Tuesday, December 15

Takziah Hafiz dan Mawaddah

Tanggal 31 Ogos 2009, menitiskan air mata kasih seorang ibu, mengukirkan senyuman mesra seorang ayah. Kegembiraan itu dikongsi bersama oleh sanak saudara dan sahabat handai yang turut menantikan kelahiran seorang pejuang ini. Dilahirkan pada hari merdeka, Little Mujahid ini dinamakan 'Ukasyah sempena nama seorang sahabat Rasulullah saw yang amat menyayangi kekasih ALLAH itu.

Gelak tawa, tangis manja.Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Semestinya setiap detik bersama 'Ukasyah merupakan detik indah buat Hafiz dan Mawaddah. Namun ketentuan Ilahi adalah pasti. 14 Disember 2009, 'Ukasyah pergi meninggalkan mereka. 3 bulan 2 minggu pastinya saat yang amat singkat buat Hafiz dan Mawaddah untuk menikmati kebahagiaan bersama 'Ukasyah.

Hafiz dan Mawaddah,
Kami semua yakin. Hafiz dan Mawaddah merupakan ibu bapa yang sangat tabah dan cekal. Sejak dari awal kehamilan sehinggalah sekarang, Hafiz Mawaddah tabah menghadapai dugaan. Ujian sebegini besar pastinya untuk orang yang sabar dan bertakwa. Allah tidak akan membebankan hambaNya melainkan dengan apa yang kita mampu hadapi. Orang yang sabar itu ialah orang yang bertakwa. Dan orang yang bertakwa itu tinggi darjatnya di sisi Allah swt.

Saya juga pasti. Hafiz dan Mawaddah mahukan kita mendokan mereka. Hafiz dan Mawaddah mahu kita menginsafi diri. Walaupun kita masih muda, walaupun kita tidak berpenyakit, walaupun kita memandu kereta dengan berhemat, walaupun kita sentiasa berhati-hati, Izrail boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa.

Saya juga pasti. Hafiz dan Mawaddah mahu kita semua sentiasa mengingati mati. Sentiasa bersedia, bersedia dan bersedia untuk mati. Hidup kita sangat singkat. Bersedialah untuk pergi wahai sahabat.

Salam takziah sekali lagi buat Hafiz, Mawaddah dan keluarga daripada kami IIUM Rx5. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas 'Ukasyah.

2 Comments:

hajarzainal on December 15, 2009 at 11:19 PM said...

takziah buat pasangan hafiz mawaddah
dari kami rx7th.

ass batch_rx8 said...

ukasyah menanti hafiz n mawaddah di syurga.. takziah,smg kuat semangat.

mewakili 1st yr pharmact students 09/10 rx 8th

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009