Assalamualaikum w.b.t.
Kita selalu dengar orang cakap hidup ni penuh dengan ujian. Sebenarnya hidup ni bukan sekadar full of test, tapi the life itself is a test. Susah, senang, derita, bahagia, miskin, kaya, gagal, berjaya, semua yang kita rasa adalah episod-episod hidup yang manusia kena lalui, dan semua tu adalah ujian Allah yang berbagai-bagai bentuknya. Kebanyakan manusia tak nampak kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan yang mereka kecapi tu sebagai ujian, tapi memandangnya semata-mata sebagai nikmat. Betul, semua bentuk kesenangan adalah nikmat, tapi bukan ke nikmat tu jugak merupakan satu bentuk ujian? Ujian untuk membezakan hamba yang bersyukur dengan hamba yang kufur.
Rasulullah S.A.W. menyatakan dalam sabdanya yang agung:
“Ada dua nikmat di mana kebanyakan manusia selalu leka dan mendapat kerugian (terhalang dari mendapat kebaikan dan pahala), iaitu nikmat kesihatan dan waktu lapang.”
(H.R. Al-Bukhari no. 6412)
Dalam hadith di atas, disebut tentang dua nikmat yang sering dilupakan kebanyakan manusia; nikmat sihat dan waktu lapang. Tapi yang akan difokuskan pada kali ni adalah tentang nikmat waktu lapang, satu contoh nikmat atau lebih tepat lagi ‘ujian kesenangan’ yang manusia selalu leka dan fail dalam menghadapinya. Realiti yang kita tengok dan hadapi memang macam tu. Waktu lapang yang kita ada sering dibazirkan dengan aktiviti tak berfaedah; main game, nonton filem, gossiping, jalan-jalan dan tidur. Then, bila dah mula sibuk timbul la rasa menyesal sebab tak memanfaatkan masa lapang yang dah berlalu, dan dada akan semput mengenangkan kerja2 yang perlu dibereskan dalam waktu yang terbatas. Itulah kita, khususnya saya sendiri, selalu membuang masa dengan percuma tanpa disedari, dan hanya akan rasa menyesal dan rugi bila nikmat sudah ditarik dan berada dalam kesempitan.
Let's ponder together- Betul ke kita ada masa lapang? Bukan ke As-syahid Imam Hassan al-Banna pernah berkata, “Tanggungjawab yang kita ada lebih banyak daripada masa yang kita ada.” Jadi dari mana datangnya masa lapang kita tu? Adakah ada antara tanggungjawab kita yang tak terlaksana?
And lastly, ingatlah yang hidup kita ni adalah ujian yang gagalnya tiada ruang untuk mengulang. Sesungguhnya kematian menuntut kepada persediaan dan bekalan. Manfaatkan masa dan sisa umur kita yang pendek ni dengan kebaikan2 sebagai bekalan untuk negeri yang lebih baik dan kekal. Jom kita check balik bekalan kita untuk bertemu Allah, adakah melayakkan kita untuk bertemu Allah dalam kebahagiaan atau mencampakkan kita ke dalam penderitaan yang kekal di sana. Na’udzubillahi min dzalik.
1 Comments:
masyaallah...terima kasih dgn peringatan ini.
Post a Comment