Isu yang akan dibawa kali ni bukanlah satu isu yang baru. In fact, ia isu lapuk yang dah berkali-kali diulang dan mungkin dah bosan didengar. Tapi atas nama manusia yang sifatnya lemah dan selalu terlupa, maka manusia sangat berhajat kepada 2 benda; hidayah Allah dan peringatan yang berterusan. Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang2 Mu’min.
Allah berfirman:
“...Janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik...”
(Surah al-Hujuraat: 12)
Dalam ayat di atas, terang2 Allah dah sebut yang mengumpat tu satu perbuatan keji dan menjijikkan sehingga Allah ibaratkan orang yang mengumpat saudaranya seperti telah memakan daging saudaranya yang telah mati. Bayangkan sahabat2 sekalian, sanggup ke kita makan daging sahabat sendiri? Dan dalam kita sedar atau pun tak, bila kita mengumpat orang, kita sebenarnya dengan ‘bermurah hatinya’ dah ‘sedekahkan’ pahala kita pada orang yang diumpat. Dah banyak sangat ke bekalan pahala kita sampai nak disedekahkan pada orang lain?
Some people would say, “Mana ada aku mengumpat, dah memang benda aku cakap tu betul.” Sahabat2, itulah mengumpat namanya; bila kita cakap benda yang betul tentang sahabat kita, pasal benda yang dia tak suka dan benda yang boleh mengaibkannya. Kalau kita cakap dan sebarkan benda yang tak betul, tu lain pulak ceritanya. Itu dah dikira memfitnah. Na’uzubillahi min dzalik.
Sebenarnya ramai yang dah tahu pasal semua ni. Dah berkali-kali diulang dan diperingatkan perihal perbuatan mengumpat ni. Despite of that, ramai jugak yang buat. Yelah, kadang-kadang kita seronok sangat borak2 dengan kawan, sampai terlanggar batas2 yang perlu dijaga dan tak sedar sebenarnya kita tengah mengumpat. And the worse is, kalau ada yang rasa, chatting is not exciting kalau tak cakap pasal si polan dan si polan. Mintak kita semua dijauhkan insya Allah.
Satu lagi pasal isu tegur-menegur. Menegur adalah memberi peringatan. Mengajak dan menyeru ke arah yang lebih baik. Ada orang kata, menegur boleh merapatkan atau menjarakkan hubungan, bergantung pada cara orang menegur dan sensitiviti orang yang ditegur. Islam dah gariskan panduan yang cukup lengkap dan sempurna dalam setiap aspek, termasuklah dalam bab ni. Kalau kita ikut, insya Allah hubungan kekal terpelihara dan mesej yang nak disampaikan pun sampai.
Pada yang ditegur, jangan mudah melenting. Cuba fikir positif. Teguran ke arah kebaikan tu sebenarnya lahir dari rasa sayang seorang sahabat yang hajatkan sesuatu yang terbaik untuk sahabatnya, seperti mana yang dia mahukan untuk dirinya sendiri, selain menunaikan hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain. So, kita patut bersyukur dan rasa dihargai bila terima teguran dari sahabat2 kita. Bila ada yang menegur (dengan berhikmah), bermakna masih ada yang sayang.
Dan pada yang menegur, awasilah kata-kata dan cara teguran yang dilontarkan. Janganlah disebabkan teguran tu, makin menjauhkan sahabat kita dari kita. Menegur pun ada cara dan ‘seni’ yang perlu dipatuhi, seperti yang dah digariskan oleh Islam. Sebaik-baiknya teguran tak dilakukan depan orang lain hingga boleh menjatuhkan maruah sahabat kita. Fikirkan cara yang lebih baik, dan jangan cepat berputus asa dalam usaha kita.
Allah berfirman:
“Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik...”
(Surah an-Nahl: 125)
Lastly, may these simple messages benefit me and you. Yang menulis dan juga yang membaca. Insya Allah.
2 Comments:
Betul3
Kita sebagai orang yang beriman bertanggungjawab untuk menegur sahabat yang lain, bagi mencegah kemungkaran.
Tak terlepas juga tanggungjawab ni kepada orang yang melakukan program mengumpat tersebut(jika mengaku beriman).
Kalau tengah2 mengumpat tu mesti tak berdaya untuk menegur diri sendiri.
Jadi, kalau tak mau menegur janganlah menjadi penyubur. Kekal dalam ketidakredhaan hati adalah lebih baik daripada join sekali.
moga2 entry yg sebegini dpt ditingkatkan lagi...
bkn setakat untuk memperbaiki diri dan peribadi, tp sebagai ketukan hati
Post a Comment