Sunday, December 13

Projek semester akhir

Assalamualaikum...

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)." (Surah al-Maaidah, surah ke-5, ayat 2)

Kali ini, insya-Allah akan dituliskan nama-nama mereka yang terlibat dalam menjayakan program-program Biro Kerohanian dan Islamisasi (Spirituality and Islamization Bureau) buat semester yang terakhir.

Sekadar mengimbas sejarah, saya memohon maaf bagi pihak biro ini di atas kekurangan kerja dan istiqamah dalam menjalankan tugas yang telah diputuskan untuk dilaksanakan pada semester lepas (semester 7).

Berikut adalah program yang dirancangkan untuk semester akhir beserta individu-individu yang terpikul beban di bahunya (person in charge) :

1. penggunaan Facebook sebagai medan dakwah (Azwadi)
2. skim pinjaman bahan ilmiah (Syafiq)
3. penanda buku ('Izzuddin)
4. qur'an, hadis dan doa (Birri)
5. qiam al-lail dan tadarus (Shahmin)
6. iftar jama'ie (Asyraf)
7. ceramah (Khairul Anuar)
8. kempen tertentu (Wan Khairul, Latfi, Fatihah)
9. hari kebesaran Islam (Syaza)
10. waktu solat bulanan (Izzati)
11. sudut bacaan (Atiqah)
12. tazkirah kelas (Ainna)
13. tazkirah di nota (Shifaa')

Saya berharap agar program-program yang dilancarkan dan bakal dijalankan mendapat sambutan anda. Marilah sama-sama kita berusaha ke arah yang lebih baik kerana hidup ini amat singkat. Di dunia bukanlah tempat abadi dan selamanya, tetapi ianya seketika cuma. Akhirat jua tempat menuai hasil usaha semasa di dunia.

Petikan dari majalah Solusi, isu 14, muka surat 3 :

# Sayidina Umar pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin-pemimpin membantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan baik ?" Sahabat-sahabatnya menjawab, "Sudah tentu, wahai Amirul Mukminin." Sebaliknya, Umar menjawab, "Belum. Sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya !"

# Sama-sama berusaha, selagi peluang masih ada.

# Buat individu yang terlibat, usahalah. Saya tak menjanjikan ganjaran berupa harta buat anda. Tetapi, yakinlah, usaha kalian dan sesiapa sahaja (usaha ke arah kebaikan) dijanjikan ganjaran kebaikan oleh Allah swt.

2 Comments:

Anonymous said...

"Barangsiapa mengajak kepada petunjuk, dia berhak mendapat pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala sedikitpun, dan barangsiapa mengajak kepada kesesatan, dia berhak mendapat dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun" (Hadith riwayat Muslim)

"Mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar atas gangguan mereka adalah lebih baik daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak sabar atas gangguan mereka" (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Mari kita MENGAJAK, MEMUJUK, BERSIKAP, BERINTERAKSI dan JALINKAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA dengan IKHLAS dan REALISTIK mengikut HIKMAH dan NASIHAT YANG BAIK seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW.

Last but not least, ikhlaskan diri! http://www.zaharuddin.net/content/view/892/72/

Anonymous said...

Mantop sekali komen di atas ini..

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009