannya ialah nikmat dan kebahagiaan yang abadi buat mereka. Manakala, bagi insan yang hidupnya di dunia ini di jalan yang dimurkai, jalan yang digemari syaitan, maka kesannya jelas disebut di dalam al-Qur'an (azab yang tidak terperi serta berkekalan di dalam azab seksa tersebut).
Justeru, penulis menyeru diri sendiri serta mereka yang mahu berfikir akan kebaikan diri sendiri, keluarga, sahabat-sahabat dan umat Islam, agar mencuba sekuat hati, sekental semangat untuk berubah ke arah kebaikan. Bukan setakat berubah (seketika), bahkan elemen istiqamah itu yang jauh lebih penting. Jelas, ianya (istiqamah) di jalan kebenaran amat sukar, tambahan pula pada yang zaman fitnah (ujian, cabaran) ini. Hanya mereka yang benar-benar berpaut pada tali Allah swt yang akan berjaya merempuh 'halangan berduri' ini. Hanya mereka yang mengharap reda Allah yang akan berjaya (bukannya mereka yang meminggirkan keikhlasan dan mengharapkan pujian dari manusia).
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (surah at-Tahrim, surah ke-66, ayat 6)

# Berusaha dan berusaha, selagi peluang masih ada. Orakkan langkahmu. Biarkan sekecil mana pun langkah itu, namun ianya amat penting kerana tanpa langkah pertama, tiadalah langkah kedua dan seterusnya.
# Ingatan buat diri sendiri agar tidak kehilangan fokus (reda Allah yang dikejar, bukan pujian atau kutukan insan yang memberi kesan pada kehidupan di alam sana)
# Sekian, moga Allah membantu dan memberi hidayah-Nya buat kita dalam mengorak langkah perubahan dan istiqamah dengannya. Izinkan angin perubahan itu bertiup !
0 Comments:
Post a Comment