Monday, October 19

Baik dan yang lebih baik

Assalamualaikum buat semua. Berbahagialah insan yang berada di jalan Allah. Celakalah insan yang sentiasa menurut jejak langkah syaitan. Segala pujian milik Allah. Selawat serta salam buat Rasulullah saw.

Dalam kesibukan dikejar tugasan yang berlambak, sedikit sebanyak ingin dikongsi di sini dan harapnya ia menjadi renungan bersama (walaupun tugasan kita begitu menghimpit di saat ini). Mari sama-sama merenung kata-kata Hukama':

Empat perkara baik bersama empat perkara yang lebih baik (good and better).

1. Sifat malu yang ada pada lelaki merupakan sesuatu yang baik, namun sifat malu yang ada pada wanita merupakan sesuatu yang lebih baik.

2. Sifat adil terhadap manusia merupakan sifat yang baik, namun keadilan seorang pemimpin terhadap kepimpinannya merupakan sesuatu yang lebih baik.

3. Sedekah dari si kaya merupakan sesuatu yang baik, namun sedekah dari si miskin merupakan sesuatu yang lebih baik.

4. Taubat dari orang tua merupakan satu perbuatan yang baik, namun taubat dari orang muda merupakan sesuatu yang lebih baik.

3 Comments:

ali umar on October 19, 2009 at 9:01 PM said...

semoga kite sume menjadi lbih baik..

shifaa on October 20, 2009 at 1:34 AM said...

like!

Nur Farisya said...

Sifat malu yang ada pada lelaki merupakan sesuatu yang baik,namun sifat malu yang ada pada wanita merupakan sesuatu yg lebih baik...

Dunia hari ini sudah berubah..
Sifat malu yang terletak pada insan bernama wanita makin terhakis..
Sama2 kita renungkan...=)

 

Followers

Fortified Fraternity Copyright © 2009