Friday, December 25

Hari Asyura

Assalamualaikum...

Sekadar pengumuman untuk yang mungkin terlupa termasuk saya sendiri. Mujurlah diingatkan oleh seorang rakan. Esok 9 Muharram dan lusa 10 Muharram (Hari Asyura) 1431. Apa cerita tentang 2 hari ini ?

Disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari tersebut secara berturut-turut. Dalilnya sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sekiranya aku masih dipanjangkan umur hingga tahun hadapan, tentulah aku akan berpuasa pada hari sembilan (bulan Muharram)" (Hadith riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Manakala puasa hari Asyura pula boleh menghapuskan (dosa-dosa yang dilakukan) selama setahun sebelumnya." (Hadith riwayat Ahmad)

p/s - petikan hadith diambil dari kitab Fiqh Ad-Dalil, hasil kerja Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni (mukasurat 301)

Sekian.

3 Comments:

rijalnaif on December 26, 2009 at 2:46 PM said...

Ayuh beramai-ramai puasa sabtu, ahad dan puasa sunat isnin...

Anonymous said...

Ada orang kata kalau puasa 10 muharam, mesti kena ada pasangannya... sama ada dgn 9 muharam atau dengan 11 muharam... betul ke?

Shahmin Hasan on December 27, 2009 at 4:13 PM said...

em stakat ilmu yang masih cetek ni.. tak pe puasa 10 muharram saja. cumanya mengikut sejarah, Rasulullah saw menggalakkan kita untuk puasa hari asyura beserta satu hari sebelum atau selepasnya. Ini adalah untuk membezakan di antara kita (umat Islam) dengan orang Yahudi yang turut berpuasa pada hari asyura.

# betulkan maklumat dariku andainya ada kesalahan (hamba masih belajar)

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009