Subhanallah. Maha Suci Tuhan yang telah menyempurnakan Islam sebagai suatu cara hidup. Selawat serta salam buat Rasulullah saw yang telah menunjukkan contoh teladan yang sebenarnya.
3 bahagian besar yang dimaksudkan ialah akidah, syariat dan akhlak. Melalui karya Sirah Nabawiyyah hasil usaha Tuan Guru Nik Abdul Aziz, aku tertarik dengan bab 39 yang bertajuk 'Akidah, syariat dan akhlak ajaran para nabi'.
Akidah merupakan keyakinan yang teguh terhadap keesaan dan keagungan Allah swt. Manakala syariat merupakan perundangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan umat manusia yang hidup secara berkelompok (sosial).
Sedikit petikan dari karya berkenaan:
"Tidak sempurna kehidupan orang berakidah dan mengamalkan syariat Allah swt sekiranya mereka tidak mempunyai akhlak yang mulia."
Bahagian akhlak merupakan satu bahagian yang besar sehinggakan ia diletakkan sebagai satu di antara cabang utama ajaran Islam (di samping akidah dan syariat). Bahkan, penelitian terhadap hadis-hadis Rasulullah saw turut memaparkan betapa kemuliaan akhlak itu merupakan sesuatu yang amat berharga. Antaranya:
1. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak." (HR Al-Bukhari : Sahih)
2. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya." (HR Ahmad dan Abu Daud : Sahih)
3. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Hamba Allah yang paling dikasihi Allah ialah orang yang paling elok akhlaknya." (HR At-Tabarani : Sahih)
# Sama-samalah berusaha untuk menjadi lebih baik dan lebih sedar. Kerana kita hanya hamba di bumi Allah. Kalau kita patuh dan taat, Allah tetap Maha Agung, kalau kita derhaka dan ingkar, Allah tetap Maha Agung. Amalan kita hanya akan berbalik kepada diri sendiri. Kalau kita taat, Allah janjikan kebaikan. Kalau kita derhaka, Allah janjikan keburukan dan kecelakaan untuk kita.
Sama-samalah berusaha menghadapi ujian hebat yang melanda anak-anak muda di zaman yang penuh fitnah ini. Perhatikan perkara-perkara berikut, moga dijauhkan:
1. Masalah merokok
2. Masalah penjagaan aurat
3. Masalah pergaulan bebas atau terlampau antara lelaki dan perempuan
4. Masalah malas dan bertangguh
5. Masalah lalai dan lagha
6. Masalah kejahilan ilmu
Aku juga tak lepas dari masalah-masalah yang melanda. Entri ini mengambil tempat sebagai pencetus untuk kita sama-sama berusaha untuk ke arah yang lebih baik. Aku berusaha, kamu pun berusaha. Peluang kita masih terbuka luas ! Sekian.
The bird's tale...
1 year ago
0 Comments:
Post a Comment