Thursday, December 31

IPhA Mag

IPhA is now working on IPhA Magazine..

A request from IPhA Magazine committee = wakil dari 4th year utk menghasilkan:
  1. seloka - describing each classmate
  2. komik

due date: 3rd of January 2010
hantarkan kepada: syahrir_123@yahoo.com.my


silalah berkarya dgn bakat anda!~

Wednesday, December 30

Qiamullail (siri 2)

Alhamdulillah. Part 1 Qiamullail sudah berlalu (merujuk kepada projek Qiamullail batch). Insya Allah untuk siri kedua, berikut adalah ceritanya:

1. Untuk brother - Kita akan join qiamullail yang akan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Afzan pada PAGI HARI JUMAAT (1 Januari 2010). Mengikut Ustaz Zainuddin, program ini akan bermula pada jam 4.00 pagi. Untuk pelajar kita, anda boleh la pilih untuk tidur di masjid atau pun datang pada pagi tu.

2. Untuk sister - Insya-Allah, PAGI KHAMIS (31 Disember 2009) akan diadakan Qiamullail di surau blok (blok sister RX5). Untuk meklumat lanjut boleh tanya Kak Tihah.

3. Program ini bukannya wajib. Attendance pun tak de. Cumanya, bagi yang dah istiqamah qiamullail seorang diri, kami membuka peluang untuk qiamullail di masjid dan di surau. Bagi yang ingin belajar atau mencuba, ini juga peluang untuk kita manfaatkan.

4. Sedikit habuan rohani saya kongsikan di sini. Dipetik daripada Kitab Qiamullail Wa Nawafil & Khulasah Solatul Lail (diterjemahkan sebagai Solat Malam Menggamit Kedamaian) yang ditulis oleh Syeikh Amru Khalid dan Syeikh Sulaiman bin Nasih al-Ulwan dan diterjemahkan oleh Syeikh Abu Muhammad Tolha al-Khairi.

- "Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu, (jadikanlah ia) sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhan mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji (maqam mahmudah)," (Surah al-Isra' 17:79)

- "Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabb nya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (sentiasa bangun malam dan meninggalkan tempat tidur mereka untuk mengerjakan solat malam) dan mereka selalu berdoa kepada Rabb nya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa-apa rezki yang Kami berikan. Tidak seorang pun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan." (Surah as-Sajdah 32:15-17)

- "Sesungguhnya orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga), dan (yang dihiasi dengan) mata air-mata air, sambil menerima segala (nikmat) pemberian Rabb mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (ketika) berada dalam dunia adalah (sebagai) orang yang berbuat kebaikan. Semasa di dunia mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam (kerana bangun beribadah dan solat malam), dan selalu memohonkan ampunan ketika waktu pagi (dinihari) sebelum fajar," (Surah al-Zariat 51:15-18)

- Dalam riwayat, tatkala Aisyah ra ditanya tentang bagaimana amal ibadat Rasulullah s.a.w. ? Dan apakah Beliau s.a.w. memilih hari-hari tertentu untuk beribadat? Aisyah menjawab :"Ibadat Rasulullah s.a.w. terus-menerus tak ada henti-hentinya (termasuk bangun pada waktu malam), dan siapakah antara kamu yang sanggup dan kuat beribadat seperti Rasulullah?" (Riwayat Abu Daud)

OK sekian saja dari SI unit.

Jom Bergambar!

Assalamualaikum wbt.

InsyaALLAH sesi fotografi batch kita akan diadakan pada Khamis 31 Disember 09. So brothers sila pakai baju warna gelap bertali leher. Sisters pakai baju warna yang telah sisters persetujuilah.

Untuk pengetahuan, gambar ni untuk dimuatkan ke dalam IPhA magazine. So, sama-sama lah datang ke sesi fotografi ni.

p/s : lepas abis fotografi untuk IPhA magazine ni, mungkin kita nak buat fotografi ikut biro batch. Ok thanks...see u!

Tuesday, December 29

Borang KKM

sp yg nk mntk tlg mdm halimah certified copy sijil spm n surat branak bleh bg kt ak slewat2ny sblm rehat hari kamis.mdm halimah salu bz,lg cpt korg hnta lg bgus

borg KKM:
1) tarikh ikatan JPA : 4 tahun
2) butir2 istri,suami :TIADA (kalo yg bujang)
3) butir2 anak : TIADA (bg yg xde ank)
4)tarikh (sebelah sain pemohon) : 5/1/2010

utk pilihan penempatan bleh tngk kt blog ejad.submit borg KKM yg complete 5/1/2010

Monday, December 28

Cerita Tentang Nota


Assalamualaikum.

Sedikit bingkisan, silakan baca.

Pertama: Softcopy notes (if provided by lecturers) boleh didapati secara online (atas garisan) di laman sesawang rasmi IPhA. http://pharmacy.iiu.edu.my/ipha/Untuk keterangan lanjut berkenaan prosedur untuk memuat turun, sila klik di sini. (http://iiumrx6th.blogspot.com/2009/12/new-e-notes-project.html) Apa yang penting, wajib register dulu.

Kedua: Kepada para pelajar yang mengambil mana-mana subjek elektif pada semester terakhir ini, sedarlah bahawa tiada hardcopy notes disediakan untuk anda. Kenapa? Kerana tiada orang yang sanggup nak handle (menangani) pekerjaan menyediakan hardcopy notes tersebut. Tetapi, janganlah gusar, janganlah khuatir. Untuk subjek PHM 4262 Veterinary Pharmacy, softcopy notes sentiasa disediakan oleh Prof. Abbas, jadi boleh dapatkan di desktop komputer kelas, ataupun muat turun dari laman sesawang IPhA seperti yang dinyatakan dalam perkara pertama di atas. Setelah berjaya mendapatkan softcopy notes itu, maka bolehlah dicetak (print) sendiri, atau fotostat dari rakan yang telahpun mencetaknya. Untuk subjek PHM 4272 Clinical Toxicology pula, sepanjang pengetahuan dan pengalaman penulis, biasanya Prof. Tariq akan menyediakan sendiri hardcopy notes untuk para pelajar yang sudi menghadiri kelasnya. Jadi, bolehlah dapatkan daripada beliau. Jika tidak mencukupi, sila fotostat sendiri.

Ketiga: Jadual penuh untuk semester ini telah tersedia di laman sesawang Kulliyyah Farmasi UIAM. Sila dapatkannya di sini. (http://pharmacy.iiu.edu.my/) Untuk makluman, jadual kelas ini tidak akan disediakan dalam bentuk hardcopy. Kanapa? Sebagai satu langkah kecil untuk mengurangkan beban kos fotostat kelas.

Keempat: Oleh kerana jadual penuh semester ini telah wujud, maka usaha ke arah penyedian List of Topics untuk semester ini akan dilakukan. Insya-Allah, minggu depan akan diperoleh dalam bentuk hardcopy.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. Sesungguhnya, membaca itu jambatan ilmu. Ilmu itu adalah pengetahuan, dan pengetahuan itu adalah cahaya.

2 Perkara Yang Mengejutkan !


Jadual week 4 yang berubah dengan cukup drastik !

Lecture Notes Dr Razak is now available at yahoogroup !

Click on PICTURE BELOW to download :)









Sunday, December 27

Komen Senior tentang PRP

Korang boleh download komen senior melalui yahoogroup....
Mostly pasal nak isi borang KKM kita....
klik GAMBAR bawah ni





Komen ni berdasarkan networking melalui facebook masa cuti dulu
Harap bermanfaat untuk semua...

Skim Pinjaman

Alhamdulillah...

Berita lagi... kini, pelajar-pelajar RX5 ditawarkan satu peluang untuk meminjam buku-buku yang dimiliki oleh sebahagian rakan-rakan kita. Anda tidak perlu memiliki kad pustaka atau pun serahkan kad matrik semasa peminjaman dibuat. Anda hanya perlu mengikut sedikit syarat berikut:

1. peminjam mestilah menjaga buku yang dipinjam dengan baik
2. buku tersebut mestilah dipulangkan jika tuan punya buku ingin mengambilnya balik pada bila-bila masa
3. khidmat ini hanya sah bagi ahli RX5

Bagi sesi pertama, ada 10 buku yang dibuka untuk pinjaman. Buku-buku tersebut adalah seperti berikut:

1. 10 Ciri Al-Hafiz Cemerlang
2. Bidadari Dari Timur
3. Kisah Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad SAW
4. Nota Hati Seorang Lelaki
5. Untukmu Wanita
6. Bacalah Dengan Nama Tuhan-mu
7. Untukmu Umat
8. Sirah Nabawiyyah
9. Menyukat Solat Diri
10. Formula Solat Sempurna

Untuk maklumat lanjut tentang karya-karya tersebut dan cara-cara peminjaman, anda semua boleh merujuk laman yang disediakan khas untuk projek skim pinjaman ini. Boleh rujuk di

http://laman-iqra.blogspot.com/

OK, sekian saja dari pusat berita !

Rx5 Organization - Revisited

Sekadar untuk makluman semua. Perancangan untuk setiap unit sudah dimaklumkan kepada headcom dan assistant headcom. Jadi, terpulang kepada unit masing-masing untuk bincang dengan lebih lanjut untuk teruskan atau ubah mana-mana yang perlu. Harapnya kita semua dapat bekerjasama. Secara ringkasnya, ada unit yang lebih menjurus kepada program dan ada yang menjurus kepada kerja rutin. Saya cadangkan kita guna sistem terbuka. Untuk satu-satu kerja, boleh ambil mereka-mereka yang daripada unit lain juga.

4th Year Pharmacy Students’
Batch Organization 2009/2010 Session

MAINBOARD

Batch Leader
Mohd Muzani b. Hasbullah

Asst. Batch Leader
Noornazli Zahirah bt. Abdullah

Secretary
Hind bt. Hassan Hamed Elniel

Treasurer
Wan Asfarina bt. Wan Ismail


CLASS ADMINISTRATION

Semester I:
Head: Zulsairi b. Mohd Pauzi
Asst. Head: Nurul Atiqah bt. Yarahim

Semester II:
Head: Ahmad Faiz b. Fauzi
Asst. Head: Raihanah bt. Ahmad


SPIRITUALITY AND ISLAMIZATION UNIT

Job Scope:

1) Promote Islamic teachings and practices as the way of life.
2) Increase sensitivity of members towards issues concerning Islamic affairs (Palestine, Islam Liberal, etc)
3) Instill professionalism (attitude, personality etc)
4) Involve members with islah and dakwah activities.

Committee:

HC: Shahmin b. Hasan
Asst. HC: Siti Norfatihah bt. Mohd Pauzi
Subcom:

Ahmad Latfi b. Mohamed @ Alias
Khairul Anuar b. Abdul Karim
Muhammad Asyraf b. Amran
Abdul Birri b. Abdullah
Nurul Syaza bt. Husni
Wan Nourul Ainna bt. Ab. Aziz
Nur ‘Izzati bt. Ahmad Zawawi


WELFARE UNIT

Job Scope:

1) Preserve and fight appropriately any welfare issues of the members in various matters (academic, finance, mahallah, health etc).
2) Take care of class properties and ensure their functioning (lecture hall condition, computer, LCD, pointer, OHP, microphone, whiteboard, markers etc).
3) Manage batch khairat fund.

Committee:

HC: Ali Umar b. Ibrahim
Asst. HC: Khairul Azurin bt. Mat Wahid

Subcom:

Johan b. Jamarei
Raja Afiq Aizuddin b. Raja Ahmad
Ahmad Faiz b. Fauzi
Muhammad Salahuddin b. Haris @ Harith
Nur Salwa bt. Abdul Halim
Shifaa bt. Jamal
Norhaziah bt. Salleh


EDUCATION UNIT

Job Scope:

1) Manage notes (softycopy and hardcopy).
2) Assist in elevating academic performance and intellectual level. (motivational talks, study workshop etc).
3) Improve skill-based knowledge (presentation skills etc).
4) Combat unethical practices (plagiarism, truancy etc).

Committee:

HC: Mohd. 'Izzuddin b. Mohd Jaaffar
Asst. HC: Nurulhidayah bt. Khairudin

Subcom:

Mohd Hanis b. Salleh
Jusrizal b. Mohamed
Ikhwan Iqbal b. Zulkefli
Zulsairi b. Mohd Pauzi
Raihanah bt. Ahmad
Azizah bt. Mohammed
Nurul Atiqah bt. Yarahim
Siti Hawa bt. Azman


CLASS INFORMATION SERVICE UNIT

Job Scope:

1) Ensure the members are well informed regarding university (SRC, IPhA, etc) and batch activities.
2) Update members with current issues on various field especially pharmacy.
3) Manage batch board and other information tools (bulletin, blog, e-mail, facebook, flickr, yahoogroups etc).
4) Handle public relation affairs with external parties (other batches, IPhA, SRC, other KBS).

Committee:

HC: Syahrir b. Zaini
Asst. HC: Mardhiah bt. Mohd Rais

Subcom:

Abdul Hadi b. Hamzah
Wan Mohd Khairul b. Wan Mahmud
Mohd Hafiz b. Mohd Norrizan
Mohd Syafiq b. Yusof
Siti Naziha bt. Mohamed Ihsan
Mahfuzah bt. Ishak
Nor Atikah bt. Nor Khalim


SPECIAL EVENTS UNIT

Job Scope:

1) Strengthen brotherhood of members, lecturers and staffs by having activities together (rehlah, sports activities, AGD etc).
2) Coordinator for academic and non-academic special events (visits, exhibition, etc).

Committee:

HC: Ezzad Ashraff b. Ashim
Asst. HC: Hafizah bt. Hamidi

Subcom:

Mohd Afiq b. Abu Latifei
Fakhrul Hadi b. Paridul Adras
Azwin b. Md. Tumin
Mohd Azwadi b. Kamarudin
Adi Asraf b. Yusof
Hamida bt. Abdul Hamid
Wan Nur Syafiqah bt. Mior Khairuddin
Hanan Hayati bt. Mamat

Friday, December 25

Hari Asyura

Assalamualaikum...

Sekadar pengumuman untuk yang mungkin terlupa termasuk saya sendiri. Mujurlah diingatkan oleh seorang rakan. Esok 9 Muharram dan lusa 10 Muharram (Hari Asyura) 1431. Apa cerita tentang 2 hari ini ?

Disunatkan berpuasa pada kedua-dua hari tersebut secara berturut-turut. Dalilnya sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Sekiranya aku masih dipanjangkan umur hingga tahun hadapan, tentulah aku akan berpuasa pada hari sembilan (bulan Muharram)" (Hadith riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

Dalam hadith yang lain Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Manakala puasa hari Asyura pula boleh menghapuskan (dosa-dosa yang dilakukan) selama setahun sebelumnya." (Hadith riwayat Ahmad)

p/s - petikan hadith diambil dari kitab Fiqh Ad-Dalil, hasil kerja Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni (mukasurat 301)

Sekian.

Thursday, December 24

Sudut bacaan

Assalamualaikum...

Sedikit pengumuman. Insya-Allah minggu depan (minggu ke 4) akan ada sudut bacaan dalam kelas kita (audi yang disayangi, haha). Bukan sudut sangat pun, cuma ada la rak atau pun tempat untuk meletak buku atau majalah atau risalah yang akan disediakan. Oleh itu, jika ada ruang masa, boleh la bagi sesiapa yang ingin membaca bahan-bahan yang terdampar pada rak tersebut.

Satu lagi, kami mengharapkan kesudian mereka yang ingin berbudi agar membawa bahan-bahan yang bermanfaat (ilmiah atau santai) untuk dikongsi bersama dan diletakkan di atas rak yang disediakan. Bahan-bahan tersebut hanya untuk dibaca di dalam kelas, jangan bawa balik pulak. Untuk sister, rak di sebelah kanan mereka dan untuk brother, rak di sebelah kiri mereka.

Sekian, terima kasih kerana sudi mendengar berita s n i. Wassalam.

Wednesday, December 23

Class Information Service

Dulunya dikenali sebagai Rx5 Information Unit.
Sekarang, nama baru kami ialah…

“Class Information Service (C.I.S)”

Dengan motto “Be S.M.A.R.T” yang terdiri daripada

Specific,
Measurable,
Achievable,
Reasonable &
Timeline.

Kami berharap dapat mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam kerjaya yang salah satu tugasnya ialah sebagai ahli farmasi “Drug Information Service (D.I.S)”.

Ahli Jawatankuasa


Huraian Tugas

1. Blog Administrator

a. Menguruskan posting, layout dan setting blog
b. Menjemput ahli baru menjadi author
c. Memastikan isi blog terkawal dari anasir negatif

2. Yahoogroup Moderator

a. Menguruskan hal ehwal yahoogroup seperti approve pending members
b. Menjemput ahli baru menjadi member
c. Melengkapkan database dan apa-apa yang berkenaan dalam kolum sebelah kiri yahoogroup

3. Notice Board Controllers

a. Menghias papan kenyataan kelas

4. Network Observers 1

a. Stay updated with specific link
b. Post summary of recent event of the link to the batch blog (weekly)
c. Alert other classmates on the current link issues

http://pharmacy.iiu.edu.my/
http://pharmacy.iiu.edu.my/ipha/
http://iphapresident.blogspot.com/

5. Network Observers 2

a. Stay updated with specific link
b. Post summary of recent event of the link to the batch blog (weekly)
c. Alert other classmates on the current link issues

http://iphapress.wordpress.com/
http://iiumrx6th.blogspot.com/
http://pharmacy.gov.my/

6. Network Observers 3

a. Stay updated with specific link
b. Post summary of recent event of the link to the batch blog (weekly)
c. Alert other classmates on the current link issues

http://www.spa.gov.my/
http://portal.bpfk.gov.my/bpfk/
http://en-gb.facebook.com/iiumpharmacy/
http://www.facebook.com/home.php?#/profile.php?id=100000570441314&ref=ts

7. Motivational Book Editor

a. Collect all story line submitted of the Video for AGD
b. Compile it in a book
c. Print and Photostat to the junior

8. Archive Manager

a. Collect all pictures and videos from classmates that have it
b. Arrange it in timely sequence from year 1 until year 4
c. Give description on the pictures and also provide detail biodata of each of us

9. Workshop on DIS Initiator

a. Arrange a workshop on how to find and search good journal or reference to be included in the presentation and report
b. Form committee to manage the program

10. Organizational Chart Designer

a. Design class organizational chart
b. Post in blog
c. Paste on notice board


Kelas tambahan

"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

(Surah az-Zumar, surah ke-39, ayat 9)

Alhamdulillah atas segala rahmat-Nya. Entri ini sekadar pengumuman buat semua. Pengumuman tentang majlis ilmu yang ada berhampiran kita. Ianya merupakan kelas-kelas tambahan yang penting untuk melengkapkan ilmu keduniaan yang dipelajari semasa dalam kelas. Saya mengajak diri sendiri dan sahabat sekalian untuk turut serta menadah telinga dan meluangkan sedikit masa bagi menambah kefahaman yang sedia ada. Ianya seperti berikut :

1. Kuliah sirah oleh Ustaz Taufik Zakaria (Ma'ahad Tahfiz). Setiap hari Selasa, jam 8.00 malam di Bangunan KOS, A1-18.

2. Kuliah tafsir oleh Ustaz Zainuddin Zakaria (Imam besar MTAA). Setiap Rabu, selepas maghrib di Surau CF Brother.

3. Pembacaan kitab oleh Bilal Kanan MTAA. Sekarang ianya berdasarkan karya Imam al-Ghazali bertajuk 'Taubat'. Masanya selepas solat Subuh. Hari - tak pasti kerana ia bergilir-gilir antara pembacaan kitab tersebut dan kuliah tafsir (oleh Ustaz Zainuddin). Senang kata, setiap hari selepas Subuh, insya-Allah ada ruang majlis ilmu bertapak di MTAA.
# Jom sama-sama mengambil manfaat darinya. Ambil sedikit masa dalam 24 jam sehari yang kita ada untuk menambah ilmu-ilmu agama serta memuhasabah diri. Sedarlah, dunia bakal pergi, negeri akhirat yang kekal abadi. Sekian, wassalam.


Group Tadarus (brother)

Assalamualaikum...

Berikut adalah kumpulan tadarus al-qur'an buat Brother RX5 beserta naqibnya :

1. Muzani (naqib), Birri, Latfi, Adi, Syafiq
2. Raja (naqib), Shahmin, 'Izzuddin, Azwadi
3. Syahrir (naqib), Salahuddin, Azwin, Khairul Anuar, Johan
4. Khairul (naqib), Zulsairi, Ali Umar, Fakhrul Hadi, Asyraf
5. Faiz (naqib), Ezzad, Hanis, Hadi

Outsiders - Hafiz, Afiq (Piran) dan Jusrizal, anda boleh memilih kumpulan anda sendiri. Atau pun anda tadarus dengan housemate anda.

Buat sekalian naqib, saya serahkan tugas ini kepada anda untuk melaksanakannya. Sekurang-kurangnya sekali seminggu. Moga ada kebaikan padanya.

Tuesday, December 22

Kerja Rumah Madam Rohani

Assalamualaikum

Berikut ialah kerja rumah yang diberikan oleh Madam Rohani

Just go through the notes provided and prepare for the assigned drugs/ parts.

No need to prepare slides, just verbal presentation

For those yg takde nama dalam list ni sila baca note 37 (gout).

PT2- MSK Disorder (Mdm Rohani)

Antiinflammatory & Antirheumatic Drug (note 36)

Inflammatory process
• Eicosanoid (hafiz)
• Biological oxidant (afiq)
• Cytokines (azwin)

NSAID
• MOA (ezzad)
• ADR (atiqah)
• Contraindication & drug interaction (shahrir)

Salicylates
• Basic pharmacology (solah)
• Adverse event (naziha)

Aryl & heteroarylalkanoic acid type
• Indomethacin( hadi)
• Sulindac (muzani)
• Tolmetin (izzudin)
• Ketorolac (raihanah)
• Etodolac (hidayah)
• Diclofenac (Hind)
• Ibuprofen (Atikah)
• Fenoprofen (jusrizal)
• Naproxen (syafiqah)
• Ketprofen (zulsairi)
• Flurbiprofen (Ali)
• Oxaprozin (azurin)
• Nabumetone (shahmin)

Sulphonylphenyl derivatives
• Celecoxib (shifaa)
• Refocoxib (ainna)

Oxicam type
• Piroxicam (asfarina)
• Meloxicam (salwa)

Fenamate type
• Mefenamic acid (latfi)

Phenylbutazone-type
• Phenylbutazone (hawa)
• Oxyphenbutazone (fatihah)
• Antipyrine (hanis)
• Dipyrone (raja)
• Aminopyrone (hanan)

Acetaminophen (azwadi)

DMARDs
• Methotrexate (faiz)
• Sulfasalazine (khairul)
• Antimalarials (syaza)
• Leflunomide (mardhiah)
• TNF-a inhibitors (izzati)
• Interleukin-1 antagonist (hamida)
• Gold compounds (hafizah)

Other
• Corticosteroids (johan)
• Immunosppressive drugs (birri)
• Minocycline (khairul anuar)
• Penicillamine (azizah)

Sebarang pertanyaan, sila bertanya CR (saudara Faiz)

Terima kasih

Monday, December 21

Di mana kita wahai pemuda ?

Assalamualaikum... moga berbahagia hendaknya.

Persoalan di atas (di mana kita wahai pemuda ?)dilontar atas rasa kehilangan, kekurangan dan kerapuhan benteng yang suatu ketika dulu, amat utuh. Keutuhan yang tidak dapat ditembusi oleh mata pedang kuffar dan juga helah khianat munafiq serta pemberontakan yahudi.

Benteng apakah itu ? Benteng itu berupa kesungguhan pemuda-pemuda Islam (kaum lelaki) yang kental rohaninya. Semangat dan keimanan mereka diterjemahkan oleh perbuatan mereka, bukan sekadar pengakuan lidah.

Satu program yang amat berkesan dalam mendidik jiwa-jiwa pemuda Islam ialah solat berjemaah. Ianya merupakan suatu sunnah Rasulullah saw yang amat dituntut untuk dilaksanakan.

Solat disyariatkan pada waktu-waktu tertentu. Subuh ada waktunya, zohor juga ada waktunya. Ianya tidak datang sekali gus 5 waktu dalam satu masa kerana ianya merupakan salah satu cara bagi mendidik disiplin diri buat umat Islam. Ia juga berupa ujian bagi membezakan muslim yang teguh keimanannya dengan mereka yang mengamalkan Islam secara sambil lewa. Sambil lewa ? Ya, apabila solat yang merupakan tiang agama ditunaikan dalam keadaan ala kadar, tiada kesungguhan dengan selalu melewatkan waktu solat. Bahkan, terkadangnya, solat Subuh terlepas sehinggakan terbit matahari. Lalu, di mana lagi sumber kekuatan rohani, jika solat ditunaikan secara sambil lewa.

Imam-imam masjid sering gusar memikirkan bilangan jemaah yang memenuhi ruang masjid. Saf yang berjela-jela, hanya diisi 2 atau 3 baris di hadapan. Ke mana kita (pemuda Islam) menghilangkan diri di saat jemputan ke rumah-rumah Allah (masjid) dilaungkan oleh para muazzin ?

Ayuh, sama-sama berusaha untuk berubah. Berusaha menunaikan solat secara berjemaah serta cuba istiqamah dalam melaksanakannya. Percayalah, ianya dirasakan sukar pada permulaannya. Apabila kita sering melaziminya (solat berjemaah), perasaan rindu dan rugi akan menyerpa tatkala kita terlepas peluang yang amat bernilai itu.

Tulisan ini sebagai titik menegur diri serta mereka yang sering melalaikan solat berjemaah (solat awal waktu bagi perempuan).

Berikut dipetik sedikit kandungan dari karya Dr. Raghib al-Sirjani:

1. "Pada suatu ketika Rasulullah saw mengerjakan solat Subuh lalu baginda bertanya,"Apakah kamu menyaksikan si fulan mengerjakan solat?" Mereka menjawab,"Tidak." Baginda pun bersabda,"Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak)adalah amat berat bagi orang munafik. Sekiranya mereka mengetahui apa yang ada dalam solat Subuh dan Isyak, tentu mereka akan mendatanginya, sekali pun datang dengan cara merangkak." (mukasurat 13)

2. "Apa yang penting dalam permasalahan ini adalah ujian yang membezakan antara wanita munafik dengan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu. Wanita mukminah yang berjaya lulus dalam ujian adalah mereka yang mengerjakan solat Subuh ketika kaum lelaki sedang mengerjakan solat di dalam masjid. Sedangkan wanita yang belum kuat keimanannya akan mengerjakan solat Subuh ketika menjelang terbit matahari. Bahkan lebih celakanya lagi, dia malah mengerjakan solat Subuh setelah terbit matahari !

Wahai saudaraku ! Saya sama sekali tidak bertujuan menambah bebanan hidup anda, atau membebani anda dengan sesuatu di luar kemampuan anda. Demi Allah, saya hanya berbicara tentang hakikat syariat Allah. Saya pun hanya menyampaikan kepada anda hukum yang sudah pasti, yang tidak ada keraguannya lagi. Saya hanya menyampaikan permasalahan yang sudah menjadi kesepakatan ulama, yang tidak ada lagi perbezaan dan perselisihan mengenainya." (mukasurat 19-20)

Sunday, December 20

Nota Minggu Ini (NMI)

Memperkenalkan, Nota Minggu Ini (NMI)
Ini adalah senarai hardcopy nota kelas
Yang diperoleh setiap minggu
Untuk first version ni, gabungan week 1 dan week 2
Terima kasih kepada Judin yang tak jemu-jemu fotostat semuanya
List ni bertujuan untuk memperkemas koleksi nota anda
Lebih sistematik kurang stress =)

Boleh download dengan klik link di bawah

http://groups.yahoo.com/group/iiumrx5/files/Nota%20Minggu%20Ini%20%28NMI%29/

Timetable W3 and W4

This is updated photo on Sunday, 20th December 2009





Friday, December 18

Hijrah KITA

Kisah Tak Benar Plotnya Tapi Benar Pengajarannya


“Man (bukan nama sebenar), bulan depan 2010 dah ye. Cuak jugak aku rasa tengok angka 10 ni. Kau 24, aku 25. Dah suku abad kita hidup atas dunia ni”, Fikri (juga bukan nama sebenar) membuka bicara setelah agak lama mendiamkan diri. Aku pula asyik memandu. “Dulu, masa ambil keputusan SPM, kita sibuk bertanya dapat berapa A. Bila dah masuk matrik dan universiti, sibuk tanya belajar kat mana dan amik course apa. Bila dah grad, sibuk tanya kerja kat mana dan bila nak kahwin. Bila dah kerja, sibuk tanya anak berapa. Sedar-sedar, kita atau mungkin orang lain akan tanya bila si fulan meninggal?” Fikri meneruskan bicaranya. Dia memang suka nasihat berlapik. “Kau rasa aku ni berubah tak berbanding zaman matrik dulu?” kali ni Man pula bersuara.


“Kau okei Man, takde masalah, aku ni yang teruk. Entahlah, susah nak baiki diri ni. Dah berazam tapi selalu kalah. Tak tahulah nak jadi apa aku ni” jawab Fikri. Jawapan biasa yang dia berikan. Pada aku, dia memang seorang yang baik. Tapi tak mengapalah, kalau dia merasakan diri dia masih perlu diperbaiki, sekurang-kurangnya dia akan terus berusaha. Sebagai kawan, saling menasihati dan cakna itu penting.


Kembali Kepada KITA


Cerita di atas untuk APPETIZER. MAIN COURSE sebenarnya nak berkongsi apa yang disebut oleh Dr Mohamed dalam ceramah Ma’al Hijrah semalam. Antara pengajaran yang boleh KITA ambil ialah:


Good Planning (Perancangan Teliti)


Perjuangan Rasulullah SAW menghadapi banyak kesulitan. Namun, baginda tidak berserah bulat-bulat lalu bersantai menunggu pertolongan Allah. Sebaliknya, perancangan yang teliti telah dibuat. Antaranya:

- menghantar Mus’ab bin Umair ke Yathrib (nama lama Madinah) untuk berdakwah.

- mengarahkan Ali tidur di tempat tidurnya.

- terlebih dulu menuju ke selatan (Gua Thaur - 3 hari) sebelum menuju ke utara.


Good Networking (Rangkaian Gerak Kerja Berkumpulan Yang Baik)


Rasulullah SAW tolong menolong dengan para sahabat dan mengagih-agihkan tugas yang sesuai dengan bakat dan kepakaran masing-masing. Antaranya:

- Ali KW

- Abu Bakr (Pendamping Rasulullah SAW yang setia)

- Asma’ bt Abu Bakr (Pembawa makanan)

- Abdullah b. Abu Bakr (Pembawa berita terkini)

- Amir Fahirah (Pengembala kambing- susu)

- Abdullah bin Uraiqith (Pemandu jalan rahsia)

- Umar bin Khattab al-Farouq (psy-war; isytihar Hijrah secara terbuka)


Setiap arahan Rasulullah SAW dilaksanakan dengan sebaik-baiknya meskipun risikonya tinggi. Begitulah tingginya nilai persaudaraan yang dimiliki oleh mereka.


Sacrifice (Pengorbanan Yang Besar)


Perjuangan memang menuntut pengorbanan yang besar sama ada harta, jiwa, tenaga, fikiran, waktu dan perasaan. Antara contoh yang ditonjolkan dalam peristiwa Hijrah ialah:

- Ali KW dan Asma’ menanggung derita penyeksaan sebab menjaga rahsia.

- Abu Bakr berkorban dengan semua harta yang dimiliki.

- Sahabat-sahabat Ansar di Madinah berkorban dengan menerima saudara-saudara Muhajirin dengan penuh keikhlasan yang tak terkira.


“Orang yang berkorban penuh keikhlasan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah. “
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahuinya” (Surah As-Saff, 61: Ayat 10-11. Juzuk 28, m/s 551).


Sincerity (Keikhlasan Yang Tulus)


Hijrah adalah perjalanan yang jauh dan rumit. Hijrah perlu dilaksanakan dengan niat ikhlas demi Allah dan RasulNya. Keikhlasan akan menzahirkan kesungguhan untuk melalui segala ujian, musibah serta liku-liku perjuangan.


Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung kepada niat, dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia bakal mendapat balasan daripada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa pula yang berhijrah kerana mencari kepentingan dunia atau kerana perumpuan yang ingin dikahwininya, maka dia akan mendapat apa yang diniatkan itu (serta dia tidak akan mendapat balasan baik oleh Allah)” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).


Solidarity (Persaudaraan Yang Indah)


Setelah Rasulullah SAW dan para sahabat tiba di Madinah, baginda disambut dengan sambutan luar biasa kerana hampir semua orang Madinah menginginkan baginda menetap di rumah mereka. Para sahabat lain juga diterima dengan senang hati untuk tinggal di rumah muslimin Ansar. Mereka berbahagi harta kepada Muhajirin serta menyiapkan jodoh wanita solehah untuk diperisterikan sahabat Muhajirin. Persaudaraan ini akhirnya diperkukuhkan dengan pembinaan Masjid Nabawi sebagai pusat pembinaan umat.


Checklist Hijrah KITA:









1) Saling berkomunikasi/berinteraksi/berbincang secara optimum

2) Berlapang dada dengan keputusan majoriti dan menghargai perbezaan pandangan

3) Mendidik dengan sikap dan perbuatan (dakwah bil hal @ walk the talk)

4) Buang yang keruh, ambil yang jernih, jauhi prasangka

5) Yang lepas jadikan iktibar

6) Mengajak, mengajak dan terus mengajak kepada kebaikan

7) Prihatin, cakna dan saling menolong sesama kita


SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1431!


Luangkanlah masa untuk membaca artikel di bawah:

Ustaz Pahrol Md Juoi – Armada Hijrah

http://genta-rasa.com/2009/12/15/armada-hijrah/#more-695

Wednesday, December 16

Andai Hati Sesuci Bayi

Kenapa kita suka tengok bayi? Sebab bayi suci. Bayi tiada dosa. Mereka dilahirkan seperti kain yang putih. Bahagia kan dapat tengok baby?... Andai hati kita sesuci hati bayi kan seronok. Moga Allah jernihkan hati kita untuk terus berada dalam iman yang teguh. InsyaAllah.










Scholar JPA untuk UIA



Peringatan buat kawan-kawan yang selalu parking motor kat tempat biasa kita tu, (tepi audi). Tempat parking kita dah hampir satu semester lebih tu kini jadi sasaran security nak saman. Hari ini beberapa buah motor telah disaman sebab letak kat situ. Jadi beringatlah. Takkan nak habiskan duit JPA kat UIA je. . Alahai, bukan rezeki mereka yang hadir ke Book Award dalam hujan-hujan, keluar audi tengok kena saman.

Raikan Semangat Hijrah



Marilah sama-sama kita menyemarakkan semangat hijrah. Jom beramai-ramai mengikuti program batch kita ni. Batch lain juga dijemput untuk mengikuti program ini. Moga amal baik kita diterima Allah swt. InsyaALLAH.

Kuliah Tafsir

Assalamualaikum...

Ilmu bukan setakat untuk kehidupan dunia, bahkan untuk hidup di akhirat, ilmu juga amat penting. Jom... ke kuliah tafsir oleh Ustaz Zainuddin Zakaria (Imam Besar Masjid Tengku Ampuan Afzan) malam ini di surau KOP. Lepas maghrib.Insya-Allah beramai-ramai lah kita !

Book Award

Gambar yang diambil lebih kurang pukul 11.00 pagi, 16 Disember 2009





Bersungguhlah...

"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?"

(surah Yaa siin, surah ke-36, ayat 60-62)

Entri ini bersempena dengan Maal Hijrah yang bakal menutup tahun 1430 Hijrah dan sekaligus membuka lembaran baru 1431 Hijrah (Bersamaan 18 Disember 2009).

Ayat di atas menjelaskan keadaan yang berlaku pada hari penuaian hasil, pada hari pembalasan amalan (amal baik dibalas baik, buruk dibalas buruk). Di sana, insan bertaqwa diganjarkan kenikmatan yang amat serta kenikmatan yang berkekalan. Manakala, insan derhaka yang sering menuruti langkah syaitan diperintahkan untuk berjauhan dengan orang-orang yang bertaqwa. Untuk mereka (insan yang ingkar), disediakan azab yang tidak terperi dan tak mampu ditanggung.

Bersungguhlah... bersungguhlah ke arah pembaikan, ke arah yang lebih baik. Konsep cause and effect yang diberitakan oleh Allah swt amat mudah untuk difahami. Sesiapa yang hidupnya di dunia ini di jalan kebenaran, maka kesannya ialah nikmat dan kebahagiaan yang abadi buat mereka. Manakala, bagi insan yang hidupnya di dunia ini di jalan yang dimurkai, jalan yang digemari syaitan, maka kesannya jelas disebut di dalam al-Qur'an (azab yang tidak terperi serta berkekalan di dalam azab seksa tersebut).

Justeru, penulis menyeru diri sendiri serta mereka yang mahu berfikir akan kebaikan diri sendiri, keluarga, sahabat-sahabat dan umat Islam, agar mencuba sekuat hati, sekental semangat untuk berubah ke arah kebaikan. Bukan setakat berubah (seketika), bahkan elemen istiqamah itu yang jauh lebih penting. Jelas, ianya (istiqamah) di jalan kebenaran amat sukar, tambahan pula pada yang zaman fitnah (ujian, cabaran) ini. Hanya mereka yang benar-benar berpaut pada tali Allah swt yang akan berjaya merempuh 'halangan berduri' ini. Hanya mereka yang mengharap reda Allah yang akan berjaya (bukannya mereka yang meminggirkan keikhlasan dan mengharapkan pujian dari manusia).

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (surah at-Tahrim, surah ke-66, ayat 6)

# Berusaha dan berusaha, selagi peluang masih ada. Orakkan langkahmu. Biarkan sekecil mana pun langkah itu, namun ianya amat penting kerana tanpa langkah pertama, tiadalah langkah kedua dan seterusnya.

# Ingatan buat diri sendiri agar tidak kehilangan fokus (reda Allah yang dikejar, bukan pujian atau kutukan insan yang memberi kesan pada kehidupan di alam sana)

# Sekian, moga Allah membantu dan memberi hidayah-Nya buat kita dalam mengorak langkah perubahan dan istiqamah dengannya. Izinkan angin perubahan itu bertiup !

Tuesday, December 15

Takziah Hafiz dan Mawaddah

Tanggal 31 Ogos 2009, menitiskan air mata kasih seorang ibu, mengukirkan senyuman mesra seorang ayah. Kegembiraan itu dikongsi bersama oleh sanak saudara dan sahabat handai yang turut menantikan kelahiran seorang pejuang ini. Dilahirkan pada hari merdeka, Little Mujahid ini dinamakan 'Ukasyah sempena nama seorang sahabat Rasulullah saw yang amat menyayangi kekasih ALLAH itu.

Gelak tawa, tangis manja.Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Semestinya setiap detik bersama 'Ukasyah merupakan detik indah buat Hafiz dan Mawaddah. Namun ketentuan Ilahi adalah pasti. 14 Disember 2009, 'Ukasyah pergi meninggalkan mereka. 3 bulan 2 minggu pastinya saat yang amat singkat buat Hafiz dan Mawaddah untuk menikmati kebahagiaan bersama 'Ukasyah.

Hafiz dan Mawaddah,
Kami semua yakin. Hafiz dan Mawaddah merupakan ibu bapa yang sangat tabah dan cekal. Sejak dari awal kehamilan sehinggalah sekarang, Hafiz Mawaddah tabah menghadapai dugaan. Ujian sebegini besar pastinya untuk orang yang sabar dan bertakwa. Allah tidak akan membebankan hambaNya melainkan dengan apa yang kita mampu hadapi. Orang yang sabar itu ialah orang yang bertakwa. Dan orang yang bertakwa itu tinggi darjatnya di sisi Allah swt.

Saya juga pasti. Hafiz dan Mawaddah mahukan kita mendokan mereka. Hafiz dan Mawaddah mahu kita menginsafi diri. Walaupun kita masih muda, walaupun kita tidak berpenyakit, walaupun kita memandu kereta dengan berhemat, walaupun kita sentiasa berhati-hati, Izrail boleh datang menjemput kita pada bila-bila masa.

Saya juga pasti. Hafiz dan Mawaddah mahu kita semua sentiasa mengingati mati. Sentiasa bersedia, bersedia dan bersedia untuk mati. Hidup kita sangat singkat. Bersedialah untuk pergi wahai sahabat.

Salam takziah sekali lagi buat Hafiz, Mawaddah dan keluarga daripada kami IIUM Rx5. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas 'Ukasyah.

Monday, December 14

ZAKAT ASSISTANCE FORM - BORANG BANTUAN ZAKAT

salam.
Dear my beloved friends..
I'm not sure whether you aware of this or not.
Personally, based on my observation, the notice about the zakat assistance application form is only appeared on notice board infront of ONE STOP CENTRE...quite weird why it isn't pasted on other notice board e.g near library....

you still can get the form till this thursday, 18th December 2009 at OSC. It's no longer online (glad for the trouble before).

Still not late to apply for it even majority of us is (are??confuse.help me to correct it my dear english grammar wise friends) attending our very final semester. inshaALLAH...

wassalam.

Sunday, December 13

Projek semester akhir

Assalamualaikum...

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)." (Surah al-Maaidah, surah ke-5, ayat 2)

Kali ini, insya-Allah akan dituliskan nama-nama mereka yang terlibat dalam menjayakan program-program Biro Kerohanian dan Islamisasi (Spirituality and Islamization Bureau) buat semester yang terakhir.

Sekadar mengimbas sejarah, saya memohon maaf bagi pihak biro ini di atas kekurangan kerja dan istiqamah dalam menjalankan tugas yang telah diputuskan untuk dilaksanakan pada semester lepas (semester 7).

Berikut adalah program yang dirancangkan untuk semester akhir beserta individu-individu yang terpikul beban di bahunya (person in charge) :

1. penggunaan Facebook sebagai medan dakwah (Azwadi)
2. skim pinjaman bahan ilmiah (Syafiq)
3. penanda buku ('Izzuddin)
4. qur'an, hadis dan doa (Birri)
5. qiam al-lail dan tadarus (Shahmin)
6. iftar jama'ie (Asyraf)
7. ceramah (Khairul Anuar)
8. kempen tertentu (Wan Khairul, Latfi, Fatihah)
9. hari kebesaran Islam (Syaza)
10. waktu solat bulanan (Izzati)
11. sudut bacaan (Atiqah)
12. tazkirah kelas (Ainna)
13. tazkirah di nota (Shifaa')

Saya berharap agar program-program yang dilancarkan dan bakal dijalankan mendapat sambutan anda. Marilah sama-sama kita berusaha ke arah yang lebih baik kerana hidup ini amat singkat. Di dunia bukanlah tempat abadi dan selamanya, tetapi ianya seketika cuma. Akhirat jua tempat menuai hasil usaha semasa di dunia.

Petikan dari majalah Solusi, isu 14, muka surat 3 :

# Sayidina Umar pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Jika aku telah melantik orang yang baik sebagai pemimpin-pemimpin membantuku, apakah aku telah melaksanakan amanah kepimpinan ini dengan baik ?" Sahabat-sahabatnya menjawab, "Sudah tentu, wahai Amirul Mukminin." Sebaliknya, Umar menjawab, "Belum. Sehingga aku memastikan orang baik itu melaksanakan kebaikannya !"

# Sama-sama berusaha, selagi peluang masih ada.

# Buat individu yang terlibat, usahalah. Saya tak menjanjikan ganjaran berupa harta buat anda. Tetapi, yakinlah, usaha kalian dan sesiapa sahaja (usaha ke arah kebaikan) dijanjikan ganjaran kebaikan oleh Allah swt.

Saturday, December 12

Kursus Umrah




Assalamualaikum buat semua...

Sekadar pengumuman. Esok, 13 hb 12 2009 akan diadakan kursus umrah di Masjid Tengku Ampuan Afzan (MTAA).

Waktu - 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Penyertaan adalah percuma.
Makan tengahari dan minum petang disediakan.

Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat dan mempunyai kelapangan, anda amat digalakkan untuk turut serta. Sekian.

Friday, December 11

New OTC Result Monday

Assalamualaikum semua.

Menurut Madam Hadijah yang saya ketemu dengannya semalam, terdapat ralat pada result OTC.

Ceklah result baru anda pada hari Isnin ini. Mungkin ada yang naik, mungkin ada yang turun.

Sekian terima kasih.

Thursday, December 10

Memo: SPA Briefing




Assalamualaikum,
Jangan lupa kawan-kawan. Esok kita kena pergi taklimat SPA ni. Akhirnya kita dah hampir sampai ke tahap nak bekerja dah. Sekejap sungguh masa berlalu.

Sumber ilmu di hujung jari

Pengumuman untuk sumber ilmu online anda:

1. E-notes
2. Yahoogroup


Huraian

1. E-notes
- anda boleh download softcopy lecture melalui laman web ipha
- klik sini untuk maklumat lanjut
http://iiumrx6th.blogspot.com/2009/12/new-e-notes-project.html




2. Yahoogroup
- kongsi fail yang agak privacy seperti link di bawah ini
CONTOH STORY LINE (VIDEO FOR AGD)
- jadi marilah ramai-ramai join





Wednesday, December 9

Sesi Fotografi Kita



Sila klik pada gambar untuk dapat tengok dengan lebih jelas. IPhA akan wat sesi fotografi untuk sume batch. Jadinya pakaian apa nak pakai nanti kita bincangkan sama2. Yang pasti sila pastikan semua hadir pada 15hb12 ni.. Ia untuk majalah IPhA, dan lain-lain. Terima kasih.

"Nurturing the Ummah"


Tuesday, December 8

Veterinary Pharmacy!



Kepada sahabat-sahabat yang inginkan fotokopi naskhah buku Veterinary Pharmacy seperti gambar di atas, 606 muka surat, (yang direkemen oleh Prof Abbas), silalah tulis nama anda esok sewaktu helaian kertas diedarkan. Hasratnya nak fotostat kat Teruntum. Harga belum dipastikan tetapi minta jasa baik anda bayar wang deposit sebanyak RM10.



Satu lagi. Yang visit ke Zoo Negara tu. Rasanya macam bosan gi sana kan. Saya dan kawan2 ada cadangkan kita ke PERAK.. kat Ipoh ada Institut Penyelidikan Veterinar . Rasanya lagi banyak benda yang kita boleh belajar kat situ. Selain tu, kita jugak bleh pegi Zoo Taiping dan alami sendiri NIGHT SAFARI...haa... best tak? so, sape ada cadangan lain sila suarakan... TQ





untuk maklumat lanjut tentang destinasi tersebut, sila layari

http://www.zootaiping.gov.my/
http://www.jphvri.gov.my/

Yang benar,
Bro Mohammad.

Discussion on AGD

Date: 9 December 2009 (Wednesday)
Time: 3.00 pm (tentatively, if class finish earlier, proceed...)

Kepada semua kawan-kawan, boleh bincang-bincang dulu sesama kita, nanti esok boleh terus bagi suggestion. Kalau nak bertulis pun boleh juga. Kita ada 2 pilihan, sama ada nak serah sepenuhnya pada IPhA dan kita letak wakil kita dalam main committee (mungkin 1/2/beberapa) untuk diambil kira pandangan batch kita untuk majlis tu nanti. Atau boleh juga kita lantik beberapa wakil kita jadi mainboard (katakan 6 orang camtu) dan committee2 lain akan dibentuk dan dibantu oleh IPhA.

Sebelum ni pernah ada post pasal AGD, boleh rujuk di sini..

http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=26384149376717158

Attention Seekers!

Assalamualaikum
1) as reminded earlier, 2 copy ic + 1 pasport photo. bg wkt rehat esk. xpe x certified lg copy ic nnt akn disahkn oleh kak.mas,assistant director.

2) regis subjek try bt smpi 10hb, aftr date tu kalo xbleh gak add nnt list subjek akn ddistribute dlm klas.sp nk amek audit course(just regis subjek elektif yg nk,attend class tp x sit for exam) yg tu akn dbuat manually.nnt list subjek audit course akn distribute 11hb.

3) meeting SPA wajibbun ghunnah kn dtg,nk tny ap2 soklan sgt dialu2kn time tu.contoh korg bjauhn dgn suami/istri so nk mntk tuka sume mcm mn etc...

4) ppr database 4th yr akn diedarkn dlm klas,tlg update profile msing2 eg alamat surat mnyurat tbaru,no fon yg aktif dll.

sekian dulu utk kali ni,sehingga bjumpa lg.mekaseh kpd solah yg menginvite + tk yg mnolong post entry ni

Saturday, December 5

Yahoo Gp. Untuk Kita Aje


Click to join iiumrx5

Click to join iiumrx5

Assalamualaikum, semua rx5. Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai pilihan pelayaran anda di alam maya.

Seperti yang terbentang di atas dan di midwidget, ada simbol yahoo group di situ...silalah join ya untuk kemudahan di masa hadapan.

Dah join, sila klik bahagian database dan isilah butiran peribadi anda.

Apa kelebihannya?

Contoh:

Mr Johan nak kahwin tahun hadapan tak perlu dah nak minta semua orang punya alamat n no tel. Semua ada kat yahoo group. Pehtu, dia boleh upload kad kahwin kat situ bagi orang yang nak pi download.

Mr. Syarafi. eh silap-silap. Mr. Syahrir duk rajin buat Blues Clues. Haaa, senanglah beliau untuk melaksanakan tugas-tugas berbakti dengan berkongsi invention2 yang berguna untuk kita semua.

p/s: Mr Johan hanya contoh. Tidak bersangkutan dengan hal peribadi beliau.

Friday, December 4

Jadual week 1 - 3 (Y4S2)

Suasana sepi. Baru hari ini cuaca cerah. Sebelum ini tak berhenti-henti hujan kat kuantan ni. Kedengaran sayup-sayup suara makcik 'cleaner'. Maklumlah, dah nak dekat pukul 4.00 petang. Waktu ini lah diorang nak kemas-kemas balik. Dalam perjalanan menuju Auditorium KOP, kelihatan beberapa notis baru ditampal bersebelahan pintu.




Setelah mendekati, barulah jelas kelihatan jadual untuk semester baru. Final semester.
Penting untuk week 1. Hari jumaat ada briefing SPA. Interview mungkin bulan 2 berdasarkan maklumat dari kak wan. Tapi, lebih selamat kalau boleh bawa awal-awal dokumen utk interview seperti:
1. Sijil original - akademik dan kokurikulum
2. Surat beranak original
3. Gambar pasport yang macam zul tulis dalam entri sebelum ni.


Week 2 lak penting nya ada Pharmily day masa weekend tu. So, harap semua boleh hadir utk program terakhir bersama semua batch ni.



Week 3 jumaatnya cuti. So, masa ni kot senang sikit kalau nak balik rumah. Tak taulah kalau ada program apa lak weekend tu.

IPhA E-media

Salam to all IIUM Rx5

Korang boleh dapat maklumat TERKINI & PANAS pasal IPhA @ KOP melalui IPhA E-media

Klik link kat BAWAH ni untuk detail:
http://pharmacy.iiu.edu.my/ipha/pubainfo/905-activities/114-iphae-media

Kesimpulannya, IPhA e-media ada 4 SOURCES:
1-http://pharmacy.iiu.edu.my/ipha/home
2-http://iphapress.wordpress.com/
3-http://iphapresident.blogspot.com/
4-http://en-gb.facebook.com/iiumpharmacy

So, sit back and relax
Just click on those sources to be updated :D

Wednesday, November 25

New Features

Assalamualaikum

Berikut adalah fungsi-fungsi baru dalam blog ini

1) Ruangan komen yang lebih menyenangkan anda membuat komen. Terus berada pada bawah setiap entri. Tidak memerlukan nama. Tidak perlu word verification. Semuanya untuk memudahkan anda membuat komen. Gunakan fungsi ini sebaik-baiknya.

2) Pautan UIAM dan IPhA yang berkaitan ada diletakkan diatas sekali...ada Main Menu, MyIIUM, IPhA President, I-press dan lain-lain untuk memudahkan anda ke sana.

3) Top commentators widget ditambah untuk menggalakkan komen dibuat untuk entri-entri yang dipost ke dalam blog ini

4) Fungsi rating supaya kawan-kawan author yang menulis tahu tulisannya ada juga mendapat sambutan. Ini untuk menaikkan semangat para penulis untuk berkongsi di sini.

5) Fungsi read More untuk mengurangkan masa loading blog ini. Blog ini hanya seberat 116kB maka dengan edge connection, insyaAllah, tak sampai 5 saat dah boleh load...ini untuk menaikkan lagi bilangan pengunjung ke blog ini.

6) Fungsi Recent post untuk memudahkan anda membaca entri terkini.

7) Fungsi search: Mencari perkara-perkara yang berkaitan di dalam blog ini.

Diharapkan kepada para penulis dapat meletakkan gambar bagi setiap entri untuk menyerikan lagi entri anda...dan letaklah label yang bersesuaian...ikut Biro...

Tuesday, November 24

Video for AGD

Salam to all....

I would like to propose my idea for our coming Annual Grand Dinner next semester.
It's about making a video to show in that event.

The details are as below:

Theme:
4 years learning in Kulliyyah of Pharmacy IIUM Kuantan Campus

Aim:
To conclude academic and co-curricullar activities for 4 years of study

Objective:
To make batch contribution to our Kulliyyah
(even after AGD, this video will also be useful to promote studying Pharmacy in IIUM)

Method:
Making 10-15 minutes drama acted by all of us

Design:
Make video shooting little by little from beginning of next semester

Conclusion:
Some post should be filled to make this a reality...
The vacancies are:
1. Script writer (Penulis skrip)
2. Director (Pengarah)
3. Cameraman (Jurukamera)
4. Multimedia designer (Pereka multimedia)
5. Actor and Actress (Pelakon)
6. Others that are reasonable...


P/S: Jika tiada respons sehingga habis cuti ni (6 disember 2009), peluang ini akan dibuka kepada batch lain.... to put this project under IPhA...

So, segeralah memberi idea anda terutamanya kepada penulis novel dan penulis cerpen tegar sekalian :P
 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009