Assalamualaikum... moga berbahagia hendaknya.
Persoalan di atas (di mana kita wahai pemuda ?)dilontar atas rasa kehilangan, kekurangan dan kerapuhan benteng yang suatu ketika dulu, amat utuh. Keutuhan yang tidak dapat ditembusi oleh mata pedang kuffar dan juga helah khianat munafiq serta pemberontakan yahudi.
Benteng apakah itu ? Benteng itu berupa kesungguhan pemuda-pemuda Islam (kaum lelaki) yang kental rohaninya. Semangat dan keimanan mereka diterjemahkan oleh perbuatan mereka, bukan sekadar pengakuan lidah.
Satu program yang amat berkesan dalam mendidik jiwa-jiwa pemuda Islam ialah solat berjemaah. Ianya merupakan suatu sunnah Rasulullah saw yang amat dituntut untuk dilaksanakan.
Solat disyariatkan pada waktu-waktu tertentu. Subuh ada waktunya, zohor juga ada waktunya. Ianya tidak datang sekali gus 5 waktu dalam satu masa kerana ianya merupakan salah satu cara bagi mendidik disiplin diri buat umat Islam. Ia juga berupa ujian bagi membezakan muslim yang teguh keimanannya dengan mereka yang mengamalkan Islam secara sambil lewa. Sambil lewa ? Ya, apabila solat yang merupakan tiang agama ditunaikan dalam keadaan ala kadar, tiada kesungguhan dengan selalu melewatkan waktu solat. Bahkan, terkadangnya, solat Subuh terlepas sehinggakan terbit matahari. Lalu, di mana lagi sumber kekuatan rohani, jika solat ditunaikan secara sambil lewa.
Imam-imam masjid sering gusar memikirkan bilangan jemaah yang memenuhi ruang masjid. Saf yang berjela-jela, hanya diisi 2 atau 3 baris di hadapan. Ke mana kita (pemuda Islam) menghilangkan diri di saat jemputan ke rumah-rumah Allah (masjid) dilaungkan oleh para muazzin ?
Ayuh, sama-sama berusaha untuk berubah. Berusaha menunaikan solat secara berjemaah serta cuba istiqamah dalam melaksanakannya. Percayalah, ianya dirasakan sukar pada permulaannya. Apabila kita sering melaziminya (solat berjemaah), perasaan rindu dan rugi akan menyerpa tatkala kita terlepas peluang yang amat bernilai itu.
Tulisan ini sebagai titik menegur diri serta mereka yang sering melalaikan solat berjemaah (solat awal waktu bagi perempuan).
Berikut dipetik sedikit kandungan dari karya Dr. Raghib al-Sirjani:
1. "Pada suatu ketika Rasulullah saw mengerjakan solat Subuh lalu baginda bertanya,"Apakah kamu menyaksikan si fulan mengerjakan solat?" Mereka menjawab,"Tidak." Baginda pun bersabda,"Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak)adalah amat berat bagi orang munafik. Sekiranya mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, tentu mereka akan mendatanginya, sekali pun datang dengan cara merangkak." (mukasurat 13)
2. "Apa yang penting dalam permasalahan ini adalah ujian yang membezakan antara wanita munafik dengan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu. Wanita mukminah yang berjaya lulus dalam ujian adalah mereka yang mengerjakan solat Subuh ketika kaum lelaki sedang mengerjakan solat di dalam masjid. Sedangkan wanita yang belum kuat keimanannya akan mengerjakan solat Subuh ketika menjelang terbit matahari. Bahkan lebih celakanya lagi, dia malah mengerjakan solat Subuh setelah terbit matahari !
Wahai saudaraku ! Saya sama sekali tidak bertujuan menambah bebanan hidup anda, atau membebani anda dengan sesuatu di luar kemampuan anda. Demi Allah, saya hanya berbicara tentang hakikat syariat Allah. Saya pun hanya menyampaikan kepada anda hukum yang sudah pasti, yang tidak ada keraguannya lagi. Saya hanya menyampaikan permasalahan yang sudah menjadi kesepakatan ulama, yang tidak ada lagi perbezaan dan perselisihan mengenainya." (mukasurat 19-20)

1 Comments:
WOW! What a nice post! I am appreciated of your thoughts. keep it up........
Post a Comment