Assalamualaikum untuk semua. Sejahtera dan bahagia untuk insan yang berada di jalan kebenaran !
Continuous assessment ! Penilaian yang berterusan ...
Kita sudah tentu biasa dengan sistem penilaian yang digunakan di universiti. Sistem CGPA yang merupakan satu sistem yang menilai pencapaian pelajar berdasarkan rekod prestasi yang berterusan bermula dari semester pertama hinggalah ke semester terakhir. Lantaran itu, berusaha gigih lah pelajar yang ingin mencapai CGPA yang baik.
Satu lagi sistem yang turut melibatkan penilaian berterusan ialah sistem dosa dan pahala. Bermula dari mencapai umur baligh sehingga jasad melepaskan nyawa terakhir, hitungan dosa dan pahala berterusan. Seiring dengan diri yang semakin meningat dewasa, semakin hampir menjejak kaki ke alam pekerjaan, sudah tentu tanggungjawab yang dipikulkan bukannya sedikit. Jadi, makin banyak lah peluang menambah pahala ataupun tertipu sehingga menanggung dosa yang melimpah ruah.
Tanggugjawab sebagai seorang 'abdi (hamba) berterusan sampai mati. Bagaimana pelaksanaan solat, bagaimana menjaga aurat, bagaimana menjaga batas antara lelaki dan perempuan... semuanya akan dihitung dan diambil kira dalam pengiraan markah pahala dan dosa. Untuk berbahagia di alam sana (akhirat), bukan RM Malaysia atau USD Amerika yang akan digunakan. Harta kekayaan di alam sana bergantung kepada hitungan pahala yang mampu anda kumpul sementara berada di dunia. Ingat lah wahai insan, kita menumpang di dunia seketika cuma. Dulu, kita di buaian. Menangis dalam dakapan ibu. Kini, kita di puncak usia remaja. Gah membawa diri ke mana saja lantaran kudrat muda yang dimiliki. Tentu sekali kita tidak menyanggah hakikat bahawa kita akan mencapai usia tua (jika panjang umur). Membawa diri dalam keadaan yang semakin teruk dan teruk lantaran sistem tubuh yang semakin lemah fungsinya. Akhirnya, ke mana kita ? Alam barzakh sedia menanti. Bukan saja kalian, bahkan kita semua (insan yang menumpang di bumi Tuhan).
Menangis meratap pilu di alam sana bukannya boleh mengubah nasib kita. Jadi, sama-sama lah mengkritik diri, melakukan muhasabah diri. Peluang untuk mu dan untuk ku masih terbuka. Sayangi diri anda. Mahukah berbahagia di alam sana ? Tentu sekali "Ya". Oleh itu, perhatikanlah sedikit sebanyak akan hal-hal yang bersangkutan dengan hidup kita (kita hanya hamba). Ayuh sama-sama kita pelajari dan amalkan projek-projek yang berikut:
1. solat berjemaah di masjid bagi kaum lelaki.
2. menambah amalan dengan solat-solat sunat seperti sunat rawatib, dhuha dan sebagainya.
3. menjaga aurat diri mengikut hukum Allah (jika belum tahu, seharusnya anda mempelajarinya. boleh juga rujuk di sini: http://www.zaharuddin.net/content/view/288/99/).
4. menjaga batasan antara lelaki dan perempuan.
5. menjaga tingkah laku dan adab sopan sebagai wanita muslim (jangan berlebih-lebihan di khalayak ramai. anda boleh bergembira di kalangan rakan-rakan sejantina anda. anda juga layak bergembira di khalayak ramai, namun jaga lah adab-adabnya. jika kurang arif, anda boleh belajar lagi).
# aku bukanlah insan terbaik di kalangan kalian. di sana bertimbun salah dan silap ku. aku mohon kemaafan dari kalian. masih banyak yang harus dipelajari.
# sama-samalah kita berusaha untuk menjadi hamba yang diredai. dunia seketika cuma. akhirat infiniti batas waktunya.
# maafkan aku jika terkasar bahasa. bukan berniat membenci atau menghina. menulis atas konsep saling mengingati. aku impikan kebahagiaan untuk sahabat-sahabat ku. aku gembira jika kalian diredai Allah (begitu juga diri ku).
Sekian, maafkan aku. Moga Allah merahmati insan-insan yang mahu menuju ke jalan-Nya.
"Ya muqollibal quluub, tsabbit quluubana 'ala diinik wa too 'atik".
"Ya Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di dalam agama dan ketaatan kepada-Mu".
The bird's tale...
1 year ago
1 Comments:
sama-sama kita berusaha memperbaiki diri dan istiqamah dgn kebaikan insyaallah
_kakyo_
Post a Comment