Berita lagi... kini, pelajar-pelajar RX5 ditawarkan satu peluang untuk meminjam buku-buku yang dimiliki oleh sebahagian rakan-rakan kita. Anda tidak perlu memiliki kad pustaka atau pun serahkan kad matrik semasa peminjaman dibuat. Anda hanya perlu mengikut sedikit syarat berikut:
1. peminjam mestilah menjaga buku yang dipinjam dengan baik
2. buku tersebut mestilah dipulangkan jika tuan punya buku ingin mengambilnya balik pada bila-bila masa
3. khidmat ini hanya sah bagi ahli RX5
Bagi sesi pertama, ada 10 buku yang dibuka untuk pinjaman. Buku-buku tersebut adalah seperti berikut:
1. 10 Ciri Al-Hafiz Cemerlang
2. Bidadari Dari Timur
3. Kisah Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad SAW
4. Nota Hati Seorang Lelaki
5. Untukmu Wanita
6. Bacalah Dengan Nama Tuhan-mu
7. Untukmu Umat
8. Sirah Nabawiyyah
9. Menyukat Solat Diri
10. Formula Solat Sempurna
Untuk maklumat lanjut tentang karya-karya tersebut dan cara-cara peminjaman, anda semua boleh merujuk laman yang disediakan khas untuk projek skim pinjaman ini. Boleh rujuk di
http://laman-iqra.blogspot.com/
OK, sekian saja dari pusat berita !
0 Comments:
Post a Comment