Sunday, October 25

Berlalunya separuh jalan

Assalamualaikum buat rakan-rakan seangkatan. Sejahtera dan rahmat untuk insan yang berada di jalan kebenaran. Celakalah bagi mereka yang menderhakai Allah swt.

Berlalunya separuh jalan... separuh tirai ku tutup dengan berakhirnya aktiviti biro S & I (Spirituality and Islamization) bagi semesta 1 Tahun 4.

Pertamanya, mohon maaf sebanyaknya aku pohonkan kerana aku berada bukan pada tempatnya. Bukan insan yang selayaknya memegang kemudi bahtera biro S & I. Sudah tentu insan yang tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya tidak mampu menjalankan tugas dan amanah dengan sebaik mungkin, seperti yang diharap-harapkan.

Keduanya, ucapan terima kasih buat ahli-ahli biro S & I kerana telah banyak membantu melancarkan perjalanan program-program yang dirancangkan: Abdul Birri, Ahmad Latfi, Khairul Anuar, Muhammad Asyraf, Nur Izzati, Nurul Syaza, Siti Norfatihah dan Wan Nourul Ainna.

Yang ketiga, aku mewakili biro S & I memohon kemaafan atas tugas dan amanah yang mungkin tak dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Keempatnya, sama-samalah berusaha ke arah yang lebih baik !

Abdullah bin Abbas ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Peliharalah (agama) Allah nescaya Dia akan memelihara kamu (pula)." (HR. Ahmad dan At-Tirmizi : Sahih).

0 Comments:

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009