Wednesday, December 30

Qiamullail (siri 2)

Alhamdulillah. Part 1 Qiamullail sudah berlalu (merujuk kepada projek Qiamullail batch). Insya Allah untuk siri kedua, berikut adalah ceritanya:

1. Untuk brother - Kita akan join qiamullail yang akan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Afzan pada PAGI HARI JUMAAT (1 Januari 2010). Mengikut Ustaz Zainuddin, program ini akan bermula pada jam 4.00 pagi. Untuk pelajar kita, anda boleh la pilih untuk tidur di masjid atau pun datang pada pagi tu.

2. Untuk sister - Insya-Allah, PAGI KHAMIS (31 Disember 2009) akan diadakan Qiamullail di surau blok (blok sister RX5). Untuk meklumat lanjut boleh tanya Kak Tihah.

3. Program ini bukannya wajib. Attendance pun tak de. Cumanya, bagi yang dah istiqamah qiamullail seorang diri, kami membuka peluang untuk qiamullail di masjid dan di surau. Bagi yang ingin belajar atau mencuba, ini juga peluang untuk kita manfaatkan.

4. Sedikit habuan rohani saya kongsikan di sini. Dipetik daripada Kitab Qiamullail Wa Nawafil & Khulasah Solatul Lail (diterjemahkan sebagai Solat Malam Menggamit Kedamaian) yang ditulis oleh Syeikh Amru Khalid dan Syeikh Sulaiman bin Nasih al-Ulwan dan diterjemahkan oleh Syeikh Abu Muhammad Tolha al-Khairi.

- "Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu, (jadikanlah ia) sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhan mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji (maqam mahmudah)," (Surah al-Isra' 17:79)

- "Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabb nya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (sentiasa bangun malam dan meninggalkan tempat tidur mereka untuk mengerjakan solat malam) dan mereka selalu berdoa kepada Rabb nya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa-apa rezki yang Kami berikan. Tidak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan." (Surah as-Sajdah 32:15-17)

- "Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga), dan (yang dihiasi dengan) mata air-mata air, sambil menerima segala (nikmat) pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (ketika) berada dalam dunia adalah (sebagai) orang yang berbuat kebaikan. Semasa di dunia mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam (kerana bangun beribadah dan solat malam), dan selalu memohonkan ampunan ketika waktu pagi (dinihari) sebelum fajar," (Surah al-Zariat 51:15-18)

- Dalam riwayat, tatkala Aisyah ra ditanya tentang bagaimana amal ibadat Rasulullah s.a.w. ? Dan apakah Beliau s.a.w. memilih hari-hari tertentu untuk beribadat? Aisyah menjawab :"Ibadat Rasulullah s.a.w. terus-menerus tak ada henti-hentinya (termasuk bangun pada waktu malam), dan siapakah antara kamu yang sanggup dan kuat beribadat seperti Rasulullah?" (Riwayat Abu Daud)

OK sekian saja dari SI unit.

0 Comments:

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009