Assalamualaikum.
Sedikit bingkisan, silakan baca.
Pertama: Softcopy notes (if provided by lecturers) boleh didapati secara online (atas garisan) di laman sesawang rasmi IPhA.
http://pharmacy.iiu.edu.my/ipha/Untuk keterangan lanjut berkenaan prosedur untuk memuat turun, sila klik di sini. (
http://iiumrx6th.blogspot.com/2009/12/new-e-notes-project.html) Apa yang penting, wajib register dulu.
Kedua: Kepada para pelajar yang mengambil mana-mana subjek elektif pada semester terakhir ini, sedarlah bahawa tiada hardcopy notes disediakan untuk anda. Kenapa? Kerana tiada orang yang sanggup nak handle (menangani) pekerjaan menyediakan hardcopy notes tersebut. Tetapi, janganlah gusar, janganlah khuatir. Untuk subjek PHM 4262 Veterinary Pharmacy, softcopy notes sentiasa disediakan oleh Prof. Abbas, jadi boleh dapatkan di desktop komputer kelas, ataupun muat turun dari laman sesawang IPhA seperti yang dinyatakan dalam perkara pertama di atas. Setelah berjaya mendapatkan softcopy notes itu, maka bolehlah dicetak (print) sendiri, atau fotostat dari rakan yang telahpun mencetaknya. Untuk subjek PHM 4272 Clinical Toxicology pula, sepanjang pengetahuan dan pengalaman penulis, biasanya Prof. Tariq akan menyediakan sendiri hardcopy notes untuk para pelajar yang sudi menghadiri kelasnya. Jadi, bolehlah dapatkan daripada beliau. Jika tidak mencukupi, sila fotostat sendiri.
Ketiga: Jadual penuh untuk semester ini telah tersedia di laman sesawang Kulliyyah Farmasi UIAM. Sila dapatkannya di sini.
(http://pharmacy.iiu.edu.my/) Untuk makluman, jadual kelas ini tidak akan disediakan dalam bentuk hardcopy. Kanapa? Sebagai satu langkah kecil untuk mengurangkan beban kos fotostat kelas.
Keempat: Oleh kerana jadual penuh semester ini telah wujud, maka usaha ke arah penyedian List of Topics untuk semester ini akan dilakukan. Insya-Allah, minggu depan akan diperoleh dalam bentuk hardcopy.
Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. Sesungguhnya, membaca itu jambatan ilmu. Ilmu itu adalah pengetahuan, dan pengetahuan itu adalah cahaya.
0 Comments:
Post a Comment